Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010

Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010
Wajah-wajah kesayangan hamba 6M / 2010.....Walaupun di kelas kedua namun kejayaan mereka dalam B.M UPSR (Penulisan) mampu membuatkan hamba tersenyum...Gred A(33) manakala B(4)..Tahniah!

Friday, January 20, 2012

Kenali Bunga Bakawali



Bunga ni nama botaninya dikenali sebagai Epiphyllum anguliger dari keluarga Cactaceae – kaktus. Juga dikenali sebagai ric rac cactus, moon cactus, queen of the night, beratawali, protowali, betawali, wijayakusuma dan macam2 lagi la. Macam pokok buah naga / dragon fruit tapi agak lembut berbanding pokok buah naga.



Cara nak tanam pokok bunga ni senang je. Seperti kebanyakkan spesis kaktus lain, cuma dapatkan keratan batangnya dan cucuk je atas tanah. Kalau ada rezeki tumbuhlah ia sehingga berbunga. Bunga ini cukup unik kerana hanya kembang pada waktu tengah malam dan akan layu apabila matahari terbit. Kiranya jangka hayat bagi sang bunga ini cuma satu malam je. Jadi memang bertuah la badan si tuan punya bunga kalau dapat tengok bunga yang ditanamnya sendiri itu berkembang.



Bunga bakawali dipercayai mempunyai khasiat yang baik untuk menyegarkan dan mencerahkan mata. Selepas subuh, ambil sekuntum bunga bakawali yang telah layu dan perah airnya. Perahan air embun pada bunga bakawali disapukan pada mata. Bunga bakawali ni juga boleh dimasak bunganya bagi menghasilkan minyak. Boleh sapukan minyak itu muka untuk kecantikan.



Bunga ini juga dikatakan mengeluarkan bau harumnya yang tersendiri seperti bau bunga-bungaan dari rimba. Bunga bakawali dikatakan mula berkembang sekitar jam 9.30 malam sehingga berkembang dengan jayanya tepat @ pada sekitar jam 12.00 tengah malam dan akan layu sekitar jam 4.30 pagi dan layu sepenuhnya ketika matahari terbit. Agaknya inilah sebabnya bunga ini juga digelar sebagai Permaisuri Malam. Hanya mereka yang bertuah dan sabar sahaja dapat menikmati keindahan bunga bakawali.

2 comments: