Panduan Umum
Ø Mulai tahun 2005, soalan tatabahasa dikemukakan sebelum soalan pemahaman.
Ø Sebanyak 30 soalan objektif diberikan. Setiap soalan diberi empat pilihan jawapan iaitu A,B,C dan D.
Ø Soalan tatabahasa bermula dari Soalan 1 hingga Soalan 30.
Ø Soalan pemahaman (petikan) bermula dari Soalan 31 hingga Soalan 40.
Ø Soalan-soalan tatabahasa yang ditanya bagi kertas UPSR adalah seperti kata nama, kata ganti nama, kata hubung, imbuhan, sinonim, antonim, kata banyak makna dan sebagainya.
Ø Sebelum menjawab soalan, baca soalan dengan teliti. Jika kurang faham, ulangi bacaan sehingga murid-murid faham.
Ø Kemudian, baca pilihan jawapan yang diberi untuk mencari jawapan yang tepat.
Ø Jangan mengambil masa yang lama untuk menjawab satu soalan kerana masa amat terhad iaitu 50 minit sahaja.
Ø Tinggalkan soalan yang susah, jangan buang masa dengan mencari jawapan jika tidak tahu. Disyorkan menjawab soalan yang mudah dahulu kemudian barulah kembali menjawab soalan yang susah itu.
Ø Akhir sekali, semak semula kertas jawapan. Pastikan semua soalan telah dijawab.
No comments:
Post a Comment