Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan:
• perkataan dengan perkataan;
• rangkai kata dengan rangkai kata; dan
• ayat dengan ayat.
Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
1. Kata hubung gabungan
2. Kata hubung pancangan
o Kata hubung pancangan relatif
o Kata hubung pancangan komplemen
o Kata hubung pancangan keterangan
3. Kata hubung pasangan.
1. Kata hubung gabungan
Menggabungkan
klausa-klausa yang sama tarafnya. Contoh kata ialah dan, atau, serta,
tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya.
Contoh ayat:
• Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah.
• Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah.
• Belum tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung,’’ katanya.
• Dia mengelak, lantas menikam.
2.Kata hubung pancangan
Kata hubung pancangan relatif
Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.
Contoh ayat:
• Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.
• Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.
• Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.
Kata hubung pancangan komplemen
Kata
hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa
utama. (Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa klausa pancangan
komplemen itu melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang berperanan
begitu ialah bahawa dan untuk.
Contoh ayat:
• Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.
• Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.
• Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.
Kata hubung pancangan keterangan
Kata
hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada
klausa utama. -Kata hubung itu ialah kerana, agar, meskipun, sekiranya,
semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau,
semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala,
walaupun, dan sesungguhnya.
Contoh ayat:
• Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
• Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
• Saya berkawan dengannya semenjak kecil
3.Kata hubung berpasangan
Kata
hubung ini selalunya wujud dalam berpasangan dan merupakan gabungan
kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan. Kata hubung itu ialah
baik...mahupun, baik...baik, bukan sahaja... malah,
entah...entah,jangan...pun, kian...kian, sama ada... ataupun,
sedangkan...inikan pula, semakin...semakin, sungguhpun...tetapi, dan
walaupun...namun..
Contoh ayat:
• Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
• Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
No comments:
Post a Comment