BELAJAR RAJIN-RAJIN YE .....
Ilmu macam perigi..mesti digali untuk mendapatkan air......Ham/2011
Kalau nak hidup senang, Diri kenalah seimbang.......................ham/2011/MM |
SALAH | BETUL |
setiap orang murid semua orang pekerja seluruh buah kampung segala ekor binatang sekalian orang peserta para orang guru | setiap murid semua pekerja seluruh kampung segala binatang sekalian peserta para guru |
SALAH | BETUL |
beberapa buah usul kedua-dua bentuk sifat setiap buah sumbangan semua buah pendapat segala butir cadangan tiap-tiap bentuk kenangan pelbagai bentuk teguran | beberapa usul kedua-dua sifat setiap sumbangan semua pendapat segala cadangan tiap-tiap kenangan pelbagai teguran |
SALAH | BETUL |
Devi datang daripada Batu Kurau. Saya menunggu Yatie daripada pukul dua. Ely terima surat dari Elyas Saya mendapat pengetahuan yang banyak dari buku yang saya baca. Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat dari sutera. Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup | Devi datang dari Batu Kurau. Saya menunggu Yatie dari pukul dua. Ely menerima surat daripada Elyas. Saya mendapat pengetahuan yang banyak daripada buku yang saya baca. Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat daripada sutera. Daripada 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup. |
SALAH | BETUL |
Hafizuddin memberikan Seha sekuntum bunga. Hanim mengambilkan segelas air untuk Ishak. Baginda mengurniakan beliau bintang kebesaran. Hakim menjatuhkan pencuri itu sebulan penjara. Sampah sarap mengotorkan Taman Tasik Taiping. Yatie menasihatkan saya agar rajin belajar. | Hafizuddin memberi Seha sekuntum bunga. Hanim mengambilkan Ishak segelas air. Baginda mengurniai beliau bintang kebesaran. Hakim menjatuhi pencuri sebulan penjara. Sampah sarap mengotori Taman Tasik Taiping. Yatie menasihati saya agar rajin belajar. |
SALAH | BETUL |
Apakah benar kata-katamu itu? Apakah dia menangis? Apakah aku bersalah? | Adakah benar kata-katamu itu? Adakah dia menangis? Adakah aku bersalah? |
SALAH | BETUL |
Syimir sudah boleh menunggang kuda. Mazni tidak boleh pergi kerana demam. Kami tidak boleh datang kerana hujan. | Syimir sudah dapat menunggang kuda. Mazni tidak dapat pergi kerana demam. Kami tidak dapat datang kerana hujan. |
SALAH | BETUL |
Cincin ini bukan cantik. Kami bukan membaca buku. Basikal ini bukan mahal. Saya bukan duduk di situ. | Cincin ini tidak cantik. Kami tidak membaca buku. Basikal ini tidak mahal. Saya tidak duduk di situ. |
SALAH | BETUL |
Kawasan pendalaman itu akan dimajukan. Beberapa kawasan pendalaman Sarawak sukar dihubungi. Pedalaman dasar Sungai Air Hitam akan dijalankan. | Kawasan pedalaman itu akan dimajukan. Beberapa kawasan pedalaman Pendalam Sungai Air Hitam akan dijalankan. |
SALAH | BETUL |
lain-lain hal Nani Kedai Roti goreng cempedak Maggi mi tomato sos mini bas mini taman | hal-hal lain Kedai Roti Nani cempedak goreng mi Maggi sos tomato bas mini taman mini |
SALAH | BETUL |
Bangunan itu tertinggi. Nani terpandai. Orang itu terkuat. | Bangunan itu paling tinggi. Nani paling pandai. Orang itu paling kuat |
SALAH | BETUL |
Buah langsat ini sangat manis sekali. Budak itulah yang paling nakal sekali. Sungguh indah nian pemandangan di situ. | Buah langsat ini manis sekali. Budak itulah yang paling nakal. Sungguh indah pemandangan di situ. |
SALAH | BETUL |
Budak itu tidak suka durian. Nora sangat takut anjing. Nani sangat gemar filem Hindustan. Mereka tidak perlu pertolongan kami. Saya benci sikapnya itu. | Budak itu tidak suka akan durian. Nora sangat takut akan anjing. Nani sangat gemar akan filem Hindustan. Mereka tidak perlu akan pertolongan kami. Saya benci akan sikapnya itu. |
SALAH | BETUL |
berlandaskan pada undang-undang berbantalkan dengan lengan berpandukan pada kamus beratapkan dengan langit bertilamkan dengan rumput | berlandaskan undang-undang berbantalkan lengan berpandukan kamus beratapkan langit bertilamkan rumput |
SALAH | BETUL |
