Tuan
Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru
Besar SJKC Mentakab 1, barisan hakim yang adil,guru-guru dan rakan pelajar yang
dihormati. Pada hari yang mulia ini, izinkan saya menyampaikan sebuah syarahan
yang bertajuk “Ke Arah Mewujudkan
Masyarakat Penyayang”.
Hadirin yang
dihormati,
Salah satu
matlamat wawasan negara yang ingin dicapai oleh pemimpin kita adalah melahirkan
masyarakat penyayang. Kelahiran dan kewujudan masyarakat penyayang dapat
membentuk dan membina negara maju dalam semua bidang, iaitu ekonomi, politik dan
sosial.
Langkah
pertama untuk mewujudkan masyarakat penyayang adalah dengan mewujudkan perasaan
muhibah antara kaum dan menghapuskan sifat perkauman.Penubuhan Rukun Tetangga
merupakan satu cara perasaan muhibah dapat disuburkan dalam diri masyarakat
Malaysia yang memaparkan kebudayaan dan adat resam semua kaum.
Sambutan
Hari Keluarga yang sering dianjurkan oleh kerajaan atau badan-badan swasta
merupakan satu langkah ke arah mewujudkan masyarakat penyayang. Sambutan yang
diadakan ini dapat mengeratkan siratulrahim dan kemesraan dalam sesebuah
institusi keluarga.
Selain itu,
sekolah juga dapat memainkan peranan ke arah mewujudkan masyarakat penyayang.
Aktiviti yang dijalankan adalah melalui aktiviti kokurikulum seperti persatuan,
unit beruniform dan permainan. Melalui
aktiviti inilah semangat perpaduan, semangat muhibah dan bersatu padu antara
pelajar berbilang kaum dapat disemai.
Hadirin yang
dihormati,
Tegasnya,
masyarakat penyayang penting demi
perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete:(
ReplyDelete