Ditulis oleh Cikgu Zainudin |
KATA NAMA a. Kesalahan ejaan, iaitu ada beberapa kata nama yang seakan – akan sama ejaannya tetapi mempunyai makna yang berlainan ataupun tidak bermakna; Seniwati Sarimah mengenakan cocok sanggul pada dandanan rambutnya Seniwati Sarimah mengenakan cucuk sanggul pada dandanan rambutnya b. Kesalahan penggunaan kata nama mengikut konteks ayat; Wakil Rakyat itu melawat kawasan petempatan semua orang asli Wakil Rakyat itu melawat kawasan penempatan semua orang asli |
KATA GANTI NAMA DIRI a. Ketidaksesuaian penggunaan kata ganti nama diri mengikut keduduan seseorang, suasana ketika bercakap, hubungan seseorang yang lain ketika sedang berkata-kata: Encik James pengurus di sini. Sekarang ini dia sedang berkursus di Singapura Encik James pengurus di sini. Sekarang ini beliau sedang berkursus di Singapura b. Kata ganti nama diri bentuk jamak tidak boleh digandakan; “Marilah kita sertai mereka-mereka yang baru datang itu,” kata Salina “Marilah kita sertai mereka yang baru datang itu,” kata Salina c. Kata ganti nama diri mereka dan ia tidak boleh digunakan untuk merujuk kepada binatang, benda dan perkara/konsep; Si Hitam sangat lembut bulunya. Ia juga berwarna menarik Si Hitam sangat lembut bulunya dan berwarna menarik d. Kata ganti nama diri ketiga ia tidak boleh bertugas sebagai objek kepada kata sendi atau kata kerja transitif; Saya berasa seronok dapat berkawan dengan ia Saya berasa seronok dapat berkawan dengannya e. Kata ganti nama diri ketiga ia tidak boleh bertugas sebagai kata nama pelaku dalam ayat pasif diri ketiga; Beg ia telah diselongkar ketika bersenam di padang Begnya telah diselongkar ketika bersenam di padang f. Kata ganti diri ketiga ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi ianya; Penagihan dadah dalam kalangan pelajar perlu dibanteras segera kerana bimbang ianya kian menular Penagihan dadah dalam kalangan pelajar perlu dibanteras segera kerana bimbang kian menular g. Kata ganti nama diri daku dan dikau tidak boleh digunakan sebagai objek kecuali pada kata kerja transitif atau kata sendi yang berakhir dengan huruf ‘n’; Ibuku sungguh tertarik hati kepada dikau kerana pekertimu itu Ibuku sungguh tertarik hati akan dikau dengan pekertimu itu h. Kata ganti nama diri singkat iaiti kau, ku, mu dan nya tidak boleh dieja berasingan dengan kata lain yang menyertainya; “Tolong kau ambilkan aku segelas air” kata Sri "Tolong kauambilkan aku segelas air” kata Sri |
KATA GANTI NAMA TANYA
a. Kata ganti nama tanya apa dan siapa tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya.
Apa digunakan untuk menanyakan benda, perkara atau binatang manakala
siapa pula hanya digunakan untuk merujuk kepada manusia;
Nama anjing awak siapa?
Nama anjing awak apa?
b. Jika berfungsi sebagai subjek ayat, kata ganti nama tanya perlu menerima
partikel -kah selepasnya.
partikel -kah selepasnya.
Kata ganti nama tanya tidak memerlukan partikel -kah jika berperanan sebagai
predikat ayat;
Berapa yang telah awak berikan kepada Ramli?
Berapakah yang telah awak berikan kepada Ramli?
KATA GANTI NAMA TAK TENTU
a. Menyalahgunakan kata ganti nama tanya dalam konteks ayat yang menunjukkan
sesuatu secara tidak pasti atau tidak tentu.
sesuatu secara tidak pasti atau tidak tentu.
Mereka berpura-pura seolah-olah tidak melihat apa pun untuk mengelakkan diri
daripada menjadi saksi
daripada menjadi saksi
Mereka berpura-pura seolah-olah tidak melihat apa-apa pun untuk
mengelakkan diri daripada menjadi saksi
mengelakkan diri daripada menjadi saksi
b. Kata ganti nama tak tentu tidak boleh diikuti oleh partikel -kah apabila bertugas
sebagai subjek dalam binaan ayat songsang dan tidak menggunakan
tanda soal (?) di akhir ayatnya;
sebagai subjek dalam binaan ayat songsang dan tidak menggunakan
tanda soal (?) di akhir ayatnya;
KATA BILANGAN
a. Kata bilangan tentu mesti diikuti oleh penjodoh bilangan selepasnya.
Dua burung merpati itu sedang mematuk sekoi
Dua ekor burung merpati itu sedang mematuk sekoi
b. Kata bilangan tak tentu tidak memerlukan penjodoh bilangan selepasnya kecuali kata
bilangan tak tentu beberapa;
bilangan tak tentu beberapa;
Semua orang murid diminta berbaris di padang
Semua murid diminta berbaris di padang
c. Kata bilangan tak tentu tidak boleh disertai dengan kata bilangan pecahan selepasnya.
