Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010

Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010
Wajah-wajah kesayangan hamba 6M / 2010.....Walaupun di kelas kedua namun kejayaan mereka dalam B.M UPSR (Penulisan) mampu membuatkan hamba tersenyum...Gred A(33) manakala B(4)..Tahniah!

Wednesday, May 1, 2013

Jenis-Jenis Karangan (LATIHAN BAHAGIAN B Penulisan)



Bahagian B
[30 markah]
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]

Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 60 patah perkataan.

Jenis 1             :  Cerita/pengalaman ( lawatan )  
1.       Kamu dan keluarga telah pulang ke kampung pada cuti sekolah yang lalu.   Tuliskan pengalaman kamu semasa berada di kampung.

2.       Kamu sekeluarga telah pergi berkelah.  Ceritakan pengalaman kamu itu.

3.       Kamu sekeluarga telah bercuti ke suatu tempat yang menarik.  Tuliskan pengalaman kamu itu.

Jenis 2             :  Surat  Kiriman Tidak Rasmi
1.       Kamu tinggal di asrama.  Tulis sepucuk surat kepada bapa kamu untuk memberitahunya bahawa kamu akan pergi  melawat bersama rombongan sekolah pada hujung bulan nanti.

2.       Tulis sepucuk surat kepada abang kamu yang berada di luar negara untuk menceritakan pengalaman kamu semasa menyertai lawatan sekolah.                    

3.        Kawan kamu bertanya tentang keadaan di sekolah baharu kamu. Tulis    
sepucuk surat kepadanya dengan menceritakan keadaan di sekolah baharu tersebut.

Jenis 3             :  Berita

     1.      Anda wartawan sebuah akhbar tempatan. Tulis berita tentang Hari Ucapan  Dan Penyampaian  
            Hadiah di sebuah sekolah.
  1. Sekolah kamu telah mengadakan temasya sukan tahunan. Sebagai penulis majalah sekolah, tulis berita tersebut selengkapnya.
     3.      Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang lepas, sekolah kamu telah mencatat   
           kejayaan cemerlang. Sebagai sidang pengarang majalah Didik, kamu dikehendaki menulis berita 
           tentang kejayaan itu. Tulis berita tersebut selengkapnya.


Jenis 4             : Surat Kiriman Rasmi

    1.      Sebagai Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia, kamu ingin memohon kebenaran daripada  
          pengurus sebuah kilang untuk mengadakan lawatan. Tulis surat tersebut selengkapnya.

  1. Pasukan bola keranjang sekolah kamu ingin mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan bola keranjang sekolah lain. Sebagai setiausaha, kamu diminta menulis surat permohonan kepada sekolah berkenaan.

Jenis 5             : Biografi
1.                  Kamu mempunyai seorang sahabat baik . Ceritakan tentang sahabat kamu itu .
2.                  Setiap orang  mempunyai jiran . Ceritakan tentang jiran kamu  itu .

3.                  Ceritakan tentang seorang guru yang paling kamu hormati dan sanjungi .
Jenis 6             : Fakta
1.                  Kita harus menyertai sukan kerana sukan mendatangkan faedah yang banyak .
      Tulis karangan tentang  faedah-faedah bersukan .

2.                  Tulis karangan yang bertajuk  ‘Faedah Membaca’


3.                  Tulis sebuah karangan yang bertajuk ‘Kegunaan Pokok Kelapa’.


Jenis 7             :  Melengkapkan Cerita

1.      Lengkapkan cerita di bawah
Semasa melalui sebuah kampung yang sunyi, aku terdengar suara bayi menangis.  Aku melilau mencari arah suara itu.  Tiba-tiba………………………

2.      Tulis sebuah karangan yang berakhir dengan ayat-ayat di bawah.
………….. saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh mulai sekarang.  Saya berharap kejayaan saya nanti akan menggembirakan hati ibu bapa saya.
3.      Pada suatu malam, ayah dan ibu pergi menziarahi rakannya di hospital.  Aku tinggal bersama adik di  
      rumah kerana perlu menyiapkan kerja sekolah .  Aku……….Lengkapkan karangan di atas.

Jenis 8             : Autobiografi
  1. Tulis sebuah karangan bertajuk “Aku Sebuah Komputer”
     2.      Andaikan bahawa kamu sebuah kereta. Tulis perjalanan hidup yang telah kamu lalui sebagai   
           sebuah kereta. 

