Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010

Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010
Wajah-wajah kesayangan hamba 6M / 2010.....Walaupun di kelas kedua namun kejayaan mereka dalam B.M UPSR (Penulisan) mampu membuatkan hamba tersenyum...Gred A(33) manakala B(4)..Tahniah!

Sunday, August 30, 2015

Latihan Peribahasa



Peribahasa
A. Gariskan jawapan yang betul.

1.     Kebanyakan penduduk Kampung Tengah___________ (bagai ayam disambar helang, bagai bulan jatuh ke riba) kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak kerajaan.

2.     Kemalangan jalan raya itu telah meragut lima nyawa ahli keluarga Puan Zaini. Hati Puan Zaini ______________. (bagai ayam kehilangan ibu, bagai dihiris dengan sembilu) dengan tragedi itu.

3.     Kamarul _________________(seperti Belanda diberi tanah, seperti kera mendapat bunga) kerana tidak tahu menggunakan komputer riba yang baru dihadiahkan oleh ibunya.

4.     Abang Abdullah____________ (bagai si kudung mendapat cincin, bagai tikus membaiki labu) kerana radio yang cuba dibaikinya sudah tidak boleh digunakan lagi.

5.     Kedua-dua orang budak di dalam kelas itu terpaksa dipisahkan kedudukan mereka oleh guru. Hal ini dilakukan kerana mereka berdua asyik bertengkar antara satu sama lain apabila bersama-sama. Keadaan mereka seperti___________________________(pahat dengan penukul, anjing dengan kucing)


6.     “Saya mesti___________ (ambil tahu, ambil peluang) apa yang sudah ada di depan mata ini, emak,” kata Chong kepada ibunya.

7.     Samsul yang___________________ (kepala batu, kepala angin) itu tetap mahu mandi di sungai ketika hujan lebat walaupun dilarang berkali-kali oleh ibunya.

8.     Masak lemak ikan patin  yang dimasak oleh Zurina sungguh enak. Dia _________ (senyum simpul, senyum tawar) apabila dipuji oleh ibunya.

9.     Pahlawan-pahlawan negara sanggup______________ (berputih mata, berputih tulang) demi mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta.

10.  Walaupun Hao Meng orang berada, tetapi dia ___________ (tangkai jering, lintah darat) kerana dia tidak pernah menghulurkan derma.





Peribahasa (Pilihan Jawapan)
B. Pilih jawapan yang betul.
lidah bercabang 
iri hati  
rambang mata
perang mulut
telinga kuali
makan hati
tawar hati
sabung nyawa             
buah mulut
angkat kaki

      1.  Sebaik-baik sahaja pasukan polis tiba di situ, perompak-perompak itu segera
          ____________________________________________.
  1. Janet sudah __________________ untuk meneruskan pengajiannya  ke universiti kerana keluarganya miskin.
  2. Puan Sara tidak sedikitpun mempercayai kata-kata sahabatnya yang ________________________________ itu.
  3. ___________________ yang berlaku antara Mei Mei dan Lily berpunca daripada salah faham.
  4. Siew Leng  _________________________ kerana gagal memecahkan rekod dalam acara lompat tinggi.
  5. Salmi _________________________ dengan kejayaan rakan karibnya dalam pertandingan syarahan itu.
  6. Kejayaan perenang Malik Mydin merentasi Selat Inggeris telah menjadi ________________________________ rakyat Malaysia.
  7. Ketika membuat persiapan menyambut Tahun Baru Cina, Puan Chin _____________________ ketika memilih kain dan baju yang beraneka corak dan warna di kedai itu.
  8. Pemuda itu sanggup __________________________ demi menyelamatkan budak yang hampir lemas di sungai itu.
  9. Zairul memang terkenal dengan sikap ________________________nya. Segala nasihat guru seddikit pun tidak dihiraukannya.

Peribahasa (Soalan Berstruktur)

C.  Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1. Keluarga Mak Munah seolah- olah ______________________selepas suaminya meninggal dunia.


2. Pengemis yang hidup melarat _______________ hanya bergantung hidup pada simpati orang ramai.

3. Penjual-penjual di Pasar Siti Khatijah berhubung dengan pelanggan mereka dengan menggunakan______________________.

4. Mamat sudah acap kali gagal dalam perniagaannya, tetapi akhirnya dia berjaya menjadi seorang peniaga yang berjaya. Itulah yang dikatakan___________________________________________________

5. Pasangan pengantin itu _____________________________________ kerana kedua-duanya sama cantik dan berpelajaran.

6. Zamani terus menjaga ibu bapa angkatnya yang banyak berjasa kepadanya kerana dia tidak mahu dikatakan_________________________.