Mereka mengambil masa satu setengah jam untuk menyiapkannya
Mereka mengambil masa satu jam setengah untuk menyiapkannya
d. Kata bilangan tak tentu setengah-setengah tidak boleh disingkatkan
sewenang-wenangnya;
sewenang-wenangnya;
Setengah daripada penduduk kampung tidak bersetuju dengan perlantikan
penghulu baru itu
Sesetengah / setengah-setengah daripada penduduk kampung itu tidak
bersetuju dengan perlantikan penghulu baru itu
e. Kata bilangan tak tentu para tidak boleh digandakan kerana boleh mengubah
kelas kata tersebut;
kelas kata tersebut;
Para-para pelancong berpuas hati dengan suasana harmoni di Malaysia
Para pelancong berpuas hati dengan suasana harmoni di Malaysia
f. Kata bilangan pisahan tiap-tiap tidak boleh disingkatkan sewenang-wenangnya;
Tiap hari dia bangun pukul 4.30pagi
Tiap-tiap hari dia bangun pukul 4.30pagi
g. Kata bilangan pecahan mesti diikuti kata sendi daripada atau dari selepasnya
dalam sesuatu ayat.
dalam sesuatu ayat.
Hanya sebahagian pelajar itu hadir untuk latihan pada hari ini
Hanya sebahagian daripada pelajar itu hadir untuk latihan pada petang ini
h. Kesalahan penggunaan kata bilangan yang tidak sesuai mengikut konteks;
PENJODOH BILANGAN
a). Penjodoh bilangan tidak boleh digunakan bersama-sama dengan kata bilangan
tak tentu kecuali kata bilangan tak tentu beberapa;
tak tentu kecuali kata bilangan tak tentu beberapa;
Semua orang penduduk yang hadir menyambut baik saranan kerajaan itu
Semua penduduk yang hadir menyambut baik saranan kerajaan itu
b). Penjodoh bilangan juga tidak boleh hadir sebelum kata nama abstrak;
Di hatinya terselit sebuah keinsafan yang mendalam
Di hatinya terselit suatu keinsafan yang mendalam
KATA SENDI a). Kata sendi memerlukan kata nama sebagai objek untuk membentuk frasa sendi nama. Melihatkan konsep ini,maka frasa sendi nama oleh kerana tidak boleh digunakan atau dianggap salah. Ini adalah kerana yang hadir selepas kata sendi oleh adalah tergolong dalam kelas kata hubung dan bukannya kelas kata nama. Dalam hal ini frasa oleh kerana perlulah diganti dengan frasa sendi nama oleh sebab kerana sebab adalah tergolong dalam kelas kata nama; Oleh kerana terlalu sibuk, Halim tidak jadi balik ke kampung Oleh sebab terlalu sibuk, Halim tidak jadi balik ke kampung b. Kata sendi nama akan tidak boleh digugurkan antara frasa adjektif yang menyatakan perasaan/sikap dengan frasa nama. Dia amat minat kerjaya itu Dia amat minat akan kerjaya itu |
c. Kata sendi nama akan juga tidak boleh digugurkan antara kata kerja tunggal yang berbentuk
tanpa imbuhan dengan kata/frasa nama;
Semua orang sepatutnya tahu tanggungjawab masing-masing
Semua orang sepatutnya tahu akan tanggungjawab masing-masing
d. Kata sendi nama dengan tidak boleh dilenyapkan selepas kata kerja tak transitif
berawalan beR-, teR- atau tanpa imbuhan;
Saya ada bertemunya dalam majlis itu
Saya ada bertemu dengannya dalam majlis itu
e. Kata sendi nama demi tidak boleh digunakan bersama-sama kata sendi nama untuk
kerana dianggap lewah dan harus digugurkan;
Demi untuk melaksanakan tugas, dia meninggalkan anak isterinya di kampung
Demi melaksanakan tugas, dia meninggalkan anak isterinya di kampung
f. Frasa sendi nama di dalam atau di antara tidak boleh digunakan di hadapan frasa nama yang
membawa pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak;
Di sekolah, Mazni bergiat cergas di dalam pelbagai aktiviti sukan dan persatuan
Di sekolah, Mazni bergiat cergas dalam pelbagai aktiviti sukan dan persatuan
g. Kata sendi nama sejak/semenjak digunakan untuk menyatakan waktu atau masa yang
membawa maksud mulai atau bermula dari. Oleh sebab itulah, penggunaan frasa sendi nama
sejak atau semenjak dari dianggap lewah dan dari hendaklah digugurkan;
“Sejak dari dulu lagi saya nasihatkan awak, tetapi awak degil,” kata Ani
“Sejak dulu lagi saya nasihatkan awak, tetapi awak degil,” kata Ani
h. Kata sendi nama tentang digunakan untuk menyatakan maksud berkenaan dengan
hal/perkara yang umum sifatnya. Manakala kata sendi nama mengenai pula membawa
maksud kena pada sasarannya. Oleh itu, kata sendi nama tentang dan mengenai tidak boleh