Jenis 9             : Syarahan
  1. Tulis sebuah syarahan yang bertajuk “ Pentingnya Menjaga Kesihatan Diri ”
  2. Kamu telah terpilih memasuki satu pertandingan syarahan.  Tajuk syarahan yang ditetapkan ialah “ Faedah-faedah Menyertai Aktiviti  Kokurikulum di Sekolah.  Sediakan teks syarahan kamu selengkapnya.

Jenis 10           : Ucapan
  1. Sekolah kamu akan mengadakan majlis perpisahan untuk murid-murid Tahun Enam.        Selaku ketua murid, kamu diminta menyampaikan ucapan dalam majlis itu.  Tulis ucapan itu selengkapnya.
  2. Pasukan yang kamu sertai telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan di peringkat daerah.  Sebagai ketua pasukan, kamu diberi peluang berucap di perhimpunan sekolah.  Sediakan teks ucapan kamu itu.

Jenis 11           : Keperihalan
  1. Kamu dan kawan-kawan kamu telah menyambut Hari Guru di sekolah. Ceritakan pengalaman kamu itu.

  1. Setiap bulan, sekolah kamu mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.
Ceritakan pengalaman kamu semasa menyertai aktiviti-aktiviti tersebut.

~70 SINONIM~


1) abad = kurun

2) abadi = kekal

3) abdi = hamba

4) abu = debu,habuk

5) acara = program

6) acuan = bekas

7) adat = hukum,lembaga
8) adun = campur,gaul

9) agung = terkemuka

10) ajaib = ganjil,aneh,pelik
11) ajal = maut,mati

12) ajar = asuh,didik

13) akrab = erat,karib,rapat
14) akibat = kesan

15) alamat = petunjuk,tanda
16) alat = perkakas,radas
17) alih = anjak

18) almarhum = mendiang
19) ampai = jemur

20) andai = jika,kalau

21) aneka = pelbagai

22) angkuh =bongkak, sombong 
23) arena = gelanggang
24) artikel =makalah,rencana
25) aur = bambu,buluh
26) azam = cita-cita

27) anjak = alih

28) aras = paras

29) angka = nombor

30) ada,wujud,menpunyai
31) baki = sisa


32)bala=bencana,malapetaka
33) balah = gaduh,tangkar
34) baling = lempar,lontar
35) balu = janda
36)bangkang=bantah
37) bangsa = kaum,puak
38) bangun = bangkit,jaga
39) bangkrap=muflis
40) bapa=ayah,ayahanda
41) barangkali = mungkin
42) basah = kuyup
43) basmi=banteras,hapus
44) batas = had,sempadan
45) belah = rekah,retak
46) belukar = semak
47) bendang = kaya
48) berang = lain
49) beroleh = dapat
50)bersalin=beranak
51) beruk = kera,monyet
52) biaya =belanja,ongkos
53) bisa = racun
54) bini = isteri
55) bohong = dusta,tipu
56)bomoh=dukun,pawang
57)bonda=emak,ibu,ibunda
58) bungkus = balut,barut
59) butang =kancing
60)bosan=jelak,jemu
61)cabai = cili,lada
62) caci = hina,maki
63) cadangan = syor,usul
64) cair = lebur
65) calar = gores
66)cantik=jelita,lawa,molek
67) celaka = malang,sial
68)cengkam=cekik,genggam
69) cerai = pisah
70)cogan=semboyan






30 SIMPULAN BAHASA


1. abang ipar - abang kepada suami atau isteri.




2. abang kandung - abang seibu sebapa




3. abang tiri - anak lelaki bapa atau ibu tiri yang lebih tua umurnya.

4.acang - acang / dalam negeri - orang yang dipercayai


5. aci-acian - angan-angan






6. ada can - mempunyai harapan atau peluang ataupun lubang

7. ada gaya - ada ketokohannya





8. ada haiat - mempunyai kemahuan atau keinginan



9. ada riak - ada tanda atau isyarat





10. ahli sunnah - orang islam yang mengikuti anjaran Quran dan sunnah Nabi Muhammad saw
11. air anggur - arak







12. air basuh tangan - buat sesuka hati




13. air jambi - air yang dijambi oleh bumoh.




