Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010

Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010
Wajah-wajah kesayangan hamba 6M / 2010.....Walaupun di kelas kedua namun kejayaan mereka dalam B.M UPSR (Penulisan) mampu membuatkan hamba tersenyum...Gred A(33) manakala B(4)..Tahniah!

Thursday, August 11, 2011

CUBA JAWAB

Isi tempat kosong dengan jawapan  yang paling sesuai.

  1. "__________ perkenankan kamu sekalian datang menghadap pada awal pagi esok," titah Sultan Mahmud Shah kepada saudagar-saudagar itu.
  2. "Ibu, __________ meminta maaf atas segala kesalahan yang telah kami lakukan,"
      kata Ramlah dan Ramli kepada ibunya.
  1. Ibu dan ayah saya sekarang berada di Tanah Suci dan tolonglah doakan agar __________ selamat kembali ke tanah air," kata Arman kepada Haji Samad.
  2. Mengikut keterangan beberapa orang pemain pasukan itu antara kejayaan __________ adalah kerana mempunyai semangat berpasukan yang tinggi.
  3. "__________ akan pergi bersama-sama Sultan Melaka esok," kata Tun Ali kepada Tun Setia.
  4. "__________ pergi dengan siapa ke Perpustakaan Awam semalam?" Tanya Cikgu Hamzah kepada Amran.
  5. "Husin, kaki __________ terkena kaca. Aduh, sakitnya!" kata Halim.
  6. Penduduk Kampung Baru tidak dapat berbuat __________ semasa banjir kilat berlaku.
  7. Oleh sebab keletihan, __________ tertidur di atas bangku panjang itu.
  8. Adik berbuat __________ kerana dipaksa oleh budak-budak jahat.
  9. Pegawai Daerah yang telah menyampaikan ucapan dalam majlis itu meminta __________ yang ingin menjadi ahli sukarela supaya mendaftarkan diri.
  10. Bapa __________ ialah Raduan bin Salleh, seorang peguam yang disegani.
  11. "__________ nampak Dato' Maharaja Lela sudah melampau!" sembah Panglima Nayan kepada sultan.
  12. Wawasan 2020 diilhamkan oleh Perdana Menteri agar negara __________ bertambah maju.
  13. "Berikan __________ sesikat pisang emas itu," kata Salim.
  14. "Cikgu Hamizah ingin berjumpa dengan __________ selepas ini," kata Amirul kepada Hafizi.
  15. "Mengapakah __________ bersedih? Katakan kepada hamba," kata Hang Tuah kepada Tun Perak.
  16. "__________ akan berangkat bersama-sama dengan Dato' Bendahara Paduka Raja," kata Raja Muda kepada Tun Mamat.
  17. "__________ akan berangkat ke Temasik esok," kata Bendahara kepada Laksamana Bentan.
  18. Kamil, Husni dan Irfan tidak hadir ke kelas tambahan semalam kerana __________ terpaksa menjalani latihan bola sepak pasukan sekolah.

No comments:

Post a Comment