disamakan fungsi dalam sesuatu ayat;
Forum Perdana kali ini membincangkan penghayatan masyarakat mengenai cara hidup Islam
Forum Perdana kali ini membincangkan penghayatan masyarakat tentang cara hidup Islam
i. Kata sendi nama pada unsur yang kedua dalam binaan ayat majmuk boleh digugurkan secara pilihan dalam penggabungan frasa sendi nama dengan kata hubung dan atau atau;
“Encik hendak bertemu dengan Encik Tan dengan atau Encik Lin?” tanya Hassan
“Encin hendak bertemu dengan Encik Tan atau Encik Lin?” tanya Hassan
j. Kata sendi nama pada unsur yang kedua dalam binaan ayat majmuk tidak boleh digugurkan
kalau kata sendi nama dalam bentuk setara itu adalah;
Pemandu yang mabuk itu dikatakan memandu keretanya ke kiri dan kanan bahu jalan
sebelum terhumban ke dalam gaung
Pemandu yang mabuk itu dikatakan memandu keretanya ke kiri dan ke kanan bahu jalan
sebelum terhumban ke dalam gaung
k. Kata sendi nama pada unsur yang kedua juga tidak boleh digugurkan kalau kata sendi nama
dalam bentuk setara itu ialah ke yang tidak menggunakan kata hubung;
Pak Darus tidak diam duduk, jalannya ke hulu hilir sambil berfikir
Pak Darus tidak diam duduk, jalannya ke hulu ke hilir sambil berfikir
l. Kata sendi nama tentang tidak boleh disamakan fungsinya dengan kata sendi nama terhadap.
Ini adalah kerana kata sendi nama tentang digunakan untuk menyatakan maksud berkenaan
hal/perkara yang umum sifatnya, manakala terhadap pula digunakan untuk menyatakan maksud
rujukan yang membabitkan penyambut yang tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda;
Tanggapannya tentang Zakiah selama ini ternyata meleset
Tanggapannya terhadap Zakiah selama ini meleset
m. Elakkan penggunaan kata sendi yang menyalahi fungsinya mengikut konteks sesuatu ayat.
“Tolong berikan bungkusan itu pada Sahul” kata Lim
“Tolong berikan bungkusan itu kepada Sahul” kata Lim
KATA BANTU
a. Dalam tulisan, kata bantu akan tidak buleh dipendekkan menjadi kan dan ditulis serangkai
dengan tak.
Azira yakin bahawa ayah takkan sanggup mengabaikan dia dan ibunya
Azira yakin bahawa ayah tidak akan sanggup mengabaikan dia dan ibunya
b. Kata bantu sedang dan perkataan tengah menerangkan bahawa sesuatu perbuatan itu terus
berlangsung dan belum selesai dilakukan. Walau bagaimanapun dalam tulisan, tengah tidak
boleh menggantikan penggunaan sedang secara sewenang-wenangnya dalam sesuatu ayat;
Mariam tengah sibuk mengemaskan biliknya
Mariam sedang sibuk mengemaskan biliknya
c. Kata bantu boleh dan dapat tidak boleh digunakan secara sewenang-wenangnya.
Kata bantu boleh lebih sesuai digunakan untuk maksud yang berkaitan dengan keizinan.
Manakala dapat pula lebih sesuai digunakan untuk maksud yang berkaitan dengan keupayaan;
Dahlia tidak boleh menerima kenyataan yang menimpa keluarganya
Dahlia tidak dapat menerima kenyataan yang menimpa keluarganya
d. Kata bantu hendak tidak boleh digunakan dalam ayat tanya;
“Hendakkah kamu mengikut kami ke tempat perkelahan itu?” tanya Zali
“Mahukah kamu mengikut kami ke tempat perkelahan itu?” tanya Zali
e. Hanya kata bantu mahu boleh digunakan dalam ayat nafi yang mempunyai perkataan tidak atau belum;
Kalau boleh, Ros tidak hendak melihat mukanya lagi
Kalau boleh, Ros tidak mahu melihat mukanya lagi
f. Bentuk lemah atau pemendekkan kata bantu hendak, mahu atau sudah, iaitu nak, mau atau dah tidak
boleh digunakan dalam bahasa tulisan;
Kami sekeluarga dah lama tinggal di sini
Kami sekeluarga sudah lama tinggal di sini
g. Kata bantu sudah dan telah tidak boleh menggantikan antara satu sama lain secara
sewenang-wenangnya tetapi mestilah bersesuaian dengan konteks ayat.
Roslan telah ada di tempat kerjanya
Roslan sudah ada di tempat kerjanya
KATA KERJA TAK TRANSITIF (diikuti oleh objek)
a. Imbuhan seperti beR-, teR-, meN-, beR…an tidak boleh ditiadakan dalam binaan
kata kerja tak transitif;
Dia suka seloroh dengan saya
Dia suka berseloroh dengan saya
b. Unsur yang menjadi pelengkap kepada kata kerja tak transitif berpelengkap, lazimnya a
dalah terdiri daripada kata kerja, kata adjektif, kata sendi nama, dan kata nama atau frasa nama.
