Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010

Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010
Wajah-wajah kesayangan hamba 6M / 2010.....Walaupun di kelas kedua namun kejayaan mereka dalam B.M UPSR (Penulisan) mampu membuatkan hamba tersenyum...Gred A(33) manakala B(4)..Tahniah!

Wednesday, November 30, 2011

Manusia Dan Ilmu


Wahai manusia...
Sungguh dulu seseorang, jika dia mencari ilmu :
- Ilmu itu terlihat di matanya
- Dalam kekhusyukannya
- Di lisannya
- Di tangannya
- Dalam solatnya
- Dalam silaturrahimnya
- Dan kezuhudannya

Adapun sekarang ...!
- Ilmu hanya menjadi barang buruan
- Setiap orang berburu atau menangkap
- Kecuali yang dirahmati oleh Rabb Mu
- Dan sedikit sekali mereka itu..
[Imam Hassan al-Basri]



Hanya Kalian Yang Aku Ada



“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia” (Surah Al-Isra’, ayat 23)

Hayati bait-bait puisi ini…
Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat…
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu…
Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang…
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum sudah…
Bila hati kita terguris, kita kata… “Mak memang tak pernah faham”
Bila hati kita terhiris, kita kata… “Ayah memang tak ambil kisah”
Tetapi…
Bila hati mak kita pula kita guris, mak kata… “Tak apa, dia masih muda…”
Bila hati ayah kita juga hiris, ayah kata… “Tak mengapa, belum sampai akalnya…”
Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari hingga bagai hilang kaki…
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena…
Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal…
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah tetap teguh berkata dia tetap bangga…
SubhanaALLAH!
Tidakkah engkau masih tidak sedar wahai anak? Berdoalah buat kesejahteraan mereka dunia akhirat setiap solat, BERDOALAH! Pandang mereka dengan kemuliaan kerana itu buat kamu tenang…
Sabda Rasulullah s.a.w:

“Tidak ada seorang pun yang memandang wajah kedua ibu bapanya dengan pandangan penuh kasih sayang kecuali Allah menuliskan (pahala) untuknya oleh sebab pandangannya itu seperti (pahala) haji yang maqbul (diterima) lagi mabrur (berpahala).”
Hadis riwayat Ar-Rafi’i dengan sanad yang dha’if.

DOA KUDUS BUAT AYAH DAN BONDA


Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka
limpahkan padaku, peliharalah mereka
sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana
aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana
perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab
rontotnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya
pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya
Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka
sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa’at
untukku.

Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa’at untuk mereka, sehingga kami
semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-
Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia
Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah Yang Maha Pengasih di antara
semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Nota :
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.
Istighfarlah,Istighfarlah barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya.
Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan di dunia ini!

 

Wednesday, November 23, 2011

CONTOH-CONTOH KARANGAN AUTOBIOGRAFI

Aku Sebuah Kereta


Nama aku Wira. Aku ialah sebuah kereta buatan Malaysia. Aku dibuat daripada besi, plastik, getah dan kaca. Aku mempunyai badan, stereng, kerusi dan roda. Stereng, brek dan pemacu aku berfungsi sebagai alat mengawal kenderaan.
Aku dibuat di sebuah kilang kenderaan di Shah Alam. Setelah semua komponen badanku lengkap dipasang, aku diuji dari segi ketahanan dan kualiti. Setelah siap diperiksa, aku dihantar ke pusat pameran jualan kereta. Sampai sahaja di pusat pameran menjual kereta, aku dan kawan-kawanku dipamerkan di ruang yang disediakan.
Badanku berwarna merah dan berharga RM55,000. Sejak hari itu, aku dan kawan-kawanku menunggu untuk dibeli oleh pelanggan. Pada suatu hari, datang seorang wanita yang hendak membeli sebuah kereta untuk kegunaannya sendiri. Dia tertarik akan warna aku. Setelah meneliti keistimewaan aku, dia pun membeli aku.
Kemudian, aku dipandu pulang ke rumahnya. Dia menggunakan aku hampir setiap hari tanpa henti. Saban hari aku digunakan oleh tuanku untuk pergi bekerja dan menghantar anaknya ke sekolah. Pada waktu malam pula, aku digunakan oleh anak lelakinya untuk bersiar-siar dengan kawan-kawannya. Pada ketika inilah aku berasa sangat tidak selesa kerana diperlakukan secara kasar oleh anaknnya.
Pada suatu malam, anak lelakinya menggunakan aku untuk menghadiri jamuan hari jadi kawannya. Aku dipandu dengan laju melebihi had yang dibenarkan oleh pihak berkuasa iaitu 130 km sejam. Aku gagal dikawal lalu terbabas dan terlanggar sebatang pokok. Badanku remuk teruk dan anak tuanku terkorban.
Akhirnya, aku tidak dapat digunakan lagi. Aku dihantar ke kedai menjual besi buruk. Begitulah riwayat hidupku sebagai sebuah kereta.