7. Tindakan Amir memberi hadiah kepada Mira ________________________________kerana dia ingin memikat gadis itu.

8. Kini dia terjebak dalam kancah penagihan dadah kerana nasihat ibunya____________________________________________________.


9. “Aku memang pandai melukis.Kalau kau nampak mural di sekolah,semua aku buat.Cantik, bukan?” kata Dollah.Sikap Dollah itu seperti_______________________________________________.

10. Ibu dan bapa Hani seorang guru di sekolah. Hani juga berminat dan bercita-cita untuk menjadi seorang guru. Situasi tersebut sesuai dengan peribahasa ________________________________________.



Peribahasa
D. Pilih dan bulatkan  jawapan yang betul.

1.     Oleh sebab kehadirannya tidak dihiraukan, Zakiah menjadi ______________ hendak membeli pakaian di kedai itu.

        A         ada hati


        B         jatuh hati


        C         tawar hati


        D         makan hati

2.    Kita dilarang menjatuhkan ___________ seseorang di khalayak ramai.

         A         air muka

         B         beri muka

         C         muka tembok

         D         bermasam muka 


3.      Puan Aisyah masih ___________________ meneruskan perniagaan suaminya walaupun tidak mendapat  sokongan daripada anak-anaknya.
             
           A         geli hati

           B         makan hati

           C         cekal hati
             
           D         isi hati

4.        Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para penonton kerana ____________semasa mengadili perlawanan tersebut.

           A         banyak mulut


           B         berat sebelah

           C         angkat kaki

           D         lepas tangan.

5.         Seorang gadis yang cantik, dikelilingi oleh gadis-gadis cantik yang lain, akan kelihatan lebih cantik daripada gadis-gadis itu seperti ____________________.

          A         bulan dengan matahari

          B         bulan purnama penuh

          C         bulan jatuh ke riba

          D         bulan dipagari bintang


6.       Sikap Airin dan Airina _________________walaupun mereka berdua ialah saudara kembar seiras.

A         bagai mencincang air

B         bagai kumbang putus tali

C         seperti langit dengan bumi

D         seperti pahat dengan penukul


7.        Kebanyakan mangsa kebakaran itu hanya _______________ apabila rumah mereka terbakar.

          A         ukur baju di badan sendiri

          B         tinggal sehelai sepinggang

          C         sudah jatuh ditimpa tangga

          D         rambut sama hitam hati lain-lain

8.        Kairul menjadi ________________________ apabila tiba di Kota Bharu semalam kerana inilah kali pertama dia merantau ke tempat orang.

         A         seperti ayam berak kapur

         B         seperti kera kena belacan

         C         seperti rusa masuk kampung

         D         seperti katak di bawah tempurung


9.     Ramai pendatang asing terutamanya dari Indonesia dan Bangladesh datang ke Malaysia kerana ______________________.

A         air dicincang tidak akan putus

B         ada gula ada semut

C         air yang jernih jangan disangka tiada buaya

D         bagai bulan dipagar bintang

10.       Nasihat yang saya berikan kepada Lingam itu _______________ kerana dia tidak ambil peduli langsung.

          A         seperti cacing kepanasan

          B         seperti hujan jatuh ke pasir

          C         seperti langit dengan bumi

          D         seperti embun di hujung rumput


           
SKEMA JAWAPAN PERIBAHASA
A.
1. bagai bulan jatuh ke riba
2. bagai dihiris dengan sembilu
3. seperti kera mendapat bunga
4. bagai tikus membaiki labu
5. anjing dengan kucing
6. ambil peluang
7. kepala batu
8. senyum simpul
9. berputih tulang
10.tangkai jering

B.
1. angkat kaki
2. tawar hati
3. lidah bercabang
4. perang mulut
5. makan hati
6. iri hati
7. buah mulut
8. rambang mata
9. sabung nyawa
10. telinga kuali

C.
1. patah kandar
2. bagai sampah hanyut
3. bahasa pasar
4. kalau tidak dipecah ruyung, manakan
    dapat sagunya.
5. bagai pinang dibelah dua
6. bagai kacang lupakan kulit
7. ada udang di sebalik batu
8. masuk telinga kanan keluar telinga kiri
9. masuk bakul angkat sendiri
10. ikut jejak


D.
1.  C
2.  A
3.  C
4.  B
5.  D
6.  C
7.  B
8.  C
9.  B
10.D


No comments:

Post a Comment