Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010

Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010
Wajah-wajah kesayangan hamba 6M / 2010.....Walaupun di kelas kedua namun kejayaan mereka dalam B.M UPSR (Penulisan) mampu membuatkan hamba tersenyum...Gred A(33) manakala B(4)..Tahniah!

Monday, January 20, 2014

Syarahan : Kebaikan Menyertai Aktiviti Kokurikulum di Sekolah


Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar,barisan panel hakim yang arif dan bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi. Pada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Kebaikan Menyertai Aktiviti Kokurikulum di Sekolah”.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, 
Kegiatan kokurikulum merupakan satu kegiatan yang wajib disertai oleh setiap murid di sekolah. Aktiviti kokurikulum meliputi unit-unit beruniform, persatuan,kelab dan sukan. Penyertaan murid-murid dalam kegiatan kokurikulum banyak memberi  faedah dan kebaikan.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat menambahkan pengalaman dan ilmu pengetahuan. Segala aktiviti ini berhubung kait dengan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu, penyertaan setiap murid adalah penting untuk memberikan pendedahan dan pemahaman yang mendalam berkaitan dengan pelajaran yang dipelajari.

Selain itu, kokurikulum dapat melatih diri kita bekerjasama, tolong-menolong, bertolak ansur, berdikari serta hormat-menghormati antara satu sama lain. Semua nilai murni ini haruslah dihayati dan diamalkan dalam menjalani kehidupan.

Hadirin yang dihormati,
Melalui kegiatan kokurikulum kita berpeluang menyumbangkan tenaga dan bakti kepada masyarakat setempat. Sebagai contoh, kegiatan gotong-royong yang dijalankan oleh Persatuan Pengakap menggalakkan ahli-ahli Pengakap supaya bersatu padu dan bekerjasama di samping menjalin hubungan yang erat dengan masyarakat sekeliling.
Dengan ini, lahirlah generasi yang berbudi bahasa dan bersopan santun.
Selain itu, aktiviti sukan dan permainan yang kita sertai semasa kegiatan kokurikulum dapat membina kecerdasan fizikal dan mental kita. Sebagai mengakhiri syarahan saya pada pagi ini, saya ingin menegaskan bahawa kegiatan kokurikulum banyak memberi faedah dan kebaikan kepada kita khususnya para pelajar.
Sekian, terima kasih.

Syarahan-“Ke Arah Mewujudkan Masyarakat Penyayang”.



Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha  Guru Besar SJKC Mentakab 1, barisan hakim yang adil,guru-guru dan rakan pelajar yang dihormati. Pada hari yang mulia ini, izinkan saya menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Ke  Arah Mewujudkan Masyarakat Penyayang”.

Hadirin yang dihormati,
Salah satu matlamat wawasan negara yang ingin dicapai oleh pemimpin kita adalah melahirkan masyarakat penyayang. Kelahiran dan kewujudan masyarakat penyayang dapat membentuk dan membina negara maju dalam semua bidang, iaitu ekonomi, politik dan sosial. 

Langkah pertama untuk mewujudkan masyarakat penyayang adalah dengan mewujudkan perasaan muhibah antara kaum dan menghapuskan sifat perkauman.Penubuhan Rukun Tetangga merupakan satu cara perasaan muhibah dapat disuburkan dalam diri masyarakat Malaysia yang memaparkan kebudayaan dan adat resam semua kaum.
Sambutan Hari Keluarga yang sering dianjurkan oleh kerajaan atau badan-badan swasta merupakan satu langkah ke arah mewujudkan masyarakat penyayang. Sambutan yang diadakan ini dapat mengeratkan siratulrahim dan kemesraan dalam sesebuah institusi keluarga. 

Selain itu, sekolah juga dapat memainkan peranan ke arah mewujudkan masyarakat penyayang. Aktiviti yang dijalankan adalah melalui aktiviti kokurikulum seperti persatuan, unit  beruniform dan permainan. Melalui aktiviti inilah semangat perpaduan, semangat muhibah dan bersatu padu antara pelajar berbilang kaum dapat disemai. 