Dia tidak datang rumah saya semalam
Dia tidak datang ke rumah saya semalam
Pasukan hijau akan bertemu pasukan kuning esok
Pasukan hijau akan bertemu dengan pasukan kuning esok
c. Sesetengat kata kerja tak transitif seperti masuk dan naik tidak perlu diikuti oleh kata sendi
nama dalam binaan kata kerja tersebut, tetapi diikuti langsung oleh kata nama bagi
menyempurnakan maksudnya;
Kami bertiga akan masuk ke persatuan itu tidak lama lagi
Kami bertiga akan masuk persatuan itu tidak lama lagi
d. Kata kerja tak transitif berpelengkap yang berapitan beR-…kan mesti diikuti oleh kata nama
atau frasa nama sebagai pelengkap dan bukannya kata sendi nama. Ini adalah kerana akhiran -kan
pada apitan beR-…-kan merupakan kependekan kata sendi nama akan, serta juga mewakili kata
sendi nama yang lain seperti tentang, dengan dan pada;
“Pemilihan ketua kampung, biarlah berdasarkan pada sifat kepimpinan,” kata datuk
“Pemilihan ketua kampung, biarlah berdasarkan sifat kepimpinan,” kata datuk
e. Proses penggandaan kata kerja tak transitif yang membawa maksud perbuatan yang dilakukan
secara berulang-ulang atau berpanjangan tidak perlu disertai oleh kata ganda berimbuhan tertentu
yang menunjukkan maksud berulang-ulang, berpanjangan, bersungguh-sungguh atau saling;
Penyelam itu berhempas-pulas dengan bersungguh-sungguh menyelamatkan diri daripada
serangan jerung
Penyelan itu berhempas-pulas menyelamatkan diri daripada serangan jerung
KATA KERJA TRANSITIF
a. Bagi kata kerja transitif, iaitu makan dan minum yang menerima unsur objek berupa bentuk singkat -Nya,
awalan meN- perlulah digunakan;
“Kami sekeluarga suka makannya.” beritahuku kepada Pak Man
“Kami sekeluarga suka memakannya.” beritahuku kepada Pak Man
b. Imbuhan seperti meN-, mempeR-, meN-…-I tidak boleh digugurkan dalam penggunaan ayat aktif;
Pelajar-pelajar yang langgar disiplin sekolah itu didenda oleh pengetua
Pelajar-pelajar yang melanggar disiplin sekolah itu didenda oleh pengetua
c. Kata kerja transitif mesti diikuti oleh frasa nama atau kata nama sebagai objek.
Oleh itu, kata selain daripada kata nama tidak boleh hadir selepas kata kerja tersebut;
Pak Sudin berhasrat untuk membesarkan lagi rumah pusaka itu
Pak Sudin berhasrat untuk membesarkan rumah pusaka itu
d. Hanya kata hubung bahawa yang boleh hadir selepas kata kerja transitif dalam binaan ayat majmuk aktif;
Dia mengatakan dia tidak dapat menghadiri mesyuarat di Pulau Langkawi
Dia mengatakan bahawa dia tidak dapat menghadiri mesyuarat di Pulau Langkawi
e. Hanya kata kerja transitif mencuba dan membantu boleh hadir sebelum kata kerja transitif
yang lain dalam binaan ayat aktif;
Manisah ingin sekali cuba memakai baju baru yang ditempahnya minggu lalu
Manisah ingin sekali mencuba memakai baju baru yang ditempahnya minggu lalu
f. Perbezaan antara apitan meN-…-kan dengan meN-…-I merujuk kepada satu objek.
- Apabila objek yang mengalami tindak balas hasil sesuatu perbuatan maka apitan meN-…-kan digunakan.
- Apabila subjek yang bertindak balas ke atas sesuatu apitan meN-…-kan digunakan.
Dalam acara itu Ahmad telah mendahulukan peserta-peserta lain
Dalam acara itu Ahmad telah mendahului peserta-peserta lain
g. Kata kerja berapitan meN-…-kan menunjukkan maksud bahawa objek mengalami tindak balas
akibat perbuatan iaitu mengalami perpindahan;
- Kata kerja berapitan meN-…-kan hanya boleh menerima satu objek sahaja selepasnya.
Mak Temah membungkusi Roslinda nasi lemak
Mak Temah membungkuskan nasi lemak untuk Roslinda
h. Kata kerja apitan meN-…I menunjukkan bahawa objek yang dikenai perbuatan tidak
mengalami tindakbalas, iaitu berada pada satu tempat sahaja (subjek);
- Kata kerja berapitan meN-…I boleh menerima dua objek berturutan.
Mak Temah membungkuskan nasi lemak untuk Roslinda
Mak Temah membungkusi Roslinda nasi lemak
i. Perbezaan antara apitan meN-…-kan dengan meN-…-I merujuk kepada dua objek;
- Apitan meN-…-I menerima objek tepat yang bernyawa selepasnya.
- Apitan meN-…-kan akan menerima objek tepat yang tidak bernyawa selepasnya.
