Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010

Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010
Wajah-wajah kesayangan hamba 6M / 2010.....Walaupun di kelas kedua namun kejayaan mereka dalam B.M UPSR (Penulisan) mampu membuatkan hamba tersenyum...Gred A(33) manakala B(4)..Tahniah!

Monday, August 22, 2011

Kisah Abu Nawas Dan Botol Ajaib

http://4.bp.blogspot.com/-7-keS5ikVs0/TZd7TpSNP2I/AAAAAAAAAHw/S3vjRlguFis/s1600/Botol+Ajaib.gif

Tiada henti-hentinya, tak ada ketikanya, Baginda Raja Harun Al Rasyid selalu memanggil Abu Nawas untuk dijebak dengan berbagai pertanyaan atau tugas yang aneh-aneh. Hingga sampai hari inipun, Abu Nawas dipanggil juga ke istana.

Setelah tiba di istana, Baginda Raja menyambut Abu Nawas dengan sebuah senyuman. "Akhir-akhir ini aku sering mendapat gangguan perut. Kata tabib pribadiku, aku kena serangan angin," kata Baginda Raja memulai pembicaraan.

"Ampun Tuanku, apa yang bisa hamba lakukan, hingga hamba dipanggil," tanya
Abu Nawas.

"Aku hanya menginginkan engkau menangkap angin dan memenjarakannya," kata Baginda.

Abu Nawas hanya diam. Tak sepatah kata pun keluar dari mulutnya. Ia tidak memikirkan bagaimana cara menangkap angin nanti, tetapi ia masih bingung bagaimana cara membuktikan, bahwa yang ditangkap itu memang benar-benar angin.

Kerana angin tidak bisa dilihat. Tidak ada benda yang lebih aneh dari angin. Tidak seperti halnya air, walaupun tidak berwarna, tetapi masih bisa dilihat. Sedangkan angin tidak.

Baginda hanya memberi Abu Nawas waktu tidak lebih dari tiga hari. Abu Nawas pulang membawa pekerjaan rumah dari Baginda Raja. Namun, Abu Nawas tidak begitu sedih. Kerana berfikir sudah merupakan sebahagian daripada hidupnya, bahkan merupakan suatu kebutuhan.

Ia yakin, bahwa dengan berfikir, akan terbentang jalan keluar dari kesulitan yang sedang dihadapi. Dan dengan berfikir pula ia yakin, bisa menyumbangkan sesuatu kepada orang lain yang mememerlukan terutama orang-orang miskin. Kerana tidak jarang Abu Nawas menggondol sepundi penuh wang emas hadiah daripada Baginda Raja, atas kecerdikannya.

Tetapi sudah dua hari ini Abu Nawas belum juga mendapat akal untuk menangkap angin, apalagi memenjarakannya. Sedangkan esok adalah hari terakhir yang telah ditetapkan Baginda Raja. Abu Nawas hampir putus asa. Abu Nawas benar-benar tidak bisa tidur walau hanya sekejap.

Mungkin sudah takdir, kayaknya kali ini Abu Nawas harus menjalani hukuman, kerana gagal melaksanakan perintah Baginda. Ia berjalan longlai menuju istana. Di sela-sela kepasrahannya kepada takdir, ia teringat akan sesuatu, iaitu Aladin dan lampu wasiatnya.

"Bukankah jin itu tidak terlihat?" Abu Nawas bertanya kepada diri sendiri. Lantas ia melonjak girang dan segera berlari pulang. Sesampai di rumah, ia secepat mungkin menyiapkan segala sesuatunya kemudian menuju istana.

Di pintu gerbang istana, Abu Nawas langsung dipersilakan masuk oleh para pengawal, kerana Baginda sedang menunggu kehadirannya. Dengan tidak sabar, Baginda langsung bertanya kepada Abu Nawas yang sudah ada di hadapannya.

"Sudahkah engkau berhasil memenjarakan angin, hai Abu Nawas?"

"Sudah Paduka yang mulia," jawab Abu Nawas dengan muka berseri-seri, sambil mengeluarkan sebuah botol yang sudah disumbat. Kemudian Abu Nawas menyerahkan botol itu.

Baginda menimang-nimang botol itu. "Mana angin itu, hai Abu Nawas?" tanya Baginda.

"Di dalam botol itu, Tuanku yang mulia," jawab Abu Nawas penuh takzim.

"Aku tak melihat apa-apa," kata Baginda Raja.

"Ampun Tuanku, memang angin tak bisa dilihat, tetapi bila Paduka ingin tahu angin, tutup botol itu harus dibuka terlebih dahulu," kata Abu Nawas menjelaskan. Setelah tutup botol dibuka, Baginda mencium bau busuk. Seperti bau kentut yang begitu menyengat hidung.

"Bau apa ini, hai Abu Nawas?!" tanya Baginda marah.

"Ampun Tuanku yang mulia, tadi hamba buang angin dan hamba masukkan ke dalam botol. Kerana hamba takut angin yang hamba buang itu keluar, maka hamba memenjarakannya dengan cara menyumbat mulut botol itu," kata Abu Nawas ketakutan.

