- Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.
- Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.
- Senarai simpulan bahasa beserta dengan maksudnya adalah seperti yang berikut:
-
Simpulan BahasaMaksudnya
ada angin berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika ada hati mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu air muka rupa atau wajah seseorang ajak-ajak ayam tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang ada bakat mempunyai tokoh atau perwatakan alas perut makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan anak angkat anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri anak bapa anak yang disayangi oleh bapa anak buah orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara anak emas anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya angkat kaki meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab atas angin negara-negara di sebelah barat atas pagar tidak menyebelahi mana-mana pihak ayam tambatan orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan bahasa pasar bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya banyak mulut orang yang banyak bercakap batu api orang yang suka menghasut batu loncatan sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati bau-bau bacang tali persaudaraan yang jauh bawah angin negara-negara di sebelah timur bekas tangan hasil kerja tangan seseorang beralih akal berubah fikiran atau pendapat beralih angin pergi ke sesuatu tempat untuk berehat berat hati enggan; malas berat mulut pendiam atau tidak suka bercakap banyak berat tulang orang yang malas bekerja berat sebelah tidak berlaku adil berbelah bagi sukar untuk membuat keputusan berhati batu degil dan sukar menerima nasihat berhutang budi patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga bermuka dua tidak jujur bertikam lidah bertengkar; berdebat besar hati bergembira atau berbangga akan sesuatu besar kepala degil; sukar menerima pandangan orang lain buah hati orang yang dikasihi atau dipuja buah mulut sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai bush tangan hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang bulat hat! bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad buruk siku mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain buta hati tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam cahaya mata anak cakar ayam tulisan yang buruk campur tangan turut serta atau mencampuri urusan orang lain cari jalan berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu cepat tangan suka mencuri dalam tangan sudah pasti akan diperoleh darah daging anak kandung durian runtuh keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka gaji buta mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh gelap mata hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta harga diri maruah atau kehormatan seseorang harga mati harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi hati batu degil atau keras hati hidung tinggi sombong atau tinggi diri hilang akal tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri ikat perut menahan lapar kerana berjimat iri hati menyimpan perasaan dengki atau cemburu isi hati perasaan dalam hati jalan buntu tidak ada jalan penyelesaian kacang hantu orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain kaki ayam tidak berkasut atau berselipar kaki bangku tidak berkebolehan bermain bola kaki botol suka minum minuman keras kecil hati berasa tersinggung atau merajuk kepala angin perangai yang tidak menentu kepala batu degil dan tidak mendengar nasihat kera sumbang orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain khabar angin berita yang belum tentu benarnya langkah kanan bernasib baik langkah seribu cepat-cepat lari kerana ketakutan lidah bercabang kata-kata yang tidak dapat dipercayai lipas kudung cepat membuat kerja lintah darat mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan makan angin bersiar-siar untuk berehat makan suap menerima rasuah malu-malu kucing berpura-Aura malu di hadapan orang mandi peluh bekerja kuat mati katak mati dengan sia-sia membabi buta melakukan sesuatu tanpa berfikir membawa diri tahu menjaga diri membuka jalan memberi laluan kepada orang lain membuka tembelang menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain memeras otak terlalu kuat berfikir atau belajar menarik diri tidak turut serta; meletak jawatan mencari jalan berusaha untuk melakukan sesuatu mencuci mata gembira memperhatikan sesuatu yang indah mencuit hati lucu; menggelikan hati mengabui mata cuba memperdaya; menipu mengadu domba memperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainya mengambil angin bersiar-siar untuk berehat mengambil berat memberi sepenuh perhatian mengambil hati dapat memikat atau mempengaruhi mengasah bakat latihan untuk mengembangkan bakat muka tembok tidak berasa malu mulut murai kuat bercakap atau berbuat bising mulut tempayan tidak dapat menyimpan rahsia murah hati suka bederma; tidak kedekut naik angin terlalu marah nyawa-nyawa ikan hampir-hampir mati orang atasan orang yang berpangkat tinggi otak cair pintar atau bijak otak kering kurang siuman otak udang bebal atau bodoh paku belanda barangan yang tetap harganya panas hati meradang atau marah panjang tangan suka mencuri pasang telinga mendengar dengan teliti pekak badak kurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat pembasuh mulut makanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi perang mulut pertengkaran pilih kasih memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai pisau cukur perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki puteri lilin tidak tahan terkena panas matahari putih hati ikhlas; jujur putih mata mengalami kekecewaan rabun ayam penglihatan yang kurang jelas rambang mata sukar membuat pilihan ringan tangan suka membuat kerja: menolong orang sampai hati tergamak melakukan sesuatu kerja serkap jarang membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa tangan terbuka menyambut sesuatu dengan senang hati tangkai jering orang yang kedekut tawar hati tidak mempunyai minat lagi tebal muka tidak tahu malu telinga kuali tahan hati menerima kemarahan telinga lintah tajam pendengaran telinga nipis cepat marah atau meradang terang hati mudah memahami sesuatu tidur-tidur ayam tidur yang tidak nyenyak tin kosong bercakap besar tanpa ilmu titik peluh hasil usaha yang bersungguh-sungguh
Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010
Thursday, March 29, 2012
SIMPULAN BAHASA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment