Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010

Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010
Wajah-wajah kesayangan hamba 6M / 2010.....Walaupun di kelas kedua namun kejayaan mereka dalam B.M UPSR (Penulisan) mampu membuatkan hamba tersenyum...Gred A(33) manakala B(4)..Tahniah!

Tuesday, July 26, 2011

KATA PEMERI

Kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.

 

Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.


Pada umumnya, kata pemeri 'ialah' hadir di hadapan frasa nama, manakala 'adalah' hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kata pemeri juga pada umumnya tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi, kecuali dalam binaan kata nafi dan frasa adjektif. Selain itu, kata pemeri turut tidak boleh hadir di hadapan frasa atau kata kerja.

Penggunaan kata pemeri amat terbatas, dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat-ayat bahasa Melayu.

Kata pemeri 'ialah' berfungsi membuat takrifan. Kata ini menghubungkan subjek dan predikat yang seimbang.

Contoh Ayat:

Angin ialah udara yang bergerak.

Demokrasi ialah sistem pemerintahan yang didasarkan kepada rakyat.

Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.

Rojak ialah makanan kegemaran saya.

Kata pemeri 'adalah' pula memberi huraian atau penjelasan mengenai subjek.
Kata ini menghubungkan subjek dengan predikat yang menjadi huraiannya.

Contoh Ayat :

Surat itu adalah untuk ibu saya di kampung.

Melihat filem adalah dengan mencari tema dan persoalannya.

Haiza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.

 

Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.

No comments:

Post a Comment