Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010

Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010
Wajah-wajah kesayangan hamba 6M / 2010.....Walaupun di kelas kedua namun kejayaan mereka dalam B.M UPSR (Penulisan) mampu membuatkan hamba tersenyum...Gred A(33) manakala B(4)..Tahniah!

Friday, October 30, 2015

BM Kertas Pemahaman Peperiksaan Akhir Tahun 2015 SJKC (Bahagian A)



BAHAGIAN A
[ 20 markah ]

Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1          “Bilakah______akan pulang ke Kuala Lumpur ?” tanya Encik Lim kepada anak-anak buahnya.
A         awak
B         kami
C         kalian
D         anda

Soalan 2 dan 3 berdasarkan gambar di bawah.


2          Emak Hanis sedang_______ gulai di dapur.
A         mereneh
B         memasak
C         menjerang
D         menanak

3          Di atas meja yang berhampiran dapur terdapat ________ jagung.
A         setongkol
B         sebentuk
C         sebatang
D         sepapan


4          Hadiah yang diterima oleh Ming Huat tidak___________.
A         bersarung
B         berbalut
C         bertampal
D         beralas

5          Kereta Puan Rohani _________ kerana dilanggar oleh sebuah lori.
A         lengkung
B         condong
C         lonjong
D         remuk

Soalan 6 dan 7 berdasarkan gambar di bawah.
6          Ayah sedang membaca akhbar di ruang tamu _______ adik bermain kereta mainannya.
A         hingga
B         supaya
C         malahan
D         manakala

7          Ayah membaca akhbar untuk _________ peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam dan luar negara.
A         ketahui
B         diketahui
C         mengetahui
D         pengetahuan

8          Xie Xien Er menggantungkan gambar ______ dinding rumahnya.
A         pada
B         kepada
C         dengan
D         daripada

9          Haidil ________ saku seluarnya untuk mencari kunci keretanya.
            A         mengopek-ngopek
            B         meraba-raba
            C         meramas-ramas
            D         membelek-belek

Soalan 10 hingga 12 berdasarkan gambar di bawah.


10        Nik Roslan sedang _____________ papan sambil bersiul.
A         mengetam
B         menukul
C         mengetuk
D         menggergaji

11        Di_________ meja  terdapat sebatang pensel.
A         sebelah
B         penjuru
C         sudut
D         tepi

12        Nik Roslan sentiasa __________ keselamatan diri ketika melicinkan permukaan papan itu.
A         keutamaan
B         diutamakan
C         pengutamaan
D         mengutamakan

13        Para pelancong itu amat tertarik oleh kehalusan kain songket ___________ Terengganu.

             A         jahitan
             B         sulaman
             C         tenunan
             D         anyaman

Pilih ayat sama maksud dengan ayat yang diberi.

14        Industri pelancongan di negara kita memerlukan sokongan rakyat.

            A     Rakyat digesa supaya menyokong industri pelancongan di negara kita.
            B     Negara kita perlu menggesa rakyat agar menyokong industri 
                    pelancongan.
            C     Industri pelancongan sentiasa mendapat sokongan rakyat negara kita.
                                    D    Rakyat perlu memberikan sokongan kepada industri pelancongan di negara kita.  

15        Suhu di bumi akan meningkat sebagai akibat penipisan lapisan ozon.

            A          Penipisan ozon mengakibatkan bumi kehilangan suhu.
            B          Penipisan suhu di bumi disebabkan oleh peningkatan lapisan ozon.
            C          Lapisan ozon penting untuk meningkatkan suhu bumi.
            D         Penipisan lapisan ozon akan menyebabkan suhu di bumi bertambah.




Pilih ayat yang betul.
16       A         Berbagai projek telah dilaksanakan untuk membangunkan kawasan tersebut.
           B         Azman merasa paling pilu sekali apabila mendengar cerita sedih itu.
           C         Pokok kelapa itu tumbang lalu menghempap rumah.
           D         Anjing tidak binatang peliharaannya .

 
Soalan 17 hingga 20
Baca laporan di bawah ini,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Pada minggu yang lalu Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa  telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah ladang getah di Sungai Ara , Perak. Tujuan lawatan kami adalah untuk mengetahui cara-cara getah ditoreh dan diproses.
Setelah sampai di sana, kami telah disambut oleh pengurus ladang tersebut, Encik Halim bin Bakar. Kami telah dibawa ke bilik khas dan diberi taklimat ringkas selama 15 minit. Kemudian, seorang pekerja ladang itu telah membawa kami ke ladang getah lalu menunjukkan kepada kami cara menoreh getah yang betul. Pekerja itu menggunakan sejenis pisau getah khas. Batang getah ditoreh pada bahagian kulit pokok di sekelilingnya hingga mengeluarkan susu getah. Susu getah berwarna putih dan pekat.
Susu getah pula mengalir ke dalam sebuah mangkuk plastik yang diikat pada pokok getah. Selepas beberapa jam, susu tadi dikumpulkan ke dalam sebuah baldi besi lalu dibawa ke kilang.
Kami kemudiannya dibawa ke kilang dan berpeluang melihat cara-cara getah diproses. Di kilang memproses getah, susu getah dibekukan. Kemudian, dimesin dengan mesin khas menjadi bentuk kepingan. Kepingan-kepingan getah itu disalai di rumah asap. Kepingan-kepingan yang telah disalai, diperiksa untuk menentukan mutu dan kelas getah tersebut. Kepingan-kepingan getah ini dihantar ke kilang-kilang memproses bahan-bahan yang dibuat daripada getah atau dieksport ke luar negara. Setelah tamat lawatan itu, kami terus pulang ke sekolah. Lawatan kami amat menarik dan dapat menambah pengetahuan tentang  pemprosesan getah di Malaysia.


Disediakan oleh,                                                                                      30 APRIL 2015
Lim Ching Yong
(LIM CHING YONG)
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa



17        Apakah kegunaan mangkuk plastik yang diikat pada pokok getah?
                       A         mengumpul getah
           B         menakung susu getah
           C         menahan air hujan
           D         membekukan susu getah

18        Apakah tujuan lawatan tersebut?
                       A         menambahkan pengetahuan dan teladan
           B         mengetahui cara getah ditoreh dan diproses
           C         melihat cara penoreh menoreh getah bekerja di ladang getah
           D         mengetahui kegiatan-kegiatan yang dilakukan di ladang getah

19        Maklumat berikut mungkin diperoleh oleh murid-murid kecuali________
            A         mengetahui cara menoreh getah dan cara getah diproses.
            B         mengetahui proses menoreh dan mengumpul susu getah.
            C         pergi menoreh getah.
            D         melihat getah yang telah menjadi kepingan disalai.

20        Barangan berikut ialah barangan yang dibuat daripada getah kecuali

           A         baju hujan.
           B         tayar.
           C         kasut
           D         tin.





KERTAS SOALAN TAMAT

No comments:

Post a Comment