Tuan hakim menjatuhi hukuman mandatori keatas pengedar dadah itu
Tuan hakim menjatuhkan hukuman mandatori ke atas pengedar dadah itu
j. Perbezaan antara meN- dengan meN-…-kan merujuk kepada dua objek;
- Perbuatan yang dilakukan menyatakan fikiran atau perasaan dengan tulisan,
kata kerja transitif berawalan meN- hanya menerima satu objek selepasnya.
- Perbuatan menulis untuk seseorang, kata kerja transitif berapitan meN-…-kan
boleh menerima dua objek berturutan, iaitu objek tepat diikuti oleh objek sipi.
Suhaili melukiskan pemandangan pada waktu senja di tepi pantai
Suhaili melukis pemandangan pada waktu senja di tepi pantai
Kata Hubung Gabungan
a. Kata hubung atau tidak boleh saling bertukar fungsi dengan ataupun. Ini adalah kerana kata
hubung ataupun hanya boleh hadir dalam konteks berpasangan;
“Dia ataupun saya yang cikgu ingin jumpa?” tanya Amiza
“Dia atau saya yang cikgu ingin jumpa?” tanya Amiza
b. Kata hubung melainkan mempunyai dua maksud, iaitu kecuali dan sebaliknya. Dalam konteks ayat
kadang-kadang ketiga-tiga kata tidak boleh bertukar ganti;
Pertuturan baku boleh digunakan dalam situasi rasmi, kecuali pertuturan pasar digunakan
dalam urusan tidak rasmi
Pertuturan baku boleh digunakan dalam situasi rasmi, sebaliknya/melainkan pertuturan pasar
digunakan dalam urusan tidak rasmi
c. Kata hubung tetapi yang digunakan untuk menunjukkan dua perkara yang berlainan tidak boleh
dipendekkan menjadi tapi dalam tulisan rasmi;
Hasimah bijak belajar tapi dia malas mengulang kaji pelajarannya
Hasimah bijak belajar tetapi dia malas mengulang kaji pelajarannya
d. Kata hubung padahal, sedangkan atau walhal digunakan untuk menyatakan dua keadaan yang berlainan.
Kata hubung manakala pula menunjukkan dua keadaan yang berlainan. Kata hubung manakala dan
sedangkan dalam sesetengah ayat dapat digunakan secara bertukar ganti dan dalam sesetengah ayat pula
tidak boleh menggantikan fungsi antara satu sama lain;
Remy seorang yang lembab, manakala dia daripada kalangan keluarga yang berpelajaran
Remy seorang yang lembab, sedangkan/walhal/padahal dia daripada kalangan keluarga yang
berpelajaran
e. Kata hubung kemudian digunakan untuk menunjukkan selepas sesuatu waktu. Kata hubung ini tidak boleh
digunakan silih bertukar dengan kata hubung setelah, sesudah dan lalu.
Mula-mula Faiz mendahului larian itu, setelah dipintasi Erwan
Mula-mula Faiz mendahului larian itu, kemudian dipintasi Erwan
KATA HUBUNG PANCANGAN
a. Kata hubung apabila yang menunjukkan sesuatu waktu boleh saling bertukar dengan ketika, sewaktu, atau
semasa. Tetapi kata hubung apabila tidak boleh menggantikan kata tanya bila dalam sesuatu ayat.
Bila bertemu, kami jarang bertegur sapa
Apabila bertemu, kami jarang bertegur sapa
b. Kata hubung kerana tidak boleh hadir selepas kata sendi nama oleh menjadikannya oleh kerana.
Ini adalah kerana kata sendi nama hanya menerima kelas kata nama sahaja selepasnya.
Oleh itu oleh sebab digunakan untuk menunjukkan sebab/punca bukan oleh kerana;
Oleh kerana tidak berduit dia tidur di kaki lima bangunan
Oleh sebab tidak berduit dia tidur di kaki lima
c. Kata hubung hingga, sehingga, hinggakan, sehinggakan atau sampai boleh saling bertukar ganti
penggunaannya dalam sesuatu ayat bagi menunjukkan had atau kadar. Kata hubung hingga/sampai
tidak memerlukan kata sendi ke selepasnya dalam ayat;
Suara bayi itu menangis kedenganran hingga ke rumah saya
Suara bayi itu menangis kedengaran hingga rumah saya
d. Kata hubung komplemen bahawa digunakan untuk membentuk klausa yang bertugas pancangan relatif.
Kata hubung pancangan relatif yang tidak boleh berfungsi sebagai komplemen selepas kata kerja transitif
atau kata adjektif dan sebelum kata nama;
Dia menerangkan yang murid yang sakit itu telah dimasukkan ke hospital
Dia menerangkan bahawa murid yang sakit itu telah dimasukkan ke hospital
e. Penggunaan kata hubung pancangan relatif yang digunakan untuk membentuk frasa penerang kata nama
atau frasa nama. Ini kerana tanpa penggunaan yang, ayat menjadi tidak gramatis. Penggunaan yang juga
secara tidak langsung boleh bertindak sebagai penanda nama baik dalam ayat jenis penyata atau ayat
tanya songsang;
Baju biru itu kepunyaan Arbaiyah
Baju yang biru itu kepunyaan Arbaiyah
KATA HUBUNG BERPASANGAN
a. Kata hubung berpasangan baik…mahupun dan baik…ataupun boleh saling bertukar ganti dalam
suatu ayat.
