Soalan 1 – Soalan 20
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 dan Soalan 2 berdasarkan Gambar 1
Gambar 1
1 Hun Cheng dan Azmi bersahabat baik. Setiap petang, ____________ bermain
buaian di taman permainan.
A kami B belian
C baginda D mereka
2 Ah Meng dan adiknya juga bermain ___________________ di situ.
A papan gelongsor B papan geluncur
C papan jongkang-jongket D papan luncur
Soalan 3 berdasarkan Gambar 2
Gambar 2
3 __________________, banyak sungguh buah-buahan yang kamu beli!
A. Wah B Cis
B Hai C Aduh
4 Ah Hong selalu menolong datuknya memungut buah durian di
_________________datuknya.
A sawah B ladang
C dusun D kolam
5 Mereka _______________ semasa mengutip buah-buah durian tersebut.
A mandi kerbau B mandi peluh
C mandi kolam D mandi manda
Soalan 6 dan Soalan 7 berdasarkan Gambar 3
Gambar 3
6 Puan Cheng selalu memasak ____________________ yang istimewa sempena
merayakan Tahun Baru Cina.
A buah-buahan B lauk-pauk
C rumput-rampai D paku-pakis
7 Masyarakat Cina menyambut perayaan Tahun Baru Cina dengan _________________ sekali.
A meriah B kagum
C sedih D luas
8 Beberapa _____________________mercun dibakar untuk memeriahkan lagi suasana pada hari itu.
A buah B deret
C papan D batang
Soalan 9 berdasarkan Gambar 4
Gambar 4
9 Murid-murid melakukan senaman di padang _________________ menjaga kesihatan diri.
A ke B bagi
C untuk D kepada
10 Latihan bola sepak akan diadakan __________________ hari Ahad ini.
A ke B pada
C untuk D daripada
Soalan 11 dan Soalan 12 berdasarkan Gambar 5
Gambar 5
11 Puan Rehanis mengimpikan ______________ rumah yang besar dan cantik.
A sebatang B sebiji
C sekeping D sebuah
12 Halaman rumah ___________ tingkat itu dihiasi dengan pokok-pokok yang
menghijau.
A dua B kedua
C berdua D kedua-dua
Soalan 13 dan Soalan 14 berdasarkan Gambar 5
Gambar 5
13 Amirul menggunakan _____________ untuk melintas jalan raya yang sesak itu.
A sesiku B lelangit
C jejantas D kekuda
14 Dia ___________________kakinya dengan berhati-hati.
A melangkahkan B melambaikan
C menjalankan D menghentakkan
15 Azri membuka _______________ apabila dikejar oleh anjing yang garang itu.
A langkah kiri
B langkah kanan
C langkah seribu
D langkah sumbang
16 Muthusamy telah _______________ dompetnya semasa berebut-rebut menaiki
bas.
A kehilangan
B dihilangkan
C menghilangkan
Soalan 17 hingga Soalan 19 berdasarkan Gambar 6
Gambar 6
17 Puan Tan membersihkan lampu _____________Stephanie menyapu sampah di ruang tamu rumah mereka.
A serta B sekiranya
C manakala D jikalau
18 Stepahie menggunakan ____________________penyapu untuk menyapu sampah-sampah itu.
A sebilah B sebatang
C sebuku D sekuntum
19 Stephie memang _________________kerana sering menolong ibunya.
A ringan tulang
B berat tulang
C putih tulang
20 Kasim memasukkan _______________ bukunya ke dalam kotak.
A setengah B ramai
C semua D setiap
Soalan 21
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
21 Ayah menyuruh Haiza menyiram pokok bunga.
A Ayah berkata kepada Haiza, “Tolong siram pokok bunga.”
B Ayah berkata kepada Haiza, “Tolong siram pokok bunga, ayah.”
C Ayah berkata kepada Haiza, “Tolong ayah siram pokok bunga!”
Soalan 22 dan Soalan 23
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
22 Bilakah mereka ditangkap polis?
A Mereka mencuri barang-barang di pasar raya.
B Mereka ditangkap polis petang semalam.
C Memamg mereka ditangkap polis
D Mereka berjanji tidak akan mencuri lagi.
23 Di manakah murid-murid berkumpul sebelum bertolak ke Melaka?
A Murid-murid akan bertolak ke Melaka.
B Murid-murid berkumpul pada pukul &.30 pagi.
C Murid-murid berkumpul kerana diarahkan oleh guru.
D Murid-murid berkumpul di dewan sebelum bertolak ke Melaka.
Soalan 24 dan Soalan 25
Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.
24 Mereka ke Sabah dengan menaiki kapal terbang.
A Bilakah mereka ke Sabah ?
B Mengapakah mereka ke Sabah ?
C Berapa kalikah mereka ke Sabah ?
D Bagaimanakah mereka ke Sabah ?
25 Sungai menjadi kotor kerana penduduk berhampiran membuang sampah ke dalam
sungai.
A Mengapakah sungai menjadi kotor?
B Di manakah sungai menjadi kotor?
C Apakah nama sungai yang menjadi kotor?
Soalan 26
Pilih perkataan yang seerti dengan perkataan yang bergaris
26 Ai Chan terjaga daripada tidur kerana terdengar bunyi bising di dapur.
A riuh B sepi
C sibuk D tenang
Soalan 27
Pilih perkataan yang berlawan dengan perkataan yang bergaris
27 Tayar kereta Ah Seng terbenam di dalam tanah yang lembut itu.
A usang
B tebal
C keras
Soalan 28 dan Soalan 29
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
28 I Abang saya lulus dalam peperiksaan UPSR.
II Cincin itu lulus daripada jarinya kerana terlalu longgar.
