Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010

Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010
Wajah-wajah kesayangan hamba 6M / 2010.....Walaupun di kelas kedua namun kejayaan mereka dalam B.M UPSR (Penulisan) mampu membuatkan hamba tersenyum...Gred A(33) manakala B(4)..Tahniah!

Thursday, December 6, 2012

Karangan Autobiografi : Tumbuh-tumbuhan



 ~Kegunaan Pokok Kelapa~

Pokok kelapa tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia kerana tumbuhan ini hidup dengan suburnya di sepanjang persisiran pantai.Orang-orang kampung juga suka menanam pokok-pokok kelapa di sekeliling rumah mereka.

Pokok kelapa merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai banyak kegunaan.Hampir semua bahagian pokok kelapa mempunyai kegunaannya sendiri.

Buah kelapa mempunyai isi yang sedap dimakan dan boleh diparut untuk mendapatkan santannya.Santan kelapa boleh dimasak kari atau dibuat kuih.Santan juga boleh digoreng untuk mendapatkan minyak. Hampas kelapa yang tinggal boleh dijadikan makanan binatang ternakan seperti ayam dan itik. Minyak kelapa boleh digunakan untuk menggoreng makanan atau dibuat sabun.

Sabut buah kelapa boleh dibuat berus,tali dan pengalas kaki. Tempurungnya pula boleh dibuat tabung duit atau kraftangan.Daun kelapa muda boleh dibuat kelongsong ketupat. Lidi yang didapati daripada daun kelapa boleh dijadikan penyapu.

Batang pokok kelapa cukup panjang dan biasanya digunakan untuk membuat titi di kampung-kampung.Batang itu juga boleh digergaji dan dibelah untuk dijadikan kayu api.

Mayang kelapa menghasilkan nira yang boleh dijadikan minuman.Nira yang telah dimasak boleh dibuat gula melaka manakala nira yang telah diperam boleh dijadikan tuak dan cuka.

Memandangkan pokok kelapa mempunyai banyak kegunaan, maka tidak hairanlah kita menggelarnya “Pokok Seribu Guna”. 


No comments:

Post a Comment