Hadirin yang dihormati,
Tegasnya, masyarakat penyayang  penting demi perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. 

Sekian, terima kasih.

Tuesday, December 31, 2013

Simpulan Bahasa (A)


  A
1. Abu Jahal - orang yang sangat jahat dan nakal

2. Ada bakat - mempunyai kebolehan semula jadi dalam sesuatu bidang

3. Ada gaya – keanggunan dan ketrampilan yang menarik perhatian

4. Ada jalan – mempunyai peluang atau mempunyai cara penyelesaian sesuatu perkara

5. Air muka – rupa atau wajah yang menggambarkan perasaan seseorang

6. Ajak-ajak ayam – mengajak atau mempelawa dengan tidak bersungguh- sungguh

7. Alas perut – makan sedikit untuk menahan lapar

8. Alim kucing – orang yang berpura-pura baik

9. Ambil angin – bersiar-siar atau berjalan-jalan

10.  Ambil berat   – 
       a) melakukan sesuatu yang baik supaya disukai orang                                                                                                             
       b) merajuk dan marah kepada seseorang ( berasa tersinggung )

11. Anak angkat – anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri

12. Anak buah – 
      a) anak saudara, iaitu mereka yang mempunyai hubungan darah                                             
      b) orang yang di bawah jagaan seorang ketua

13. Anak emas – seseorang yang disayangi

14. Anak kandung – anak sendiri

15. Anak sulung – anak yang tertua dalam keluarga

16. Anak tiri – anak kepada isteri atau suami hasil perkahwinannya yang terdahulu

17. Anak tunggal – tidak mempunyai adik-beradik

18. Angkat bakul – orang yang suka memuji diri sendiri

19.  Angkat kaki – meninggalkan sesuatu tempat dengan segera

20.  Angkat muka – berani menentang

21.  Atas angin – negara di sebelah barat

22.  Atas pagar – seseorang yang tidak menyebelahi mana-mana pihak

23.  Ayam tambatan – orang harapan

Friday, May 3, 2013

~74 Latihan Kata Majmuk~



1          Murid-murid dikehendaki memakai _____________ketika bersenam di padang.
A  pakaian adat
B  pakaian sukan
C  pakaian seragam
D  pakaian angkatan

2          _____________Beng Keong berdarah dengan banyak kerana terkena pisau.
A  Ibu pejabat
B  Ibu negara
C Ibu pertiwi
D  Ibu jari

3          Kami sekeluarga menginap di _______________ itu semasa bercuti di Melaka.
A  rumah sakit
B  rumah tangga
C  rumah terbuka
D  rumah tumpangan

4          ________________yang dijaga oleh Edwin De Sar tidak dibolosi sepanjang perlawanan itu berlangsung.
A  Pintu gol
B  Pintu keluar
C  Pintu depan
D  Pintu jendela

5          __________________Guru Besar diperlukan untuk mengesahkan dokumen yang penting itu.
A  Beritahu
B  Sukarela
C Tandatangan
D  Tanggungjawab

6          Seng Yun mengulang kaji pelajaran dengan berpandukan ___________________ yang baru dibelinya.
A  buku kedatangan
B  buku catatan
C  buku rujukan
D  buku lima

7          Mei Lan menukar bingkai ___________________nya yang rosak kerana terjatuh ke lantai.
A  cahaya mata
B  cermin mata
C  mata pisau
D  matahari

8          __________________syarikat itu menikmati cuti selama tujuh hari semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.
A  Suruhanjaya
B  Kakitangan
C  Pilihanraya
D  Olahraga

9          Larian Maraton itu terbuka kepada _________________ Malaysia sahaja.
       A  antarabangsa
       B  warganegara
       C  setiausaha
       D  matahari