III Permohonan cutinya telah lulus oleh majikannya.
IV Kereta perompak itu lulus daripada sekatan polis.
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D I, II dan IV
29 I Kami berkawan baik sejak kecil lagi.
II Azman baik dari sekolah pada pukul 2.00 petang.
III Beliau dihormati kerana kelakuannya yang baik itu.
IV Mekanik itu sedang baik kereta di bengkel.
A I dan II
B I dan III
C I dan IV
D I, II, III dan IV
Soalan 30
Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.
A Kucing-kucing kesayangannya bernama Si Putih dan Si Tompok.
B Kucing-kucing kesayangannya bernama Si putih dan Si tompok.
C Kucing-kucing kesayangannya bernama Si Putih dan Si Tompok!
D Kucing-kucing kesayangannya bernama Si putih dan Si tompok?
Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca petikan syarahan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, para hakim yang arif, guru-guru, dan murid-murid sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera. Pada pagi ini saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Pentingnya Persahabatan”.
Hadirin yang dihormati,
Manusia tidak boleh hidup bersendirian. Manusia dilahirkan untuk hidup secara berkelompok atau berkumpulan. Manusia memerlukan orang lain untuk berbual, berbincang, bertukar-tukar pendapat, dan berkongsi pengalaman hidup.
Persahabatan adalah sesuatu yang suci. Persahabatan tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Persahabatan perlu dijalinkan dengan hati yang ikhlas. Sahabat yang sejati ialah sahabat yang sanggup berkongsi susah dan senang bersama.
Hadirin yang dihormati,
Kita perlu menghargai persahabatan. Semasa menjalin persahabatan, kita perlu bersikap jujur, bersangka baik, amanah, menepati janji, bertolak ansur, dan tidak menyakiti hati orang lain.
Kesimpulannya, persahabatan perlu dijalin dengan ikhlas agar kita disenangi oleh orang lain. Sekian, terima kasih.
31 Apakah pertandingan yang disertai oleh murid di atas?
A Pertandingan pantun
B Pertandingan syarahan
C Pertandingan certa
D Pertandingan mendeklamasikan sajak
32 Mengapakah manusia memerlukan sahabat?
A Untuk berbincang atau berkongsi pengalaman
B Untuk menceritakan kekayaan diri
C Untuk menambahkan sahabat
D Untuk meminjam duit
33 Bagaimanakah sikap sahabat yang sejati?
A Menghargai persahabatan
B Memuji kebaikan diri
C Membantu ketika kesusahan
D Berkongsi susah dan senang bersama
34 Yang beikut ialah sikap yang perlu ada dalam persahabatan, kecuali
A bangga diri B menepati janji
C bertolak ansur D bersangka baik
35 Apakah yang perlu dilakukan supaya orang lain senang bersahabat dengan kita?
A Hidup secara bersendirian
B Berkongsi masalah dengan orang lain
C Menjalinkan persahabatan dengan ikhlas
D Menjalinkan hubungan untuk mendapatkan ganjaran
Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca petikan syarahan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Namaku Juara. Aku berasal dari Petaling Jaya, Selangor. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang besar. Setelah dilahirkan aku dibalut menggunakan plastik.
Selepas itu, aku dibawa ke Melaka dengan menaiki sebuah lori sehinggalah sampai di sebuah kedai. Aku dipamerkan dan dilekatkan tanda harga sebanyak RM250.00. Badanku kelihatan cantik dan berkilat.
Pada suatu hari aku telah dibeli oleh seorang lelaki. Selepas membayar harga aku di kaunter pembayaran, aku dibawa pulang ke rumahnya. Aku dihadiahkan kepada anak perempuannya, Siti Sarah. Rupa-rupanya hari itu merupakan hari ulang tahun kelahirannya. Siti Sarah baru berumur sepuluh tahun.
Aku ditunggang oleh tuanku seperti kuda. Aku dikayuhnya dengan berhati-hati. Setiap hari, aku membawa tuanku ke sekolah. Setibanya di sekolah, aku dikunci pada sebatang tiang sehinggalah dibuka semula pada pukul 2.00 petang.
Kini, usiaku sudah menjangkau tiga tahun namun badanku masih lagi kuat dan cantik kerana aku dijaga dengan rapi oleh tuanku. Aku berjanji akan terus berkhidmat kepada tuanku selagi aku diperlukan.
36 ‘Aku’ dalam petikan merupakan
A basikal
B kasut
C beg sekolah
D jam tangan
37 ‘Aku berasal dari mana ?
A Kedah
B Selangor
C Melaka
D Terengganu
38 Apakah kegunaan aku?
A Untuk berlumba
B Untuk disimpan
C Untuk dijadikan hiasan
D Untuk ditunggang ke sekolah
39 Mengapakah tuan mengunci ‘Aku’ pada sebatang tiang?
A Supaya tidak hilang dicuri orang
B Supaya mudah mengambilnya
C Supaya tidak tertukar dengan orang lain
D supaya tidak dirosakkan oleh murid lain
40 Bagaimanakah ‘Aku’ dijaga oleh tuannya?
A Cuai
B Rapi
C Kasar
D Teruk
SOALAN TAMAT, SELAMAT BERJAYA
No comments:
Post a Comment