Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010

Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010
Wajah-wajah kesayangan hamba 6M / 2010.....Walaupun di kelas kedua namun kejayaan mereka dalam B.M UPSR (Penulisan) mampu membuatkan hamba tersenyum...Gred A(33) manakala B(4)..Tahniah!

Wednesday, May 1, 2013

~Kata Ganda Berimbuhan~


Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang menerima imbuhan.Imbuhan secara
tidak langsung mempengaruhi maksud kata dasar asal. Terdapat tiga bentuk imbuhan,
iaitu sama ada pada awal.akhir atau apitan kata dasar.














Contoh pembentukan kata ganda berimbuhan pada awal kata dasar.











* hati-hati menjadi berhati-hati





* hari-hari menjadi berhari-hari





* angan-angan menjadi berangan-angan




* dengar-dengar menjadi terdengar-dengar



* raung-raung menjadi meraung-raung















Ayat contoh :



















1. Kita perlu berhati-hati ketika melintas jalan raya.














2. Sudah berhari-hari Hanasah tidak pulang ke rumah.













3. Janganlah suka berangan-angan kerana sikap begitu tidak membawa manfaat.











4. Zaimah seakan terdengar-dengar suara anaknya yang telah lama hilang itu.











5. Hazimah meraung-raung selepas menerima berita kematian suaminya.











Contoh pembentukan kata ganda berimbuhan pada akhir kata dasar:











* bunga-bunga menjadi bunga-bungaan




* sayur-sayur menjadi sayur-sayuran




* bau-bau menjadi bau-bauan





* tanam-tanam menjadi tanam-tanaman




No comments:

Post a Comment