Tetapi kata hubung berpasangan ini tidak boleh dikelirukan dengan penggunaan kata hubung berpasangan
sama ada…atau dan adakah…atau yang digunakan untuk menyatakan kemungkinan pemilihan antara dua
sasaran;
“Sama ada atau ataupun dia, sama sahaja perangainya,” kata Cikgu Ani
“Baik awak mahupun dia, sama sahaja perangainya,” Kata Cikgu Ani
b. Kata hubung berpasangan semakin…semakin, kian…kian atau makin…makin membawa maksud perbandingan
atau persamaan dan keadaan yang diwakili oleh sesuatu atas alasan untuk menggayakan penggunaan
bahasa;
Makin banyak yang anda pelajari, kian banyak yang tidak anda ketahui tentangnya
Semakin banyak yang anda pelajari, semakin banyak yang tidak anda ketahui tentangnya
c. Kata hubung berpasangan daripada…lebih baik digunakan untuk membandingkan suatu bahagian dengan
suatu bahagian yang lain dalam suatu ayat. Memandangkan kata hubung ini lebih merujuk perbandingan,
maka kata hubung berpasangan dari…lebih baik tidak boleh menggantikannya kerana daripada dalam konteks
kata sendi untuk menunjukkan perbandingan;
Dari awak melangut di situ, lebih baik awak tolong saya
Daripada awak melangut di situ, lebih baik awak tolong saya
d. Kata hubung berpasangan jangankan…pun atau usahkan…pun digunakan untuk mengaitkan dua bahagian
penafian. Kata hubung berpasangan ini tidak boleh disingkatkan jangan…pun atau usah…pun;
Jangan hendak merawat pokok-pokok bunga itu, hendak menanamnya pun saya tidak berminat
Jangankan hendak merawat pokok-pokok bunga itu, hendak menanamnya pun saya tidak berminat
AWALAN meN-, Apitan meN-…-kan, meN-…I, mempeR-…-kan, mempeR-…i, dan Akhiran -kan dan -I
a. Imbuhan pembentuk kata kerja transitif seperti meN-…-kan, meN-…-i, mempeR-…-kan,
mempeR-…-I mesti diikuti oleh kata nama/frasa nama selepasnya sebagai unsur objek/penyambut;
Pembahas pertama mengemukakan dalam perbahasan itu hujah-hujah yang bernas
Pembahas pertama mengemukakan hujah-hujah yang bernas dalam perbahasan itu
b. Imbuhan kata kerja transitif mempeR- berkata dasar kata adjektif tidak boleh disertai akhiran -kan
kerana memberikan maksud yang lewah;
Dia mempercepatkan kayuhannya agar cepat sampai ke sekolah
Dia mempercepat kayuhannya agar cepat sampai ke sekolah
c. Imbuhan kata kerja transitif memperoleh tidak memerlukan akhiran -i selepasnya;
Pak Saman memperolehi pendapatan yang agak lumayan hasil daripada penjualan kelapa kering
Pak Saman memperoleh pendapatan yang agak lumayan hasil daripada penjualan kelapa kering
d. Oleh sebab kata dasar had dan khas terbina daripada satu suku kata, maka apitan yang sesuai adalah
menge-…-kan, bukannya meng-…-kan;
Zarul menghadkan pengambilan makanannya untuk mengelakkan diri daripada kegemukan
Zarul mengehadkan pengambilan makanannya untuk mengelakkan diri daripada kegemukan
e. Huruf P bagi imbuhan mempeR-, mempeR-…-kan atau mempeR-…-I tidak boleh digugurkan
seperti konsep awalan meN- apabila bertemu dengan huruf awal tertentu pada suatu kata dasar;
Kami telah lama memelajari perkara ini di sekolah
Kami telah lama mempelajari perkara ini di sekolah
f. Terdapat juga imbuhan awalan meN- yang berbentuk kata kerja tak transitif.
Kata kerja ini dibezakan dengan kata kerja berawalan meN- (transitif) kerana tidak mempunyai
objek selepasnya.
Pengetahuannya semakin mendalam bidang perubatan
Pengetahuannya semakin mendalam dalam bidang perubatan
g. Dalam penggunaan meN-…-kan, meN-…-i, mempeR-…-kan atau mempeR-…-I, penggunaan
kamus dapat membantu penguasaan tentang makna agar tidak mengelirukan;
Azlan menyerah wang RM10 kepada saya
Azlan menyerahkan wang RM10 kepada saya
Azlan menyerahi saya wang RM10 kepada saya
h. Dalam keadaan ayat pasif diri pertama dan kedua sahaja akhiran -kan atau -I digunakan.