Kamu mesti ingat janji-janjimu Kakak tidak mahu tidur sini. Beliau akan datang kampung ini. Nani ingin berjumpa cikgu. Saya ingin bertemu gadis itu. Kami ternampak Cikgu Nora di perhentian bas Pudu Raya. | Kamu mesti ingat akan janji-janjimu. Kakak tidak mahu tidur di sini. Beliau akan datang ke kampung ini. Nani ingin berjumpa dengan cikgu. Saya ingin bertemu dengan gadis itu. Kami ternampak akan Cikgu Nora di perhentian bas Pudu Raya. |
SALAH | BETUL |
Beliau turut menyentuh tentang perkata itu. Rehanis tidak mengetahui akan hal itu. Kami membincangkan tentang masalah itu. Mereka melebarkan lagi jalan itu. Nani menceritakan tentang pengalamannya semasa menuntut di luar negara. Cerpen ini mengisahkan tentang perjuangan menentang penjajah. | Beliau turut menyentuh perkara itu. Rehanis tidak mengetahui hal itu. Kami membincangkan masalah itu. Mereka melebarkan jalan itu lagi. Nani menceritakan pengalamannya semasa menuntut di luar negara. Cerpen ini mengisahkan perjuangan menentang penjajah. |
SALAH | BETUL |
diambil olehku dibuang oleh kami disimpan oleh kita dihantar oleh saya dilaksanakan oleh patik diburu oleh hamba | kuambil kami buang kita simpan saya hantar patik laksanakan hamba buru |
SALAH | BETUL |
ditanya oleh anda diberikan oleh engkau dibeli oleh kamu dikirim oleh awak diperintahkan oleh tuanku dibersihkan oleh kalian | anda tanya engkau berikan kamu beli awak kirim tuanku perintahkan kalian bersihkan |
SALAH | BETUL |
beliau tulis dia kumpulkan mereka kutip baginda rasmikan ia bersihkan | ditulis oleh beliau dikumpulkan olehnya dikutip oleh mereka dirasmikan oleh baginda dibersihkan olehnya |
SALAH | BETUL |
kami akan atasi kita perlu tolong saya sudah kirim hamba akan khabarkan patik belum laksanakan anda mesti edarkan engkau telah baca kamu akan baiki awak mesti siapkan kalian harus bereskan | akan kami atasi perlu kita tolong sudah saya kirim akan hamba khabarkan belum patik laksanakan mesti anda edarkan telah engkau baca akan kamu baiki mesti awak siapkan harus kalian bereskan |
SALAH | BETUL |
Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau Pulau Langkawi? Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal di Relang atau Jelai. Baik yang kaya atau miskin datang ke rumahnya. Hadiah ini untuk Izzat bukan Hazwan. Jangankan membeli kereta, motosikal pun saya tak mampu. | Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau ke Pulau Langkawi? Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal di Relang atau di Jelai. Baik yang kaya atau yang miskin datang ke rumahnya. Hadiah ini untuk Izzat bukan untuk Hazwan. Jangankan membeli kereta, membeli motosikal pun saya tak mampu. |
SALAH | BETUL |
Rumah itu di atas bukit tidak ada penghuninya. Bangunan itu yang tinggi Menara Maybank. | Rumah di atas bukit itu tidak ada penghuninya. Bangunan yang tinggi itu Menara Maybank. |
SALAH | BETUL |
Kami berdoa kamu berjaya. Semua orang tahu dia anak Pak Hamid. | Kami berdoa agar kamu berjaya. Semua orang tahu bahawa dia anak Pak Hamid. |
SALAH | BETUL |
Di seluruh negara mengalami banjir. Kerana hal itu akan dibincangkan. Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini. Banyak pelajar lulus dengan baik. Ada Dia yang datang kelmarin Mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan Kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat. Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar. Apakah perlu kita lakukan sekarang? Siapa kata saya berbohong? Peserta-peserta yang lulus saja akan dipilih. Daripada bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah. Mengikut beliau menyatakan bahawa perompak senjata api sudah itu tumpas. Yang manakah betul? | Seluruh negara mengalami banjir. Hal itu akan dibincangkan. Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini. Banyak pelajar yang lulus dengan baik. Ada Dia datang kelmarin. Setelah mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan. Sebagai kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat. Yang turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar. Apakah yang perlu kita lakukan sekarang? Siapakah yang mengatakan bahawa saya berbohong? Peserta-pesert yang lulus saja yang akan dipilih. Bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah. Beliau mengatakan bahawa perompak senjata api itu sudah tumpas. Yang manakah yang betul? |