Tetapi Baginda tidak jadi marah, kerana bagi Baginda Raja, penjelasan Abu Nawas memang masuk akal. Dan seperti biasanya, untuk yang kesekian kalinya Abu Nawas selamat daripada petaka berkat botol ajaib.

Thursday, August 11, 2011

LATIHAN SIMPULAN BAHASA

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

  1. Pak Ngah dan Mak Usu __________ kerana tidak dapat menyelesaikan masalah itu sejak semalam.
  2. Sejak diberhentikan kerja dari kilang itu, Abdullah dan keluarganya terpaksa __________ kerana dia sudah kehilangan punca pendapatan.
  3. "Fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu, jangan kamu __________ sahaja," kata ayah.
  4. Kim Leong dianggap __________ kerana memberikan pinjaman wang dengan mengenakan bunga yang berlipat ganda.
  5. Amir yang kelihatan seperti __________ itu sebenarnya pintar menyelesaikan masalah Matematik yang sukar.
  6. Ibu bapa tidak boleh __________ dalam memberi kasih sayang terhadap anak-anak.
  7. Ibu bapa tidak boleh __________ dalam memberi kasih sayang terhadap anak-anak.
  8. Hartawan yang __________ itu mendermakan RM20 000 kepada mangsa kebakaran.
  9. Ayah cuba mencari __________ untuk menyelesaikan perbalahan antara abang dan kakak.
  10. Orang itu dikatakan __________ kerana suka mengeluarkan kata-kata yang pedas-pedas.
  11. Kakak menjadi __________ apabila melihat pelbagai corak kain di kedai Haji Ahmad itu.
  12. Sejak kematian suaminya, kehidupan Mak Cik Hasnah dan anak-anaknya semakin terhimpit __________.
  13. Sesuatu perkara yang sudah selesai tetapi masih terdapat perasaan tidak puas hati atau rungutan lagi. Itulah yang dikatakan __________.
  14. "Jangan __________ sahaja. Dengar dahulu arahan, kemudian baru buat," kata Pak Ali kepada Fahmi.
  15. Haziq Haikal memang __________. Dia dapat menjawab semua soalan kuiz dengan tepat dalam masa yang singkat.
  16. Sikap Pak Sidek yang __________ itu tidak disukai oleh isterinya, Mak Limah.
  17. Tok Akil seorang yang __________ kerana selalu memberi wang kepada kanak-kanak yang mengunjungi rumahnya.
  18. Budak yang terkena kejutan elektrik itu tinggal __________ ketika dibawa ke hospital.
  19. Puan Aini membesarkan anak bongsunya, Jalil dengan penuh kasih sayang __________.
  20. Semakin banyak ilmu atau harta yang diperoleh, seseorang itu tidak mudah berasa megah sebaliknya akan sentiasa bersyukur dan merendah diri. Pernyataan ini sesuai dengan __________.
  21. Peribahasa yang sesuai dengan gambar di atas ialah __________.
  22. Mengecat bangunan tinggi tidak menjadi masalah kepadanya kerana __________.
  23. Amin pernah ditolong oleh Pak Cik Kamal tetapi sekarang dia cuba menjatuhkan maruahnya dan perbuatan itu boleh dianggap __________.
  24. Nasihat yang diberikan kepada Zaki itu __________ saja kerana dia tidak pernah ambil pedul
  25. Panglima Hitam tidak pernah menunjukkan ketangkasannya bersilat kerana selama ini dia __________.
  26. Puan Janet menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang __________.
  27. "Kita tidak boleh membuat tuduhan secara __________ sehingga terbukti seseorang itu bersalah," kata ayah pada Shamsul.
  28. Osman menjadi __________ dalam pasukan bola sepak sekolahnya kerana dia merupakan pemain yang lincah.
  29. Semenjak menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan dan tinggal di bandar raya Kuala Lumpur, Zainal langsung tidak mempedulikan ibu bapanya di kampung. Sikapnya itu tak ubah __________.
  30. Janganlah membuat tuduhan secara __________ sehingga menyebabkan orang yang tidak bersalah menjadi mangsa.
  31. Encik Johan tidak __________ walaupun melihat wang yang banyak di dalam laci ketua pejabatnya.

