Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010

Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010
Wajah-wajah kesayangan hamba 6M / 2010.....Walaupun di kelas kedua namun kejayaan mereka dalam B.M UPSR (Penulisan) mampu membuatkan hamba tersenyum...Gred A(33) manakala B(4)..Tahniah!

Wednesday, March 9, 2011

Facebook oh Facebook

Facebook oh Facebook…
Engkau datang ke dalam hidup insan penuh dengan sensasi,
Semua orang cakap pasal dirimu setiap hari,
Yang dewasa, remaja dan kanak-kanak pun tak terkecuali,
Malah para pemimpin mempromosi dirimu ke seluruh negara dan negeri,
Facebook sebagai medium bersosial terkini.

Facebook oh Facebook…
Bukan setakat itu sahaja,
Malah ramai ulama berbincang baik dan buruknya,
Samada memberikan manfaat atau memudharat sifatnya,
Ibarat pisau yang memotong makanan atau meluka manusia,
Ia berbalik pada niat dan cara si pengguna.

Facebook oh Facebook…
Engkau dibuka manusia hampir setiap waktu,
Ada yang berdakwah, ada yang merapu,
Ada yang berukhuwwah, ada yang jadi seteru,
Dulu hanya di depan komputer manusia mengadapmu,
Kini dalam telefon bimbit ke sana ke sini asyik denganmu.

Facebook oh Facebook…
Banyak aib manusia telah engkau dedahkan,
Aurat si gadis dan wanita menjadi tontonan,
Masalah rumahtangga habis ditelanjangkan,
Hilanglah malu, tergadailah maruah ramai insan,
Zaman fitnah semakin jelas kelihatan.

Facebook oh Facebook…
Akal dan nafsu selalu berperang tatkala menggunakanmu,
Kaum Adam dan Hawa berbual kurang malu,
Ada yang nakal terus tersangkut melulu,
Syaitan ketawa kerana ‘ikan dah masuk bubu’,
Gejala sosial ganda beribu-ribu.

Facebook oh Facebook…
Banyak rahsia dan cerita manusia telah terdedah,
“Hari ni aku makan di restoran Mak Kiah”,
“Oh, aku sangat rindukan si Milah”,
“Alamak, bulu hidung aku panjang sebelah”,
“Fuyyo, dahsyatnya kereta orang jiran sebelah”,
“Ah, aku kesedihan hari ini kerana dimarahi mak dan abah”,
“Cit, kucing tu berak lagi…aarghhh!”
“Best, hari ni RM50 aku sedekah”
Macam-macam gelagat manusia terkisah,
Ada yang betul caranya dan ada yang salah.

Facebook oh Facebook…
Engkau beri juga ruang untuk kongsi tips dan juga nasihat,
Supaya terpapar hal bermanfaat untuk dunia dan akhirat,
Mengingatkan manusia yang leka dan selalu tak ingat,
Kerana sedar ia adalah tuntutan syariat,
Menjadi bekalan hasanah, membaiki diri dan masyarakat.

Facebook oh Facebook…
Keasyikan terhadapmu membuatkan ramai gian,
Walaupun niat di hati nak berdakwah dan buat kebajikan,
Ada yang sampai anak dan isteri dilupakan,
Mereka lupa itulah permata hati dan warisan,
Dakwah yang paling utama dan mesti didahulukan.

Facebook oh Facebook…
Engkau membuatkan manusia selalu sibuk dengan Facebook,
Tengah berbual dengan kawan di gerai, orang berFacebook,
Tengah makan dengan anak dan isteri, sempat lagi berFacebook,
Tengah mesyuarat pun ada orang berFacebook,
Tengah berbincang dengan mak ayah pun, tangan menaip di Facebook,
Tengah pensyarah memberi ilmu, aik sempat lagi Facebook?
Aduh, kenapa begitu sekali wahai Facebook?
Ramai orang tidak lagi di alam nyata, mereka asyik di alam Facebook,
Makan: Facebook, minum: Facebook, bermain: Facebook, berjalan: Facebook…
Facebook…Facebook…Facebook!

Facebook oh Facebook…
Engkau kini semakin dahsyat,
Memberi kesan baik dan buruk pada masyarakat,
Terpulang pada kami untuk memanfaatkan atau ditimpa mudharat,
Mudah-mudah engkau akan menjadi saksiku di akhirat,
Bahawa aku telah menggunakanmu untuk berbuat taat.

