1. Kesalahan dari Segi Kata
Kata Ganti Diri
1. Kata beliau, dia, ia, kami, kita, dan mereka sering digunakan dengan salah.2. Kata beliau tidaak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau kanak-kanak dan binatang.
Contoh:
- Firdaus dihukum. Beliau ponteng sekolah. ( salah )
Firdaus dihukum. Dia ponteng sekolah. ( betul )
- Anjing itu garang. Beliau terpaksa dikurung. ( salah )
Anjing itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung. ( betul )
- Baju ini mahal. Ia diimport dari Itali. ( salah )
- Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Itali. ( betul )
- Beruang ini sakit. Ia perlu dirawat. ( salah )
- Beruang ini sakit. Beruang ini perlu dirawat. ( betul )
Kita bererti “anda dengan saya” atau “anda dengan kami”. Orang yang diajak bercakap disertakan.
- “Kami mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. (salah)
- “Kita mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. (betul)
- “Kita akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. (salah)
- “Kami akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. (betul)
- Ayam-ayam itu dikurung. Mereka akan disembelih. ( salah )
- Ayam-ayam itu dikurung. Ayam-ayam itu akan disembelih. (betul)
- Buku-buku ini tebal. Mereka Syimir baca. ( salah )
- Buku-buku ini tebal. Buku-buku ini Syimir baca. ( betul )
- Mereka-mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. (salah)
- Mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( betul )
- Kalau tidak dirawat mungkin ianya akan lumpuh. ( salah )
- Kalau tidak dirawat mungkin ia/ dia akan lumpuh. ( betul )
- Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta. ( salah )
- Kucing itu mati kerana dilanggar kereta. ( betul )
Kata Bilangan
1. Terdapat 6 jenis kata bilangan:- Kata bilangan tentu seperti satu, seratus, sejuta dan sebagainya.
- Kata bilangan tak tentu seperti beberapa, para, semua, setengah-setengah, dan sebagainya.
- Kata bilangan pecahan seperti setengah, suku, dan sebagainya.
- Kata bilangan pisahan seperti masing-masing, dan setiap.
- Kata bilangan himpunan seperti berbagai-bagai, kedua-dua, dan sebagainya.
- Kata bilangan tingkat seperti pertama, kedua, keenam dan sebagainya.
salah
a. setengah orang
b. tiap murid
c. berbagai warna
d. kedua mempelai
betul
a. setengah-setengah orang
b. tiap-tiap murid
c. berbagai-bagai warna
d. kedua-dua mempelai
3. Kata para tidak boleh diulang.
- Para-para penduduk perlu bekerjasama. ( salah )
- Para penduduk perlu bekerjasama. ( betul )
- dua setengah meter ( salah )
- dua suku jam ( salah )
- tiga setengah ringgit ( salah )
- dua meter setengah ( betul )
- dua jam suku ( betul )
- tiga ringgit setengah ( betul )
Penjodoh Bilangan
1. Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan.2. Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan.
SALAH | BETUL |
setiap orang murid semua orang pekerja seluruh buah kampung segala ekor binatang sekalian orang peserta para orang guru | setiap murid semua pekerja seluruh kampung segala binatang sekalian peserta para guru |
3. Penjodoh bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.
SALAH | BETUL |
beberapa buah usul kedua-dua bentuk sifat setiap buah sumbangan semua buah pendapat segala butir cadangan tiap-tiap bentuk kenangan pelbagai bentuk teguran | beberapa usul kedua-dua sifat setiap sumbangan semua pendapat segala cadangan tiap-tiap kenangan pelbagai teguran |
Kata Sendi
1.Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada; di dan pada;ke dan kepada .
2. Kata dari digunakan untuk tempat dan waktu. Kata daripada digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan untuk menunjukkan keanggotaan.
SALAH | BETUL |
Devi datang daripada Batu Kurau. Saya menunggu Yatie daripada pukul dua. Ely terima surat dari Elyas Saya mendapat pengetahuan yang banyak dari buku yang saya baca. Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat dari sutera. Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup | Devi datang dari Batu Kurau. Saya menunggu Yatie dari pukul dua. Ely menerima surat daripada Elyas. Saya mendapat pengetahuan yang banyak daripada buku yang saya baca. Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat daripada sutera. Daripada 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup. |
3. Kata di digunakan untuk tempat sahaja. Kata pada digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.
Contoh:
a. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( salah )
Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( betul )
b. Ayu berkebun pada belakang rumah. ( salah )
Ayu berkebun di belakang rumah ( betul )
c. Dengan pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( salah )
Pada pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( betul )
d. Buku cerita itu ada dengan Suzie. ( salah )
Buku itu ada pada Suzie. ( betul )
4. Kata ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit tidak bernyawa.
Kata kepada pula digunakan untuk benda bernyawa.