PERIBAHASA

NOTA PERINGATAN PERIBAHASA/ SIMPULAN BAHASA


1. Batu api
-
penghasut
2. Mati akal
-
tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi
3. Mati katak
-
mati seperti katak dan tidak siapa yang mempedulikannya
4. Batu loncatan
-
orang atau tempat yang dipergunakan untuk mencapai sesuatu
5. Ikat perut
-
menahan lapar kerana berjimat
6. Cangkul angin
-
kerja yang sia-sia
7. Mati berangan
-
kelihatan mati tetapi tidak
8. Campur tangan
-
memberikan bantuan atau pertolongan/mengambil tahu hal orang lain
9. Ikut hati
-
mengikut kehendak hati sendiri
10. Puas hati
-
berasa puas apabila sesuatu keinginan tercapai
11. Patah hati
-
kecewa
12. Terang hati
-
cerdik, pandai, mudah mengingati sesuatu
13. Tangkai jering
-
  kedekut, bakhil.
14. Alim kucing
-
orang jahat yang berpura-pura baik.
15. Lintah darat
-
orang yang meminjamkan wang dengan mengambil bunga yang berlipat ganda.
16. Buruk siku
-
memberi sesuatu kepada seseorang kemudian mengambilnya balik.
17. Bodoh sepat
-
nampaknya bodoh sebenarnya pintar.
18. Panjang akal
-
cerdik.
19. Mulut murai
-
orang yang banyak bercakap.
20. Memerah otak
-
berfikir dengan bersungguh-sungguh.
21. Besar hati
-
bangga, gembira, riang
22. Pilih kasih
-
berat sebelah
23. Makan hati
-
merajuk/memendam rasa
24. Kasih mesra
-
sangat kasih
25. Mati kutu
-
tidak dapat berbuat apa-apa.
26. Langkah kiri
-
tidak beruntung, tidak bernasib baik.
27. Keras kepala
-
degil.
28. Berat hati
-
tidak sanggup hendak melakukan sesuatu
29. Lepas tangan
-
tidak ambil peduli/tidak bertanggungjawab
30.Ringan tulang
-
rajin bekerja
31.Dalam tangan
-
sudah berada dalam pengetahuan kita
32.Langkah kanan
-
bernasib baik
33.Seperti langit dengan bumi
-
banyak sekali perbezaannya
34.Seperti bulan dengan matahari
-
sesuai benar
36. Seperti bangau kasihkan kerbau
-
bersahabat kerana mempunyai kepentingan sendiri
37. Seperti mentimun dengan durian
-
orang yang lemah menentang orang yang kuat sudah tentu akan kalah


Gadis yang jelita ibarat sekuntum bunga:
Mawar merah tetap indah di pandangan mata ,
Harum semerbak baunya menusuk sukma.

CUBA JAWAB

Isi tempat kosong dengan jawapan  yang paling sesuai.

  1. "__________ perkenankan kamu sekalian datang menghadap pada awal pagi esok," titah Sultan Mahmud Shah kepada saudagar-saudagar itu.
  2. "Ibu, __________ meminta maaf atas segala kesalahan yang telah kami lakukan,"
      kata Ramlah dan Ramli kepada ibunya.
  1. Ibu dan ayah saya sekarang berada di Tanah Suci dan tolonglah doakan agar __________ selamat kembali ke tanah air," kata Arman kepada Haji Samad.
  2. Mengikut keterangan beberapa orang pemain pasukan itu antara kejayaan __________ adalah kerana mempunyai semangat berpasukan yang tinggi.
  3. "__________ akan pergi bersama-sama Sultan Melaka esok," kata Tun Ali kepada Tun Setia.
  4. "__________ pergi dengan siapa ke Perpustakaan Awam semalam?" Tanya Cikgu Hamzah kepada Amran.
  5. "Husin, kaki __________ terkena kaca. Aduh, sakitnya!" kata Halim.
  6. Penduduk Kampung Baru tidak dapat berbuat __________ semasa banjir kilat berlaku.
  7. Oleh sebab keletihan, __________ tertidur di atas bangku panjang itu.
  8. Adik berbuat __________ kerana dipaksa oleh budak-budak jahat.
  9. Pegawai Daerah yang telah menyampaikan ucapan dalam majlis itu meminta __________ yang ingin menjadi ahli sukarela supaya mendaftarkan diri.
  10. Bapa __________ ialah Raduan bin Salleh, seorang peguam yang disegani.
  11. "__________ nampak Dato' Maharaja Lela sudah melampau!" sembah Panglima Nayan kepada sultan.
  12. Wawasan 2020 diilhamkan oleh Perdana Menteri agar negara __________ bertambah maju.
  13. "Berikan __________ sesikat pisang emas itu," kata Salim.
  14. "Cikgu Hamizah ingin berjumpa dengan __________ selepas ini," kata Amirul kepada Hafizi.
  15. "Mengapakah __________ bersedih? Katakan kepada hamba," kata Hang Tuah kepada Tun Perak.
  16. "__________ akan berangkat bersama-sama dengan Dato' Bendahara Paduka Raja," kata Raja Muda kepada Tun Mamat.
  17. "__________ akan berangkat ke Temasik esok," kata Bendahara kepada Laksamana Bentan.
  18. Kamil, Husni dan Irfan tidak hadir ke kelas tambahan semalam kerana __________ terpaksa menjalani latihan bola sepak pasukan sekolah.

Wednesday, August 10, 2011

Renungan Buat Semua

PESANAN DARI IMAN AL GHAZALI

Imam Ghazali : Apakah yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling DEKAT dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling JAUH dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling BESAR di dunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang BESAR sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Imam Ghazali: Apa yang paling BERAT didunia?

Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling BERAT adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling RINGAN di dunia ini ?

Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling RINGAN sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling TAJAM sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Iniadalah kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.