Kata Nama
Kata
nama adalah golongan kata yang terbahagi kepada dua bahagian yang besar
iaitu kata nama am, kata nama khas, kata ganti nama dan kata nama terbitan.
Kata Nama Am
Kata
nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang
bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti
tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti
dalam contoh di bawah:
orang: ayah, polis, perempuan
haiwan: ayam, itik, buaya
benda: televisyen, komputer, bank
tempat: stadium, jalan raya, pulau
Kata nama am boleh dibahagikan
kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama
sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak
pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua
kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.
Contoh: buai -> buaian
Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Kata Nama Khas
Kata
nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk
menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak
bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama
binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku,
nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan
Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau
khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:
benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah
orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long
binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil
tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
Kata Ganti Nama
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
Kata Ganti Nama
Kata
ganti nama ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang
atau sebagai penunjuk. Kata ganti nama penunjuk terbahagi kepada dua
iaitu penunjuk bersifat menerangkan (contohnya ini, itu), dan penunjuk
bersifat pertanyaan (contohnya siapa, apa, mana).
Kata ganti diri pula terbahagi kepada tiga:
diri pertama:saya, beta, aku, patik, kami, kita, daku
diri pertama:saya, beta, aku, patik, kami, kita, daku
diri kedua: awak, engkau, kamu, anda, saudara, saudari, tuan hamba
diri ketiga: ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya
diri ketiga: ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya
Kata Nama Terbitan
Kata
nama terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang
membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan di awal kata ( awalan ),
di akhir kata ( akhiran ), di awal dan di akhir kata ( apitan ) dan
diselitkan di tengah perkataan ( sisipan).
No comments:
Post a Comment