Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010

Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010
Wajah-wajah kesayangan hamba 6M / 2010.....Walaupun di kelas kedua namun kejayaan mereka dalam B.M UPSR (Penulisan) mampu membuatkan hamba tersenyum...Gred A(33) manakala B(4)..Tahniah!

Friday, January 20, 2012

Kenali Bunga Dahlia



Dahlia ialah tanaman perdu berumbi yang sifatnya tahunan (perenial), berbunga pada musim panas sehingga musim gugur. Dahlia ialah bunga nasional negara Mexico yang juga merupakan negara asal bunga ini.



Dahlia juga merupakan bunga rasmi kota Seattle, negara bahagian Washington, Amerika Syarikat.






Pada tahun 1872, negara Belanda menerima sekotak umbi Dahlia yang dikirim dari Mexico. Dari sekotak umbi bunga Dahlia ternyata hanya satu umbi yang berhasil berbunga namun menghasilkan bunga indah berwarna merah dengan daun bunga yang runcing. Ahli tanaman berhasil mengembang biakkan Dahlia yang kemudian dinamakan Dahlia juarezii. Dahlia juarezii merupakan nenek moyang semua bunga Dahlia hibrida (persilangan) yang terdapat sekarang ini.

Dinamakan Dahlia untuk menghormati ahli botani berkebangsaan Swedia dari abad ke-18 yang bernama Anders Dahl.

No comments:

Post a Comment