Akhiran -kan dan -I tidak boleh digunakan dalam struktur ayat aktif;
Mereka perbudakkan kami selama ini
Mereka memperbudakkan kami selama ini
Kami diperbudakkan oleh mereka selama ini
i. Penggunaan imbuhan yang tidak menepati konteks ayat;
Setelah hari petang, Arjit mengumpulkan semua kambingnya
Setelah hari petang, Arjit mengandangkan semua kambingnya
PENGIMBUHAN peN-, peR-, peN-..-an, dan akhiran -an
a. Kesalahan memberikan pengimbuhan yang sesuai pada kata dasar;
Krew-krew yang terlibat dalam pengambaran itu adalah diimport dari luar negara
Krew-krew yang terlibat dalam penggambaran itu adalah diimport dari luar negara
b. Kesalahan penggunaan perkataan berimbuhan yang menyalahi konteks ayat;
Kerja-kerja pedalaman sungai akan disiapkan secepat mungkin
Kerja-kerja pendalaman sungai akan disiapkan secepat mungkin
Kesalahan Umum Frasa Nama
a. Kesalahan hukum D-M
- Hukum D-M ialah hukum tentang cara kata-kata disusun supaya frasa nama dapat dibentuk.
- D bermaksud unsur/perkara yang diterangkan atau subjek ayat.
- M bermaksud unnsur/perkara yang menerangkan atau predikat ayat
- Suatu frasa nama unsur D mestilah mendahului M kecuali nama-nama jawatan.
Ah Seng restoran terletak di persimpangan Jalan Melati
Restoran Ah Seng terletak di persimpangan Jalan Melati
b. Kesalahan dari segi bentuk jamak;
- Kata nama/frasa nama tidak boleh mengikut kata bilangan yang membawa maksud banyak
Beberapa masalah-masalah berkaitan remaja perlu ditangani segera
Beberapa masalah berkaitan remaja perlu ditangani segera
- Kata nama/frasa nama tidak perlu digandakan menjadi penggandaan berentak/kata nama
ganda berentak yang membawa maksud jamak tidak boleh hadir selepas kata bilangan tak tentu.
Di daerah ini banyak bukit-bukau
Di daerah ini banyak bukit
- Kata nama am/frasa nama am yang mendukung maksud jamak tidak perlu diulang.
Generasi-generasi muda hari ini semakin goyah keimanannya
Generasi muda hari ini semakin goyah keimanannya
- Kata nama/frasa nama yang didahului oleh kata bilangan yang membawa makna/kumpulan tidak
perlu diulang atau digandakan.
Kaum petani-petani itu sedang mengerjakan tanah
Kaum petani itu sedang mengerjakan tanah
- Kata nama majmuk yang membawa maksud jamak tidak perlu diulang sama ada sebahagian atau
keseluruhannya.
Sultan Mansur Shah suka mendampingi alim-alim ulama
Sultan Mansur Shah suka mendampingi alim ulama
- Kata ganti nama diri ketiga iaitu mereka tidak boleh diulang kerana sudah membawa maksud jamak.
Mereka-mereka itu ialah kawan saya
Mereka itu ialah kawan saya
- Kata nama di bahagian subjek tidak perlu diulang jika unsur predikatnya terbina daripada kata
adjektif yang digandakan atau sebaliknya.
Baju-baju itu cantik-cantik belaka
Baju-baju itu cantik belaka
Baju itu cantik-cantik belaka
Kesalahan Frasa Adjektif Yang Terbina Daripada Kata Adjektif Dasar
a. Kata adjektif yang bersifat emotif (pernyataan perasaan) tidak boleh menerima akhiran -an.
Samad masih sayangkan isterinya
Samad masih sayang akan isterinya
b. Frasa adjektif yang hendak diperluaskan tidak boleh melenyapkan kata sendi antara frasa adjektif
yang bersifat emotif dengan frasa nama.
Saya amat minat seniman agung P. Ramlee
Saya amat minat akan seniman agung P. Ramlee
c. Dua unsur penguat tidak boleh hadir di depan atau di belakang kata adjektif serentak.
Amat miskin benar kehidupan kami sekarang
Miskin benar kehidupan kami sekarang
d. Walau bagaimanapun, dua unsur penguat yang tertentu boleh hadir berderetan sebelum kata adjektif.
Makanan itu amat lazat sungguh
Makanan itu sungguh amat lazat
e. Kata penguat maha merupakan awalan pinjaman bahasa Sanskrit yang membawa maksud
amat atau sangat.
Kata penguat maha tidak boleh berfungsi seperti mana amat atau sangat yang boleh hadir sebelum atau
sesudah kata adjektif. Sebaliknya kata penguat maha hanya boleh hadir sebelum kata adjektif dan ditulis
berasingan dengan kata adjektif tidak seperti mana fungsinya sebagai imbuhan awalan pinjaman yang
ditulis secara bercantum dengan kata dasar.
Mahaluas bumi ciptaan Tuhan ini
Maha luas bumi ciptaan Tuhan ini
f. Kata nafi bukan tidak boleh mendahului kata adjektif melainkan frasa adjektif tersebut mengandungi dua
maklumat yang bertentangan.
Dia bukan pendek
Dia tidak pendek
g. Kata kuat kurang tidak boleh digunakan untuk menegaskan kata adjektif yang mempunyai ciri negatif.