Semoga ianya bermanafaat. Peringatan untuk diri ini juga....

Artikel : 4 The Rest Of My Life

Tuesday, March 8, 2011

ANGKARA GENG SEKOLAH

Oleh Sarah Zulkiflisarah@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Berebut seorang gadis dipercayai menjadi punca sekumpulan 24 remaja membelasah seorang pelajar tingkatan empat sehingga koma berhampiran sebuah sekolah menengah di Cheras.Mangsa, Mohd Azlin Mohamad, 16, cedera teruk di belakang kepala apabila lima lelaki daripada kumpulan itu disyaki memukulnya dengan besi, topi keledar dan pengunci motosikal selain menendang tanpa belas kasihan. Kumpulan lelaki itu, termasuk beberapa pelajar sekolah itu melarikan diri meninggalkan mangsa berlumuran darah di tempat kejadian.Dalam kejadian jam 9.30 malam Jumaat lalu, Azlin bersama beberapa rakannya menunggu di depan sekolah berkenaan untuk menyelesaikan masalah dengan seorang remaja lelaki yang dikatakan keluar bersama teman wanitanya.
Bagaimanapun, mangsa dan rakannya terkejut apabila mereka didatangi sekumpulan lelaki bermotosikal.
Mangsa lalu dibelasah menggunakan besi, topi keledar dan pengunci motosikal. Rakan mangsa berusia 18 tahun yang enggan dikenali berkata, kejadian terlalu pantas menyebabkan mereka tidak dapat lari.“Remaja lelaki terbabit yang kononnya mahu berbincang dengan baik, sebaliknya membawa ramai rakannya untuk membelasah Azlin.“Kumpulan lelaki berkenaan tiba-tiba menyerang kami tanpa ada perbincangan seperti dirancang sebelum ini.“Saya tak sempat berbuat apa-apa untuk menghalang serangan mereka. Saya bagaimanapun dapat menyelamatkan Azlin daripada dibelasah lebih teruk,” katanya.Dia turut dibelasah hingga terpaksa menerima tiga jahitan di kepala.Menurutnya, mangsa ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah. Azlin dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).Serangan itu menyebabkan dia koma selepas pembedahan dilakukan.Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abd Rahim Hamzah Othman, ketika dihubungi berkata polis sudah mengenal pasti dua individu daripada kumpulan lelaki itu berdasarkan soal siasat dijalankan.“Polis sedang memburu mereka yang sedang bersembunyi,” katanya yang turut menyebut sudah mengambil keterangan saksi kejadian.Menurutnya, siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan perebutan seorang remaja perempuan antara mangsa dan seorang suspek.Kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Dipetik dari My Metro, 20 feb 2009

BAKAR KERETA BARU GURU

Oleh Junita Mat Rasidjunita@bharian.com.my

SEGAMAT: Teguran keras terhadap seorang pelajar tingkatan lima gagal menyiapkan carta perdagangan membawa kepada pengalaman menakutkan kepada seorang guru wanita Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Bentara Dalam dekat sini.Ini berikutan keretanya baru beberapa bulan dibeli dipercayai cuba dibakar kira-kira jam 9 pagi semalam.Perbuatan itu dikatakan angkara pelajar terbabit selepas beberapa pelajar lain melihat dia berlari dalam keadaan mencurigakan berhampiran kereta guru berkenaan, tidak lama sebelum kebakaran pada tayar belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina itu.Dua pelajar yang kebetulan melalui tempat meletak kenderaan berhadapan koperasi sekolah itu memaklumkan kejadian berkenaan kepada mangsa, Haniza Rohhani, 37, lalu berjaya mengelak kebakaran lebih serius.
Difahamkan, kejadian itu yang paling buruk membabitkan kenderaan dirosakkan pelajar sekolah itu selepas tiga kes lain iaitu kereta disembur cat, pelapik tempat duduk motosikal dikoyak dan kereta dicalar sejak sesi persekolahan tahun ini.
Haniza ketika dihubungi, berkata dia berada dalam koperasi sekolah ketika dimaklumkan pelajar bahawa tayar keretanya terbakar.Apabila keluar, dia melihat api marak membakar tayar belakang kenderaannya.Tindakan pantasnya dengan dibantu seorang lagi guru dan dua pelajar berjaya memadamkan kebakaran itu sebelum merebak ke bahagian lain serta sebuah lagi kereta bersebelahan.“Badan saya menggigil kerana terkejut apabila melihat asap hitam berkepul-kepul kesan api yang mula membakar tayar tapi dengan pertolongan seorang lagi rakan dan dua pelajar yang mengangkut air berjaya memadamkan kebakaran itu.“Jika terlewat atau kebakaran itu tidak disedari, mungkin kenderaan saya hangus bersama sebuah lagi kereta guru bersebelahan,” katanya.Menurutnya, dia turut dimaklumkan mekanik tayar kenderaannya dicurah dengan petrol untuk memulakan pembakaran selepas menghantarnya ke kedai tayar.“Saya tak menyangka menjadi mangsa kemarahan pelajar sendiri berikutan saya bukan guru disiplin atau guru yang garang yang boleh menyebabkan dia berdendam hingga sanggup membakar kereta,” katanya.Bagaimanapun, dia tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca daripada tindakannya menegur seorang pelajar tingkatan lima yang tidak menyiapkan carta bagi mata pelajaran perdagangan diajarnya.Katanya, seorang pelajar lain turut melihat suspek yang berlari dalam keadaan mencurigakan berhampiran keretanya sejurus sebelum kebakaran itu berlaku.Mangsa membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Majid Ali, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.
Dipetik dari my metro, 20 feb 2009

