Asas-Asas Mengarang Bahagian C
2. Jenis-jenis perenggan
3. Penutup
4. Menganalisis soalan
5. Ciri-ciri karangan yang baik
6. Kaedah untuk merangka karangan
7. Panduan umum
1. Menulis Pendahuluan:
Sekurang-kurangnya ada lima(5) jenis pendahuluan iaitu:
a. Pendahuluan jenis definisi
Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan remaja dan kanak-kanak.
b. Pendahuluan jenis pendapat
Menurut Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir, pencemaran alam sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan dan pembakaran secara terbuka. Walau bagaimanapun, pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali.
c. Pendahuluan jenis suasana
Pada cuti sekolah yang lalu, Nabila sekeluarga telah melancong ke Pulau Tioman. Mereka menaiki bot ke sana. Bot mereka merempuh laut biru yang bergelombang.
d. Pendahuluan jenis soalan
Setiap orang perlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya?
e. Pendahuluan jenis peribahasa
Peribahasa Melayu “ sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna” dan “seperti aur dengan tebing”. Amat sesuai ke arah
mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya
mengamalkan sifat-sifat yang menggambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam sesebuah komuniti
2. Jenis-jenis Perenggan:
2.1 Perenggan Deduktif
a. Isi penting
b. Huraian isi
c. Contoh-contoh
Contoh:
Jantung mengepam darah. Darah dipam oleh jantung ke seluruh bahagian badan dan kembali ke jantung semula. Proses mengepam darah ini menyebabkan jantung berdenyut sepanjang hayat kita.
2.2 Perenggan Induktif
a. Huraian isi
b. Contoh-contoh
c. Isi penting
Contoh:
Organ ini merupakan otot yang berongga dan mempunyai empat ruang yang dinamakan aurikel kanan, aurikel kiri, ventrikel kanan dan ventrikel kiri. Saiznya kira-kira sebesar genggaman kita. Organ yang penting di dalam tubuh badan itu ialah jantung.
3. Penutup
Penutup merupakan kesimpulan terhadap pendapat yang telah dikemukakan.
Ingat !
• Kesimpulan mestilah lembut tetapi berkesan.
• Jangan mengulang isi-isi yang telah dikemukakan.
• Gunakan penanda wacana yang sesuai.
Contoh:
Kesimpulannya, kita perlulah lebih berhati-hati apabila menerima kedatangan pekerja asing kerana pelbagai masalah sosial yang dibawa oleh mereka. Mereka seharusnya ditapis sebelum diterima bekerja di negara kita.
4. Menganalisis soalan:
• Baca dengan teliti
• Gariskan perkara-perkara penting yang menjadi kata kunci dalam soalan.
Contoh:
Kamu kurang berpuas hati dengan beberapa rancangan televisyen tempatan.Kamu ingin membuat teguran dan seterusnya memberi cadangan untuk memperbaiki kelemahan tersebut.Tuliskan sepucuk surat kepada pihak yang berkenaan.
Format Surat Kiriman Rasmi
5. Ciri-ciri karangan yang baik:
5.1 Ketetapan Isi
Karangan yang ditulis mestilah menepati kehendak dan tajuk soalan.Sesebuah karangan sebaik-baiknya mempunyai empat isi.
5.2 Kejelasan Karangan
Pemilihan kata dan ayat hendaklah jelas dan mudah difahami. Elakkan penggunaan kosa kata atau ejaan yang salah bagi mengelakkan pemotongan markah.
5.3 Gabungan Idea / Perkaitan Isi
Perkaitan idea yang baik dan kemas akan menghasilkan karangan yang baik. Oleh itu, calon perlu memastikan idea keseluruhan karangan, unsur fakta yang betul dan mesej yang tepat dan mudah difahami oleh pembaca. Karangan juga perlu mempunyai idea yang berkaitan antara satu sama lain dan mengikut urutan.
5.4 Kematangan Persembahan
Kelancaran bahasa akan menunjukkan kematangan karangan. Oleh itu,unsur tatabahasa seperti penggunaan tanda baca, ejaan, imbuhan, variasi ayat dan kosa kata amat ditekankan. Pemerengganan karangan yang baik termasuk pendahuluan dan penutup juga boleh menunjukkan kematangan karangan.
5.5 Kreativiti
Karangan yang baik mestilah diolah dengan kreatif dan menarik.
Karangan akan lebih berkesan jika calon meletakkan atau melibatkan diri secara terus dalam karangan tersebut. Calon juga digalakkan menyelitkan peribahasa atau pantun dalam karangan.
6. Kaedah Merangka Karangan:
Contoh:
1. Peta Minda
2. Kata Tanya
7. Kaedah Merangka Karangan:
7.1 Fahami betul-betul kehendak soalah
7.2 Merangka karangan:
Menyusun pendahuluan, isi dan penutup.
7.3 Peruntukan masa hanya 35 minit.
Calon perlu menjawab satu soalan.
Pilih soalan yang mudah dan dikuasai sepenuhnya.
7.4 Gunakan bahasa yang mudah dan lancar.
Selamat Belajar
No comments:
Post a Comment