14. akad jual beli - perjanjian jual beli





15. anak seluang - orang kecil atau orang bawahan



16. aneka ragam - pertunjukan yang berbagai-bagai macam


17. api peperangan - perselisihan antara negara-negara yang boleh menimbulkan peperangan
18. bahasa Ibu - bahasa sendiri





19. bahaya maut - sesuatu boleh menyebabkan kematian


20. bahu-memikuk - menanggung kesusahan




21. baik sangka - lekas percaya





22.bakat ombak - kepala ombak





23. balai apit - rumah tempat menanti raja




24. balik kerak - kahwin semula dengan bekas isteri



25. bangkai bernyawa - orang yang tidak berguna



26. bapa bidadari - pemimpin yang hidup dari hasil usaha anak-anak buahnya.
27. barang gelap - barang yang tidak halal




28. barut batang - kain pembalut jerut bayi




29. batu akal - menyerah diri






30. bawa agama - memeluk agama





Kata Ganda Berirama / Berentak


Contoh-contoh kata ganda berirama yang mengandungi persamaan bunyi pada pangkal.










teka-teki sedu-sedan carat-coret gelap-gelita



kayu-kayan batu-batan mandi-manda desas-sesus



detap-detup bukit-bukau beli-belah dentam-dentum










Contoh kata ganda berirama yang mengandungi persamaan bunyi pada hujung atau suku kata akhir.










lauk-pauk saki-baki pindah-randah ramah-tamah



serta-merta kaya-raya kuih-muih terang-benderang



hingar-bingar remeh-temeh tungkus-lumus segar-bugar

30 ANTONIM

1) abstrak x konkrit
2) adab x biadab
3) adil x zalim
4) adun x asing
5) agih x kumpul
6) angguk x geleng
7) antarabangsa x domestik
8) akhirat x dunia
9) apung x tenggelam
10) atur x selerak
11)  baba x nyonya
12) bah x kemarau
13) bakal x bekas
14) balah x baik
15) bangkang x setuju,sokong
16) barang x kali
17) bayar x hutang
18) babal x bijak,cerdik,pandai
19) beku x cair,lebur
20) belayar x berlabuh
21) cacat x sempurna
22) caci x beku,pekat
23) cantum x asing,lerai
24) cawangan x induk
25) cegah x setuju, akur
26) cembung  x cekung 
27) cerai x himpun,kumpul
28)curang x jujur
29) curiga x percaya
30) celaka x mujur,tuah

~Kata Ganda Berimbuhan~


Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang menerima imbuhan.Imbuhan secara
tidak langsung mempengaruhi maksud kata dasar asal. Terdapat tiga bentuk imbuhan,
iaitu sama ada pada awal.akhir atau apitan kata dasar.














Contoh pembentukan kata ganda berimbuhan pada awal kata dasar.











* hati-hati menjadi berhati-hati





* hari-hari menjadi berhari-hari





* angan-angan menjadi berangan-angan




* dengar-dengar menjadi terdengar-dengar



* raung-raung menjadi meraung-raung















Ayat contoh :



















1. Kita perlu berhati-hati ketika melintas jalan raya.














2. Sudah berhari-hari Hanasah tidak pulang ke rumah.













3. Janganlah suka berangan-angan kerana sikap begitu tidak membawa manfaat.











4. Zaimah seakan terdengar-dengar suara anaknya yang telah lama hilang itu.











5. Hazimah meraung-raung selepas menerima berita kematian suaminya.











Contoh pembentukan kata ganda berimbuhan pada akhir kata dasar:











* bunga-bunga menjadi bunga-bungaan




* sayur-sayur menjadi sayur-sayuran




* bau-bau menjadi bau-bauan





* tanam-tanam menjadi tanam-tanaman




~Kata Penguat~


Kata penguat digunakan untuk menguatkan maksud sesuatu ayat. 
Terdapat tiga jenis kata penguat, iaitu :











Kata penguat hadapan :





~ The tarik itu kurang manis.




~ Masakan ibunya paling enak.













Kata penguat belakang :




~ Sekolahnya jauh sekali.





~ Rajin benar Hidayah menjahit baju.












Kata penguat bebas : 





~ Lukisan itu sungguh cantik.




~ Bungkusan itu sangat besar.