Tuan
Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar,barisan panel hakim yang arif
dan bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi. Pada pagi yang mulia
ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Kebaikan Menyertai
Aktiviti Kokurikulum di Sekolah”.
Tuan-tuan
dan puan-puan yang dihormati,
Kegiatan
kokurikulum merupakan satu kegiatan yang wajib disertai oleh setiap murid di
sekolah. Aktiviti kokurikulum meliputi unit-unit beruniform, persatuan,kelab
dan sukan. Penyertaan murid-murid dalam kegiatan kokurikulum banyak memberi faedah dan kebaikan.
Aktiviti-aktiviti
yang dijalankan dapat menambahkan pengalaman dan ilmu pengetahuan. Segala
aktiviti ini berhubung kait dengan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh
itu, penyertaan setiap murid adalah penting untuk memberikan pendedahan dan
pemahaman yang mendalam berkaitan dengan pelajaran yang dipelajari.
Selain itu, kokurikulum dapat melatih diri kita bekerjasama, tolong-menolong, bertolak ansur, berdikari serta hormat-menghormati antara satu sama lain. Semua nilai murni ini haruslah dihayati dan diamalkan dalam menjalani kehidupan.
Hadirin yang dihormati,
Melalui
kegiatan kokurikulum kita berpeluang menyumbangkan tenaga dan bakti kepada
masyarakat setempat. Sebagai contoh, kegiatan gotong-royong yang dijalankan
oleh Persatuan Pengakap menggalakkan ahli-ahli Pengakap supaya bersatu padu dan
bekerjasama di samping menjalin hubungan yang erat dengan masyarakat
sekeliling.
Dengan ini, lahirlah generasi yang berbudi bahasa dan bersopan santun.
Dengan ini, lahirlah generasi yang berbudi bahasa dan bersopan santun.
Selain itu,
aktiviti sukan dan permainan yang kita sertai semasa kegiatan kokurikulum dapat
membina kecerdasan fizikal dan mental kita. Sebagai mengakhiri syarahan saya
pada pagi ini, saya ingin menegaskan bahawa kegiatan kokurikulum banyak memberi
faedah dan kebaikan kepada kita khususnya para pelajar.
Thank
ReplyDeletewow hebatnya.terima kasih.
ReplyDeletethanks
ReplyDeletethank
ReplyDeleteOk
ReplyDeleteTerbaik👍👍👍👍👍👌👌👌👌
ReplyDeleteTerbaik👍👍👍👍👍👌👌👌👌
ReplyDeleteterbaik
ReplyDeleteWah terbaiklah
ReplyDeleteBerapa karangan ini
ReplyDeleteHi
ReplyDeleteErererer
ReplyDeleteThank
ReplyDelete