Cuba Jaya

Soalan Bahasa Melayu Tahun 4 SJKC

Soalan 1 –  Soalan 20

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 dan Soalan 2 berdasarkan Gambar  1



                  Gambar 1

1          Hun Cheng dan Azmi bersahabat baik. Setiap petang, ____________ bermain
            buaian di taman permainan.
            A   kami                                                B   belian
            C   baginda                                           D   mereka

2          Ah Meng dan adiknya juga bermain ___________________ di situ.
            A   papan gelongsor                              B   papan geluncur
            C   papan jongkang-jongket                  D   papan luncur

Soalan 3 berdasarkan Gambar 2










                        Gambar 2

3          __________________, banyak sungguh buah-buahan yang kamu beli!
            A. Wah                                                B   Cis
            B   Hai                                                 C   Aduh

4          Ah Hong selalu  menolong datuknya memungut buah durian di
            _________________datuknya.
            A   sawah                                             B   ladang
            C   dusun                                              D   kolam

5          Mereka _______________ semasa mengutip buah-buah durian tersebut.
            A   mandi kerbau                                  B   mandi peluh
            C   mandi kolam                                   D   mandi manda

Soalan 6 dan Soalan 7 berdasarkan Gambar 3









                        Gambar 3

6          Puan Cheng selalu memasak ____________________ yang istimewa sempena
            merayakan Tahun Baru Cina.
            A   buah-buahan                                   B   lauk-pauk
            C   rumput-rampai                                D   paku-pakis

7          Masyarakat Cina menyambut perayaan Tahun Baru Cina dengan  _________________ sekali.
            A   meriah                                            B   kagum
            C   sedih                                              D   luas

8          Beberapa _____________________mercun dibakar untuk memeriahkan lagi suasana pada hari itu.
            A   buah                                               B   deret
            C   papan                                             D   batang

Soalan 9 berdasarkan Gambar 4










                   Gambar 4

9          Murid-murid melakukan senaman di padang _________________ menjaga kesihatan  diri.
            A   ke                                                   B   bagi
            C   untuk                                              D   kepada

10        Latihan bola sepak akan diadakan __________________ hari Ahad ini.
            A   ke                                                   B   pada
            C   untuk                                              D   daripada

Soalan 11 dan Soalan 12 berdasarkan Gambar 5








                       Gambar  5

11        Puan Rehanis mengimpikan ______________ rumah yang besar dan cantik.
            A   sebatang                                         B   sebiji
            C   sekeping                                         D   sebuah

12        Halaman rumah ___________ tingkat itu dihiasi dengan pokok-pokok yang
            menghijau.
            A   dua                                                 B   kedua
            C   berdua                                            D   kedua-dua             


Soalan 13 dan Soalan 14 berdasarkan Gambar 5








                     Gambar 5

13        Amirul menggunakan _____________ untuk melintas jalan raya yang sesak itu.
            A   sesiku                                             B   lelangit
            C   jejantas                                           D   kekuda

14        Dia ___________________kakinya dengan berhati-hati.
            A   melangkahkan                                 B   melambaikan
            C   menjalankan                                    D   menghentakkan


15        Azri membuka _______________ apabila dikejar oleh anjing yang garang itu.
            A   langkah kiri                        
B   langkah kanan
            C   langkah seribu                                
D   langkah sumbang