10      Hakim itu menggunakan _______________nya semasa menjatuhkan hukuman kepada pesalah itu.
       A  budi bahasa
       B  budi pekerti
       C  budi bicara
       D  balas budi

11      Jejaka itu ternanti-nantikan ___________dengan gadis idamannya pada minggu depan.
      A  temu janji
      B  temu bual
      C  temu duga
      D  temu ramah

12      Pei Chen tidak ______________ walaupun kalah dalam pertandingan badminton yang disertainya.
       A  berputus asa
       B  bekerjasama
       C  berbelah bagi
       D berjimat cermat

13      Perarakan Hari Kemerdekaan akan disiarkan secara _______________ dari Dataran Merdeka.
       A  lalu lintas
       B  lintas akal
       C  litar pintas
       D  lintas langsung

14      Marsya kelihatan muram apabila dia hanya mendapat _________________ dalam pertandingan nyanyian.
A  baik hati
B  puas hati
C  sagu hati
D  gerak hati

15      Kai wong memasukkan sehelai kertas kecil yang mengandungi cadangannya ke dalam _____________.
A  peti besi
B  peti sejuk
C  peti wang
D  peti cadangan


16      “Jangan ______________kan hal peribadi dengan kerja kita,” kata Ali kepada rakan setugasnya.
A  tangan baju
B  campur aduk
C  tangan kanan
D  campur tangan

17      Cikgu Lim memastikan _______________lagu yang diterangkannya difahami oleh murid-murid.
A  seni kata
B  tutur kata
C  kata putus
D  kata laluan

18      Telefon bimbit yang lama itu tidak di___________________ lagi.
A  guna pakai
B  temu bual
C  kemas kini
D  ambil alih

19      Keluarga Winny berasa _______________atas pemergian datuk mereka.
A  sukarela
B  sukacita
C  peribadi
D  dukacita

20      Datuk telah mewasiatkan sejumlah ________________ kepada setiap anak-anaknya.
A  hak milik
B  asal usul
C  harta benda
D  harta pusaka

21      Kita hendaklah mengikuti segala _____________yang diberikan oleh guru.
A  tutur kata
B  tipu helah
C  tunjuk ajar
D  bijak pandai

22      Kes jenayah berkurangan sejak adanya _____________di kawasan perumahan kami.
A  rumah tangga
B  rumah terbuka
C  rumah pangsa
D  rukun tetangga

23      Encik Krishna bekerja sebagai pengurup ____________ asing di Kuala Lumpur.
A  mata wang
B  mata gelap
C  mata hati
D mata kail

24      __________________itu sedang menyediakan minit mesyuarat.
A  Jawatankuasa
B  Warganegara
C  Suruhanjaya
D  Setiausaha

25      Adrian sedang __________________ maklumat dari Internet untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh gurunya.
A  mereka cipta
B  memuat turun
C  mengemas kini
D  mengatur cara


26. Pengguna kenderaan yang tidak membaharui______________telah ditahan oleh pihak polis dalam operasi itu.  

A.cukai pintu                                           
B.cukai tanah                                          
C.cukai jalan
D.cukai pendapatan

27.__________kereta nasional Myvi menepati cita rasa pengguna di  Malaysia.
      A.Reka cipta                                           C.Reka bentuk
      B.Reka letak                                            D.Reka corak

28.________itu mengalami kerugian kerana terpaksa ditutup beberapa jam
  apabila menerima aduan ancaman bom.       
      A.Pasar malam                                          C.Pasar raya
      B.Pasar raya                                             D.Bandar raya

29.Ahmad merupakan salah seorang_________di Sekolah Kebangsaan Seri Pantai.
      A.setiausaha                                              
      B.suruhanjaya                                           
      C.pesuruhjaya
      D.kakitangan

30.Zulkifli telah menimang ________yang pertama pada hari Khamis yang lalu.
      A.anak emas                                              
      B.anak bongsu                              
      C.cahaya mata
      D.mata air