Keadaannya kurang teruk sejak semalam
Keadaannya kurang baik sejak semalam
Kesalahan Frasa Adjektif Yang Terbina Daripada Kata Adjektif Terbitan
a. Kata adjektif yang berawalan teR- yang mendokong maksud kata penguat tidak boleh hadir
secara langsung sebagai predikat kepada subjek ayat (Frasa Nama). Kata adjektif tersebut perlulah
diawali oleh partikel -lah atau kata sandang yang pada frasa namanya.
Dia terpandai di dalam kelasnya
Dialah yang terpandai di dalam kelasnya
Dialah terpandai di dalam kelasnya
Dia yang terpandai di dalam kelasnya
Dia paling pandai di dalam kelasnya
Dia amat pandai di dalam kelasnya
Dia sungguh pandai di dalam kelasnya
b. Kata adjektif yang berawalan teR- yang bermaksud paling tidak perlu ditegaskan lagi dengan kata penguat.
Dialah pelajar yang mendapat tempat terakhir sekali di dalam kelasnya
Dialah pelajar yang mendapat tempat terakhir di dalam kelasnya
c. Tetapi terdapat juga kata adjektif yang berawalan teR- yang boleh didahului oleh kata penguat paling.
Kata adjektif itu dikenali sebagai kata adjektif yang membawa maksud darjah biasa.
Beliau tokoh yang paling terkenal di kawasan itu
Beliau tokoh yang terkenal di kawasan itu
d. Kata adjektif yang berawalan se- yang membawa maksud sama dengan tidak perlu diikut oleh kata sendi
nama dengan selepasnya.
Kehebatannya setanding dengan pemain import itu
Kehebatannya setanding pemain import itu
Kehebatannya sama tanding dengan pemain import itu
e. Kata adjektif berapitan ke-…-an yang membawa maksud memiliki sifat seperti tidak perlu lagi diikuti
oleh kata sendi nama seperti sebelumnya.
Perangainya seperti keanak-anakan sahaja
Perangainya seperti anak-anak sahaja
f. Kata adjektif yang berapitan ke-…-an yang membawa maksud seakan-akan/agak tidak perlu lagi
diikuti oleh kata sendi nama seperti sebelumnya.
Warna kainnya agak kekuning-kuningan
Warna kainnya kekuning-kuningan
Warna kainnya agak kuning-kuningan
g. Kata ganda berirama yang mendukung maksud sangat/paling untuk sesuatu kata adjektif, tidak perlu lagi
disertai kata penguat sebelumnya.
Majlis kenduri itu sangat hiruk-pikuk dengan suara saudara-mara
Majlis kenduri itu hiruk-pikuk dengan suara saudara-mara
Kesalahan Umum Ayat Majmuk Gabungan
a. Kata hubung seperti lalu, dan, lagi, serta, dan sambil berfungsi menggabungkan ayat-ayat tunggal yang
susunannya berurutan. Manakala kata hubung seperti sebaliknya, tetapi, kecuali, dan malahan berfungsi
menggabungkan ayat-ayat tunggal yang susunannya membawa maksud pertentangan dua maklumat.
Faezah diam dan bijak berpidato
Faezah diam tetapi bijak berpidato
b. Kata sendi dengan tidak boleh disamakan fungsinya dengan kata hubung sambil atau serta.
Dia berbaring dengan membaca majalah itu
Dia berbaring sambil membaca majalah itu
c. Jika predikat dalam ayat tunggal terbina daripada frasa sendu nama, maka kata sendi yang menjadi
kata inti frasa tersebut tidak boleh digugurkan.
Dia ke sekolah atau tempat lain
Dia ke sekolah atau ke tempat lain
d. Kata nafi bukan hanya boleh berpasangan dengan kata hubung yang membawa maksud pertentangan.
Bukan dia yang melakukannya malahan dia dituduh
Bukan dia yang melakukannya tetapi dia dituduh
e. Kata hubung sama ada hanya boleh berpasangan dengan kata hubung atau dalam ayat majmuk gabungan.
Sama ada itu kepunyaannya dan adiknya, saya kurang pasti
Sama ada itu kepunyaannya atau adiknya, saya kurang pasti
Kesalahan Umum Ayat Majmuk Pancangan
a. Kesalahan menggunakan kata hubung pancangan seperti bahawa, agar, kerana, dan sebagainya.
Dia menyatakan yang dia datang lambat hari ini
Dia mengatakan bahawa dia datang lambat hari ini
b. Menggunakan kata hubung pancangan secara sewenang-wenangnya dalam ayat.
Dia yakin dia akan berjaya
Dia yakin bahawa dia akan berjaya
c. Kehadiran kata hubung pancangan yang tidak tepat kedudukannya dalam ayat, menjadikan struktur ayat
tersebut salah.
Kereta itu yang berwarna merah terbiar di tepi jalan
Kereta yang berwarna merah itu terbiar di tepi jalan
terima kasih....cgu.
ReplyDelete(ulangkaji kesalahan tatabahasa untuk jawab peperiksaan akhir semester).