16        Muthusamy telah _______________ dompetnya semasa berebut-rebut menaiki
            bas.
            A   kehilangan
            B   dihilangkan
            C   menghilangkan

Soalan 17 hingga Soalan 19 berdasarkan Gambar 6






                        Gambar 6

17        Puan Tan membersihkan lampu _____________Stephanie menyapu sampah di ruang tamu rumah mereka.
            A   serta                                               B   sekiranya
            C   manakala                                        D   jikalau

18        Stepahie menggunakan ____________________penyapu untuk menyapu sampah-sampah itu.
            A   sebilah                                            B   sebatang
            C   sebuku                                            D   sekuntum

19        Stephie memang _________________kerana sering menolong ibunya.
            A   ringan tulang
            B   berat tulang
            C   putih tulang

20        Kasim memasukkan  _______________ bukunya ke dalam kotak.
            A   setengah                                         B   ramai
            C   semua                                            D   setiap

Soalan 21

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

21        Ayah menyuruh Haiza menyiram pokok bunga.
            A   Ayah berkata kepada Haiza, “Tolong siram pokok bunga.”
            B   Ayah berkata kepada Haiza, “Tolong siram pokok bunga, ayah.”
            C   Ayah berkata kepada Haiza, “Tolong ayah siram pokok bunga!”


Soalan 22 dan Soalan 23
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

22        Bilakah mereka ditangkap polis?
            A   Mereka mencuri barang-barang di pasar raya.
            B   Mereka ditangkap polis petang semalam.
            C   Memamg mereka ditangkap polis
            D   Mereka berjanji tidak akan mencuri lagi.

23        Di manakah murid-murid berkumpul sebelum bertolak ke Melaka?
            A   Murid-murid akan bertolak ke Melaka.
            B   Murid-murid berkumpul pada pukul &.30 pagi.
C   Murid-murid berkumpul kerana diarahkan oleh guru.
D   Murid-murid berkumpul di dewan sebelum bertolak ke Melaka.     

Soalan 24 dan Soalan 25
Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

24        Mereka ke Sabah dengan menaiki kapal terbang.
            A   Bilakah mereka ke Sabah?
            B   Mengapakah mereka ke Sabah?
            C   Berapa kalikah mereka ke Sabah?
            D   Bagaimanakah mereka ke Sabah?

25        Sungai menjadi kotor kerana penduduk berhampiran membuang sampah ke dalam
sungai.
A   Mengapakah sungai menjadi kotor?
B   Di manakah sungai menjadi kotor?
C   Apakah nama sungai yang menjadi kotor?

Soalan 26
Pilih perkataan yang seerti dengan perkataan yang bergaris

26        Ai Chan terjaga daripada tidur kerana terdengar bunyi bising di dapur.
            A   riuh                                     B   sepi
            C   sibuk                                  D   tenang

Soalan 27
Pilih perkataan yang berlawan dengan perkataan yang bergaris

27        Tayar kereta Ah Seng terbenam di dalam tanah yang lembut itu.
            A   usang
            B   tebal
            C   keras

Soalan 28 dan Soalan 29

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

28        I           Abang saya lulus dalam peperiksaan UPSR.
            II          Cincin itu lulus daripada jarinya kerana terlalu longgar.
            III        Permohonan cutinya telah lulus oleh majikannya.
            IV        Kereta perompak itu lulus daripada sekatan polis.

            A         I dan II
            B          I dan III
            C         II dan III
            D         I, II dan IV

29        I           Kami berkawan baik sejak kecil lagi.
            II          Azman baik dari sekolah pada pukul 2.00 petang.
            III        Beliau dihormati kerana kelakuannya yang baik itu.
            IV        Mekanik itu sedang baik kereta di bengkel.
           
            A         I dan II
            B          I dan III
            C         I dan IV
            D         I, II, III dan IV

Soalan 30

Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.

A   Kucing-kucing kesayangannya bernama Si Putih dan Si Tompok.
B   Kucing-kucing kesayangannya bernama Si putih dan Si tompok.
C   Kucing-kucing kesayangannya bernama Si Putih dan Si Tompok!
D   Kucing-kucing kesayangannya bernama Si putih dan Si tompok?

Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan syarahan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
            Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, para hakim yang arif, guru-guru, dan murid-murid sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera. Pada pagi ini saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Pentingnya Persahabatan”.

