Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010

Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010
Wajah-wajah kesayangan hamba 6M / 2010.....Walaupun di kelas kedua namun kejayaan mereka dalam B.M UPSR (Penulisan) mampu membuatkan hamba tersenyum...Gred A(33) manakala B(4)..Tahniah!

Thursday, August 11, 2011

LATIHAN SIMPULAN BAHASA

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

  1. Pak Ngah dan Mak Usu __________ kerana tidak dapat menyelesaikan masalah itu sejak semalam.
  2. Sejak diberhentikan kerja dari kilang itu, Abdullah dan keluarganya terpaksa __________ kerana dia sudah kehilangan punca pendapatan.
  3. "Fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu, jangan kamu __________ sahaja," kata ayah.
  4. Kim Leong dianggap __________ kerana memberikan pinjaman wang dengan mengenakan bunga yang berlipat ganda.
  5. Amir yang kelihatan seperti __________ itu sebenarnya pintar menyelesaikan masalah Matematik yang sukar.
  6. Ibu bapa tidak boleh __________ dalam memberi kasih sayang terhadap anak-anak.
  7. Ibu bapa tidak boleh __________ dalam memberi kasih sayang terhadap anak-anak.
  8. Hartawan yang __________ itu mendermakan RM20 000 kepada mangsa kebakaran.
  9. Ayah cuba mencari __________ untuk menyelesaikan perbalahan antara abang dan kakak.
  10. Orang itu dikatakan __________ kerana suka mengeluarkan kata-kata yang pedas-pedas.
  11. Kakak menjadi __________ apabila melihat pelbagai corak kain di kedai Haji Ahmad itu.
  12. Sejak kematian suaminya, kehidupan Mak Cik Hasnah dan anak-anaknya semakin terhimpit __________.
  13. Sesuatu perkara yang sudah selesai tetapi masih terdapat perasaan tidak puas hati atau rungutan lagi. Itulah yang dikatakan __________.
  14. "Jangan __________ sahaja. Dengar dahulu arahan, kemudian baru buat," kata Pak Ali kepada Fahmi.
  15. Haziq Haikal memang __________. Dia dapat menjawab semua soalan kuiz dengan tepat dalam masa yang singkat.
  16. Sikap Pak Sidek yang __________ itu tidak disukai oleh isterinya, Mak Limah.
  17. Tok Akil seorang yang __________ kerana selalu memberi wang kepada kanak-kanak yang mengunjungi rumahnya.
  18. Budak yang terkena kejutan elektrik itu tinggal __________ ketika dibawa ke hospital.
  19. Puan Aini membesarkan anak bongsunya, Jalil dengan penuh kasih sayang __________.
  20. Semakin banyak ilmu atau harta yang diperoleh, seseorang itu tidak mudah berasa megah sebaliknya akan sentiasa bersyukur dan merendah diri. Pernyataan ini sesuai dengan __________.
  21. Peribahasa yang sesuai dengan gambar di atas ialah __________.
  22. Mengecat bangunan tinggi tidak menjadi masalah kepadanya kerana __________.
  23. Amin pernah ditolong oleh Pak Cik Kamal tetapi sekarang dia cuba menjatuhkan maruahnya dan perbuatan itu boleh dianggap __________.
  24. Nasihat yang diberikan kepada Zaki itu __________ saja kerana dia tidak pernah ambil pedul
  25. Panglima Hitam tidak pernah menunjukkan ketangkasannya bersilat kerana selama ini dia __________.
  26. Puan Janet menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang __________.
  27. "Kita tidak boleh membuat tuduhan secara __________ sehingga terbukti seseorang itu bersalah," kata ayah pada Shamsul.
  28. Osman menjadi __________ dalam pasukan bola sepak sekolahnya kerana dia merupakan pemain yang lincah.
  29. Semenjak menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan dan tinggal di bandar raya Kuala Lumpur, Zainal langsung tidak mempedulikan ibu bapanya di kampung. Sikapnya itu tak ubah __________.
  30. Janganlah membuat tuduhan secara __________ sehingga menyebabkan orang yang tidak bersalah menjadi mangsa.
  31. Encik Johan tidak __________ walaupun melihat wang yang banyak di dalam laci ketua pejabatnya.

No comments:

Post a Comment