Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010

Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010
Wajah-wajah kesayangan hamba 6M / 2010.....Walaupun di kelas kedua namun kejayaan mereka dalam B.M UPSR (Penulisan) mampu membuatkan hamba tersenyum...Gred A(33) manakala B(4)..Tahniah!

Wednesday, May 1, 2013

Jenis-Jenis Karangan (LATIHAN BAHAGIAN B Penulisan)



Bahagian B
[30 markah]
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]

Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 60 patah perkataan.

Jenis 1             :  Cerita/pengalaman ( lawatan )  
1.       Kamu dan keluarga telah pulang ke kampung pada cuti sekolah yang lalu.   Tuliskan pengalaman kamu semasa berada di kampung.

2.       Kamu sekeluarga telah pergi berkelah.  Ceritakan pengalaman kamu itu.

3.       Kamu sekeluarga telah bercuti ke suatu tempat yang menarik.  Tuliskan pengalaman kamu itu.

Jenis 2             :  Surat  Kiriman Tidak Rasmi
1.       Kamu tinggal di asrama.  Tulis sepucuk surat kepada bapa kamu untuk memberitahunya bahawa kamu akan pergi  melawat bersama rombongan sekolah pada hujung bulan nanti.

2.       Tulis sepucuk surat kepada abang kamu yang berada di luar negara untuk menceritakan pengalaman kamu semasa menyertai lawatan sekolah.                    

3.        Kawan kamu bertanya tentang keadaan di sekolah baharu kamu. Tulis    
sepucuk surat kepadanya dengan menceritakan keadaan di sekolah baharu tersebut.

Jenis 3             :  Berita

     1.      Anda wartawan sebuah akhbar tempatan. Tulis berita tentang Hari Ucapan  Dan Penyampaian  
            Hadiah di sebuah sekolah.
  1. Sekolah kamu telah mengadakan temasya sukan tahunan. Sebagai penulis majalah sekolah, tulis berita tersebut selengkapnya.
     3.      Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang lepas, sekolah kamu telah mencatat   
           kejayaan cemerlang. Sebagai sidang pengarang majalah Didik, kamu dikehendaki menulis berita 
           tentang kejayaan itu. Tulis berita tersebut selengkapnya.


Jenis 4             : Surat Kiriman Rasmi

    1.      Sebagai Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia, kamu ingin memohon kebenaran daripada  
          pengurus sebuah kilang untuk mengadakan lawatan. Tulis surat tersebut selengkapnya.

  1. Pasukan bola keranjang sekolah kamu ingin mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan bola keranjang sekolah lain. Sebagai setiausaha, kamu diminta menulis surat permohonan kepada sekolah berkenaan.

Jenis 5             : Biografi
1.                  Kamu mempunyai seorang sahabat baik . Ceritakan tentang sahabat kamu itu .
2.                  Setiap orang  mempunyai jiran . Ceritakan tentang jiran kamu  itu .

3.                  Ceritakan tentang seorang guru yang paling kamu hormati dan sanjungi .
Jenis 6             : Fakta
1.                  Kita harus menyertai sukan kerana sukan mendatangkan faedah yang banyak .
      Tulis karangan tentang  faedah-faedah bersukan .

2.                  Tulis karangan yang bertajuk  ‘Faedah Membaca’


3.                  Tulis sebuah karangan yang bertajuk ‘Kegunaan Pokok Kelapa’.


Jenis 7             :  Melengkapkan Cerita

1.      Lengkapkan cerita di bawah
Semasa melalui sebuah kampung yang sunyi, aku terdengar suara bayi menangis.  Aku melilau mencari arah suara itu.  Tiba-tiba………………………

2.      Tulis sebuah karangan yang berakhir dengan ayat-ayat di bawah.
………….. saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh mulai sekarang.  Saya berharap kejayaan saya nanti akan menggembirakan hati ibu bapa saya.
3.      Pada suatu malam, ayah dan ibu pergi menziarahi rakannya di hospital.  Aku tinggal bersama adik di  
      rumah kerana perlu menyiapkan kerja sekolah .  Aku……….Lengkapkan karangan di atas.

Jenis 8             : Autobiografi
  1. Tulis sebuah karangan bertajuk “Aku Sebuah Komputer”
     2.      Andaikan bahawa kamu sebuah kereta. Tulis perjalanan hidup yang telah kamu lalui sebagai   
           sebuah kereta. 

Jenis 9             : Syarahan
  1. Tulis sebuah syarahan yang bertajuk “ Pentingnya Menjaga Kesihatan Diri ”
  2. Kamu telah terpilih memasuki satu pertandingan syarahan.  Tajuk syarahan yang ditetapkan ialah “ Faedah-faedah Menyertai Aktiviti  Kokurikulum di Sekolah.  Sediakan teks syarahan kamu selengkapnya.

Jenis 10           : Ucapan
  1. Sekolah kamu akan mengadakan majlis perpisahan untuk murid-murid Tahun Enam.        Selaku ketua murid, kamu diminta menyampaikan ucapan dalam majlis itu.  Tulis ucapan itu selengkapnya.
  2. Pasukan yang kamu sertai telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan di peringkat daerah.  Sebagai ketua pasukan, kamu diberi peluang berucap di perhimpunan sekolah.  Sediakan teks ucapan kamu itu.

Jenis 11           : Keperihalan
  1. Kamu dan kawan-kawan kamu telah menyambut Hari Guru di sekolah. Ceritakan pengalaman kamu itu.

  1. Setiap bulan, sekolah kamu mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.
Ceritakan pengalaman kamu semasa menyertai aktiviti-aktiviti tersebut.

No comments:

Post a Comment