Hadirin yang dihormati,
            Manusia tidak boleh hidup bersendirian. Manusia dilahirkan untuk hidup secara berkelompok atau berkumpulan. Manusia memerlukan orang lain untuk berbual, berbincang, bertukar-tukar pendapat, dan berkongsi pengalaman hidup.
           
Persahabatan adalah sesuatu yang suci. Persahabatan tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Persahabatan perlu dijalinkan dengan hati yang ikhlas. Sahabat yang sejati ialah sahabat yang sanggup berkongsi susah dan senang bersama.

Hadirin yang dihormati,
            Kita perlu menghargai persahabatan. Semasa menjalin persahabatan, kita perlu bersikap jujur, bersangka baik, amanah, menepati janji, bertolak ansur, dan tidak menyakiti hati orang lain.
           
Kesimpulannya, persahabatan perlu dijalin dengan ikhlas agar kita disenangi oleh orang lain. Sekian, terima kasih.


31        Apakah pertandingan yang disertai oleh murid di atas?
            A   Pertandingan pantun                       
            B   Pertandingan syarahan          
C   Pertandingan certa
D   Pertandingan mendeklamasikan sajak

32        Mengapakah manusia memerlukan sahabat?
            A   Untuk berbincang atau berkongsi pengalaman
            B   Untuk menceritakan kekayaan diri
            C   Untuk menambahkan sahabat
            D   Untuk meminjam duit

33        Bagaimanakah sikap sahabat yang sejati?
            A   Menghargai persahabatan
            B   Memuji kebaikan diri
            C   Membantu ketika kesusahan
            D   Berkongsi susah dan senang bersama

34        Yang beikut ialah sikap yang perlu ada dalam persahabatan, kecuali
            A   bangga diri                          B   menepati janji
            C   bertolak ansur         D   bersangka baik

35        Apakah yang perlu dilakukan supaya orang lain senang bersahabat dengan kita?
            A   Hidup secara bersendirian
            B   Berkongsi masalah dengan orang lain
            C   Menjalinkan persahabatan dengan ikhlas
            D   Menjalinkan hubungan untuk mendapatkan ganjaran


Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca petikan syarahan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

            Namaku Juara. Aku berasal dari Petaling Jaya, Selangor. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang besar. Setelah dilahirkan aku dibalut menggunakan plastik.

            Selepas itu, aku dibawa ke Melaka dengan menaiki sebuah lori sehinggalah sampai di sebuah kedai. Aku dipamerkan dan dilekatkan tanda harga sebanyak RM250.00. Badanku kelihatan cantik dan berkilat.

            Pada suatu hari aku telah dibeli oleh seorang lelaki. Selepas membayar harga aku di kaunter pembayaran, aku dibawa pulang ke rumahnya. Aku dihadiahkan kepada anak perempuannya, Siti Sarah. Rupa-rupanya hari itu merupakan hari ulang tahun kelahirannya. Siti Sarah baru berumur sepuluh tahun.

            Aku ditunggang oleh tuanku seperti kuda. Aku dikayuhnya dengan berhati-hati. Setiap hari, aku membawa tuanku ke sekolah. Setibanya di sekolah, aku dikunci pada sebatang tiang sehinggalah dibuka semula pada pukul 2.00 petang.

            Kini, usiaku sudah menjangkau tiga tahun namun badanku masih lagi kuat dan cantik kerana aku dijaga dengan rapi oleh tuanku. Aku berjanji akan terus berkhidmat kepada tuanku selagi aku diperlukan.


36        ‘Aku’ dalam petikan merupakan
            A   basikal                                           
B   kasut
            C   beg sekolah                                   
D   jam tangan

37        ‘Aku berasal dari mana ?
            A   Kedah                                           
B   Selangor
            C   Melaka                                          
D   Terengganu


38        Apakah kegunaan aku?
            A   Untuk berlumba                             
B   Untuk disimpan
            C   Untuk dijadikan hiasan                               
D   Untuk ditunggang ke sekolah

39        Mengapakah tuan mengunci ‘Aku’ pada sebatang tiang?
      A   Supaya tidak hilang dicuri orang
      B   Supaya mudah mengambilnya
      C   Supaya tidak tertukar dengan orang lain
      D   supaya tidak dirosakkan oleh murid lain

40        Bagaimanakah ‘Aku’ dijaga oleh tuannya?
            A   Cuai
            B   Rapi
            C   Kasar
            D   Teruk        



SOALAN TAMAT, SELAMAT BERJAYA