31.Datuk Nicole Ann David telah menempa nama di peringkat_______dalam sukan skuasy.
      A.olahraga                                     C.warganegara
      B.antarabangsa                               D.suruhanjaya

32.Peserta  Program Khidmat Negara mengadakan sesi___________sebelum memulakan latihan.
      A.tegur sapa                                    C.ramah mesra
      B.soal jawab                                    D.adap sopan

33.Acara________merupakan acara kemuncak dalam pertandingan sukan itu.
      A.antarabangsa                             C.kerjasama
      B.olahraga                                     D.setiausaha

34.Mereka sedang membaca perkara-perkara penting yang tercatat di dalam_______
      A.nota mesyuarat                          C.notis mesyuarat
      B.minit mesyuarat                          D.penyata mesyuarat

35.Guru Besar menyampaikan__________kepada penceramah motivasi itu.
      A.cenderamata                              C.tanggungjawab
      B.tandatangan                                D.kakitangan

36.Ramai _____________datang ke majlis perkahwinan Rozita untuk meraikannya.
      A.warga asing                               C.handai taulan
      B.laki bini                                      D.suami isteri

37.Sebuah helikopter Nuri telah terhempas di kawasan________yang sangat tebal.
      A.hutan belantara                          C.tanah tinggi
      B.taman rimba                               D.taman rekreasi

38.Pihak sekolah mengadakan minggu_______untuk mengenali murid-murid baharu
     dengan lebih dekat lagi.
      A.suai kenal                                  C.soal jawab
      B.temu duga                                  D.temu bual

39.___________telah melanda kampung nelayan di Mersing menyebabkan banyak
     rumah yang roboh.
      A.Tanah runtuh                              C.Ribut taufan
      B.Gempa bumi                              D.Tanah pamah

40.Budak-budak itu___________mendengar cerita Tuk Aki yang lucu itu.
      A.geli hati                                     C.habis akal
      B.hitam legam                               D.basah kuyup

41.Muka Ali______________apabila dimarahi gurunya.
      A. biru muda                              C.hitam manis
      B.kuning langsat                          D.merah padam

42.Bapa diberikan peluang untuk melakukan_____________kereta baru yang akan dibelinya.
      A.kaji selidik                                 C.pandu uji
      B.pandu laju                                  D.soal siasat

43.Chee Seng datang ke rumah Pak Cik Lee dengan membawa_____________.
     A.isi hati                                         C.kata dua
     B.hajat besar                                  D.tali barut

44.Kerani sekolah itu menerima_________ke majlis sambutan Hari Guru.
      A.surat akuan                                C.surat kiriman
      B.surat tawaran                              D.surat jemputan

45.Puan Ani mendaftarkan namanya kepada________peraduan mewarna.
      A.ahli panel                                   C.urus setia
      B.suruhanjaya                               D.sukarela

46.Sebagai________Persatuan Bahasa Melayu di sekolahnya,Aishah perlu menyiapkan laporan yang diminta oleh Cikgu Lily.
      A.urus setia                                   C.setiausaha
      B.kakitangan                                 D.ketua kerani

47.Penduduk kampung berkumpul di ______________untuk mendengar ceramah daripada  wakil rakyat.
      A.balai raya                                   C.pasar awam
      B.balai polis                                   D.pasar raya

48.Fariza sedang meneliti____________rancangan televisyen yang disiarkan dalm surat khabar.
      A.inti sari                                      C.sari kata 
      B.atur cara                                    D.atur masa

49.    ____________________ sebagai seorang guru adalah mengajar dan mendidik murid-murid menjadi   
insan yang baik.

