A
1.
Abu Jahal - orang yang sangat jahat dan nakal
2.
Ada bakat - mempunyai kebolehan semula jadi dalam sesuatu bidang
3.
Ada gaya – keanggunan dan ketrampilan yang menarik perhatian
4. Ada jalan –
mempunyai peluang atau mempunyai cara penyelesaian sesuatu perkara
5. Air muka –
rupa atau wajah yang menggambarkan perasaan seseorang
6. Ajak-ajak
ayam – mengajak atau mempelawa dengan tidak bersungguh- sungguh
7. Alas perut –
makan sedikit untuk menahan lapar
8. Alim kucing
– orang yang berpura-pura baik
9. Ambil angin
– bersiar-siar atau berjalan-jalan
10. Ambil berat –
a) melakukan sesuatu yang baik supaya disukai orang
a) melakukan sesuatu yang baik supaya disukai orang
b) merajuk dan marah kepada seseorang ( berasa tersinggung )
11.
Anak angkat – anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
12. Anak buah –
a) anak saudara, iaitu mereka yang mempunyai hubungan darah
a) anak saudara, iaitu mereka yang mempunyai hubungan darah
b) orang yang di bawah
jagaan seorang ketua
13. Anak emas –
seseorang yang disayangi
14. Anak
kandung – anak sendiri
15. Anak sulung
– anak yang tertua dalam keluarga
16. Anak tiri –
anak kepada isteri atau suami hasil perkahwinannya yang terdahulu
17. Anak
tunggal – tidak mempunyai adik-beradik
18. Angkat
bakul – orang yang suka memuji diri sendiri
19. Angkat kaki – meninggalkan sesuatu tempat
dengan segera
20. Angkat muka – berani menentang
21. Atas angin – negara di sebelah barat
22. Atas pagar – seseorang yang tidak menyebelahi
mana-mana pihak
No comments:
Post a Comment