 Aku Sebuah Radio




Nama aku Suria. Aku ialah sebuah radio. Aku dibuat daripada plastik dan besi. Aku mempunyai beberapa butang yang boleh dilaras untuk mendengar siaran radio di seluruh negara. Di samping itu, aku juga berfungsi sebagai alat pemain cakera padat.
Aku diproses di sebuah kilang elektronik. Setelah semua komponen aku lengkap diisi, aku diuji dari segi ketahanan dan kualiti. Setelah siap diperiksa, aku dibungkus dan dihantar ke kedai menjual peralatan elektrik.Sampai sahaja di kedai menjual peralatan elektrik, aku dan kawan-kawanku dipamerkan di rak kaca yang disediakan.
Aku berharga RM115. Sejak hari itu, aku dan kawan-kawanku menunggu untuk dibeli oleh pelanggan. Pada suatu hari, seorang wanita datang untuk membeli sebuah radio untuk anaknya. Dia tertarik akan rupa bentuk aku. Setelah meneliti keistimewaan aku, dia pun membeli aku.
Kemudian, aku dibawa pulang ke rumahnya. Aku dihadiahkan kepada anaknya yang bernama Amri. Amri gembira kerana dapat memiliki aku. Amri menggunakan aku hampir setiap hari tanpa henti. Aku dibuka dengan suara yang kuat sehingga membingitkan telinga abangnya, Ifran yang sedang belajar.
Pada suatu hari, kesabaran Ifran tidak dapat disekat lagi. Ifran sangat marah karana Amri membuat bising dengan membuka suara aku dengan kuat. Dia menegur perbuatan Amri itu tetapi tidak diendahkan. Semasa mereka sedang bergaduh, Ifran dengan tidak sengaja telah menolak aku ke lantai. Aku terhempas ke lantai lalu pecah. Banyak komponen-komponen di dalam badanku tercabut.
Akhirnya, aku tidak dapat digunakan lagi. Aku berasa sangat sedih.Aku telah dibuang ke dalam tong sampah. Begitulah riwayat hidupku sebagai sebuah radio.

Thursday, September 22, 2011

KATAK GERGASI

Gambar makhluk gergasi ini diambil dengan kamera telefon bimbit. Seorang lelaki Cina dari Gemencheh, Negeri Sembilan mendakwa bahawa gambar itu diambil di kawasan pergunungan di Gemencheh.
       Katak yang amat besar itu mempunyai berat kira-kira 20kg, iaitu berat badan normal kanak-kanak tujuh atau lapan 
tahun. Menurut beliau, haiwan yang sangat besar itu telah ditangkap oleh masyarakat Orang asli di tepi sungai. Kawannya terkejut apabila melihat makhluk aneh itu kerana sebelum ini, beliau tidak pernah melihat katak dengan saiz begitu dalam hidupnya. Lelaki itu menambah, kawannya menawarkan untuk membeli katak itu RM500 tetapi Orang Asli menuntut RM1,000.


       Kawannya tidak mempunyai wang yang cukup dengan dia pada masa itu, beliau pulang ke rumah untuk mendapatkan lebih banyak wang. "Apabila kawan saya kembali ke rumah Orang Asli itu dengan wang, dia mendapati bahawa katak gergasi itu telah disembelih dan dimakan.Orang Asli itu jatuh sakit selepas makan katak dan sehingga hari ini, beliau masih terbaring di katil dan tidak dapat bergerak," katanya. Beliau menambah, masyarakat Orang Asli tidak membenarkan mana-mana orang mengambil gambar tetapi kawannya mengambil gambar katak itu secara rahsia.


Sumber : unikversiti.blogspot.com/2011/08/katak-gergasi-seberat-20kg-di-negeri.html

Misteri Tak?


Seorang lelaki Kemboja berkata, cucunya telah hidup sebahagiannya pada susu yang dia hisap secara terus dari tetek lembu sejak dia melihat seekor anak lembu melakukan perkara yang sama.

Budak Hisap Susu Dari Tetek Lembu


Um Oeung berkata, Tha Sophat yang berusia 20 bulan mula menyusu lembu pada bulan Julai selepas ibu bapa budak itu meninggalkan kampung di luar bandar untuk mencari pekerjaan.Um Oeung berkata beliau menarik budak lelaki itu pada mulanya. Beliau mengalah selepas cucunya membantah dengan kuat dan kanak-kanak itu telah menyusu susu lembu sekali atau dua kali sehari sejak itu.


Tha Sophat tinggal dengan datuk dan neneknya di Siem Reap wilayah barat laut Kemboja sejak ibu bapanya berpindah ke Thailand untuk mencari kerja.Um Oeung berkata lembu itu tidak kisah budak itu menyusu, tetapi dia sendiri bimbang tentang kesihatan cucu beliau jika dia teruskannya.Kesian, mungkin budak ini dahagakan kasih sayang serta susu ibunya.

Sumber: unikversiti.blogspot.com/2011/09/budak-hisap-susu-dari-tetek-lembu.html ~audaf

JOM Baca Cerita


Kisah Tembikai : --



Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?." Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Seperti Katak Di Bawah Tempurung

Orang Melayu mempunyai pelbagai cabang seni bahasa yang patut dibanggakan. Antaranya adalah kemahiran dan kebijaksanaan membina dan mencipta kata-kata bidalan, perumpamaan, pantun, peribahasa, dan lain-lain. Tentu kita banyak mendengar dan melihat peribahasa orang zaman dahulu. Antaranya adalah seperti ‘kacang lupakan kulit’, ‘bagai isi dengan kuku’, ‘air dicincang tidak akan putus’, dan lain-lain. Semuanya sudah sinonim dan terkenal dengan masyarakat masa kini.

Seperti Katak Di Bawah Tempurung





Salah satu peribahasa yang amat terkenal ialah ‘seperti katak di bawah tempurung’. Peribahasa ini rnembawa maksud orang yang tidak mengetahui apa yang berlaku di sekelilingnya. Peribahasa ini amat berguna dan bermakna kerana membawa maksud orang seperti ini tidak mengetahui kejadian yang berlaku di sekelilingnya. Maka jadilah seperti seekor katak yang berada di bawah tempurung yang tidak tahu apa yang berlaku di luar tempurung tersebut. Ia seolah-olah terkurung dan tidak dapat rnembezakan keadaan di dalam dan di luar





Maknanya:
Seperti katak dalam (di bawah) tempurung :


1.     seseorang yang wawasannya kurang luas, bodoh, picik.
2.     orang seperti ini penglihatannya tidak luas, luasnya bagaikan luas tempurung.