A   Tandatangan
B   Tanggungjawab
C   Kerjasama
D   Sukarela

50.    Nora suka mengambil bahagian dalam acara  _____________ apabila tiba
Hari Sukan di sekolahnya.

     A   reka bentuk
     B   ubahsuai
     C   olahraga
     D   atur cara

51.    Orang kaya itu itu hendak ________________ banglonya supaya menjadi lebih
 luas.

     A   mengulang kaji
     B   mencampuraduk
     C   mencari gali
     D   mengubahsuai

52    Projek itu berjaya disiapkan tepat pada masanya kerana mendapat __________
semua pihak yang terlibat.
     
     A   kemas kini
     B   serba guna
     C   kerjasama
     D   kenal pasti

53    ____________  itu dibeli di kedai buku.

A   Alat-alat tulis
B   Warganegara
C   Matahari
D   Antarabangsa

54    _____________  di syarikat itu sedang bercuti di Pulau Langkawi.

A   Jam tangan
B   Kapal terbang
C   Kereta api
D   Kakitangan   

55    Sifat _______________ Hamin menawan hati kita.

A   lemah lembut
B   lemah longlai
C   letih lesu
D   penat lelah

56    Nasri akan menghadiri ________________ bagi jawatan kerani esok.

A   temu ramah
B   temu janji
C   temu duga
D   temu bual

57    Fikirkanlah kehendak soalan itu betul-betul, janganlah_________ saja.

A   serah diri
B   serkap jarang
C   serang hendap
D   sampai hati

58    Halim memasukkan ikan dan sayur-sayuran yang baharu dibelinya ke dalam _______.

A  peti ais
B  ais peti
C  air suam
D  air mata

59    Badan Pak Ali kelihatan ___________ sejak dijangkiti penyakit.

A  gagah berani
B  kenal pasti
C  kurus kering
D  batu api

60    Keluarga Amin terpaksa tinggal di _____________ kerana tidak mampu
 memiliki rumah sendiri.

A  rumah api
B  rumah sewa
C  rumah papan
D  rumah batu

62    Ibu bapa Eng Chong sentiasa _______________ pelajarannya.

A  mengambil alih
B  memberitahu
C  mengambil berat
D  mereka bentuk

63    Kaki Ben Li melecur kerana terkena ___________ .

A  air mata
B  air suam
C  air sejuk
D  air panas


64    Encik Aru mendapat rawatan akupanktur di ______________ itu.

A  pusat rawatan
B  taman bunga
C  balai raya
D  hutan rimba

65    Kamir bercita-cita menjadi _______________ suatu hari nanti.

A  pakar bedah
B  warganegara
C  mata pelajaran
D  bandar raya

66    Hua Yi berkelah di tepi __________________ yang indah.

A  gunung berapi
B  gulung tikar
C  pusat sumber
D  air terjun

67    Encik Dollah balik ke kampung halamannya yang jauh dengan menaiki
      _________________ .
    
     A  kereta lembu
     B  kereta api
     C  kereta kuda
     D  kereta mainan

68    Nenek Kumari mengalami ______________ sejak tiga hari yang lalu.

A  tanggungjawab
B  beritahu
C  demam panas
D  bumiputera

69    Zhe Jet mengucapkan ______________ kepada Cikgu Leena.

A  tengah hari
B  makan malam
C  minta tolong
D  terima kasih


70    Encik Wong mempunyai lima orang _________ yang mahir di syarikatnya.

A  kakitangan
B  salah langkah
C  sukarela
D  bumiputera

71    Kita mestilah sentiasa menjaga keselamatan di __________________ .

A  semula jadi
B  jalan raya
C  gambar rajah
D  garis pusat

72    ______________ Utara – Selatan melibatkan negeri Kedah, Perak, Kelantan
dan Pahang.

A  Jalan Raya
B  Taman Air
C  Lebuh Raya
D  Hutan Simpanan

73    Pemandu kenderaan dinasihatkan memandu mengikut __________________
     tidak melebihi 110k/j.
     
      A  had laju
      B  sampai hati
      C  tahan lasak
      D  tinggi lampai

74 Bapa sedang berbual-bual dengan kawannya di ________________ .

A  bumbung rumah
B  anjung rumah 
C  atap rumah
D  tiang rumaah