Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010

Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010
Wajah-wajah kesayangan hamba 6M / 2010.....Walaupun di kelas kedua namun kejayaan mereka dalam B.M UPSR (Penulisan) mampu membuatkan hamba tersenyum...Gred A(33) manakala B(4)..Tahniah!

Friday, April 8, 2011

Latihan 4- Membina Ulasan

Tulis nilai/pengajaran yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 40 patah kata. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan.


Hari itu hari minggu. Nazim mengikut ayahnya ke pasar raya untuk membeli-belah. Sepanjang perjalanan, Nazim berbual-bual dengan ayahnya tentang pelbagai perkara. Antara topik utama perbualan mereka ialah pentingnya mematuhi peraturan di jalan raya.
Nazim kagum akan sikap ayahnya. Beliau bukan saja memandu dengan cermat, malah sentiasa mematuhi peraturan di jalan raya. Ayahnya tidak pernah mengherdik pemandu lain walaupun sesetengah pemandu memandu secara berbahaya dan melanggar peraturan lampu isyarat.

Selain itu, Nazim kagum akan sikap ayahnya yang mudah memberikan pertolongan kepada orang lain. Misalnya, hari itu ayahnya membantu membaiki kerosakan enjin kereta seorang wanita. Walaupun wanita itu ingin memberinya wang, namun ayah menolaknya atas alasan pertolongannya itu ikhlas.
Ayah Nazim bijak juga mengurus perbelanjaan. Beliau sentiasa berjimat cermat ketika berbelanja. Beliau lebih dahulu merancang barang-barang yang hendak dibeli dan menganggarkan kosnya. Sememangnya, Nazim berasa bertuah dan berbangga mempunyai ayah yang bertanggungjawab terhadap keluarganya. Nazim berazam untuk mencontoh perilaku ayahnya itu.


______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

No comments:

Post a Comment