Contoh:
a. Wang itu diberikan ke Rahmah. ( salah )
- Wang itu diberikan kepada Rahmah. ( betul )
b. Ibu pergi kepada pasar setiap hari. ( salah )
- Ibu pergi ke pasar setiap hari ( betul )
c. Latihan itu akan diadakan dari semasa kepada semasa. ( salah )
- Latihan itu akan diadakan dari semasa ke semasa. ( betul )
Kata Kerja
1. Ada dua jenis kata kerja:a. kata kerja transitif
b. kata kerja intransitif atau tak taransitif
2. Kata kerja transitif terbahagi kepada:
- kata kerja yang berawalan men- ( melukis, membaca, mencari dsb. )
- kata kerja yang berapitan men…..kan ( menyanyikan, membesarkan dsb.)
- kata kerja yang berawalan meng…i ( membanjiri, menghadiahi dsb.)
- kata kerja yang berawalan rangkap memper …. ( memperdaya, memperoleh)
- kata kerja yang berapitan memper….kan ( memperhatikan, mempergunakan).
- Kata kerja yang berapitan memper….i ( mempelajari, mempersentai dsb.)
a. buang sampah ( salah )
membuang sampah ( betul )
b. goring ikan ( salah )
menggoreng ikan ( betul )
4. Kata kerja transitif yang berapitan men…kan dan men…i berbagai-bagai maknanya dan mesti digunakan dengan berhati-hati.
Contoh:
SALAH | BETUL |
Hafizuddin memberikan Seha sekuntum bunga. Hanim mengambilkan segelas air untuk Ishak. Baginda mengurniakan beliau bintang kebesaran. Hakim menjatuhkan pencuri itu sebulan penjara. Sampah sarap mengotorkan Taman Tasik Taiping. Yatie menasihatkan saya agar rajin belajar. | Hafizuddin memberi Seha sekuntum bunga. Hanim mengambilkan Ishak segelas air. Baginda mengurniai beliau bintang kebesaran. Hakim menjatuhi pencuri sebulan penjara. Sampah sarap mengotori Taman Tasik Taiping. Yatie menasihati saya agar rajin belajar. |
5. Kata kerja intransitif terbahagi kepada:
- Kata kerja asal seperti ada, bangun, duduk, dan sebaginya.
- Kata kerja yang berawalan ber- ( beradu, beroda, belajar dsb.)
- Kata kerja yang berapitan ber…an ( berdekatan, berguguran )
- Kata kerja yang berapitan ber…kan ( berpandukan, berlandaskan dsb.)
- Kata kerja yang berawalan men- ( melompat, mendarat, membesar dsb.)
- Kata kerja yang berawalan ter- ( tertidur, terjatuh, terjumpa dsb.)
Contoh:
- tanya kepada Hamidah ( salah )
bertanya kepada Hamidah ( betul )
- jangan lompat ( salah )
jangan melompat ( betul )
- senyum kepada Kartina ( salah )
tersenyum kepada Kartina ( betul )
Kata Hubung
1. Ada 3 jenis kata hubung iaitu:- Kata hubung gabungan seperti atau, dan, lalu, maka, serta, dan tetapi.
- Kata hubung pancangan seperti agar, bahawa, apabila, hingga, jika, dsb.
- Kata hubung berpasangan seperti baik…ataupun, baik…mahupun. Bukan saja….tetapi juga dan sebaginya.
Contoh:
Nazrul bangun tetapi memberikan jawapan.
Budak itu cantik kecuali sombong.
Budin akan tidur di rumah Seha dan di hotel.
Agar segalanya berjalan lancar, usaha kita akan berjaya.
Sedangkan merokok membahayakan kesihatan, tambahan pula banyak orang yang tidak peduli.
3. Kata hubung apabila selalu ditulis sebagai bila sedangkan kata bila itu merupakan kata tanya.
Contoh:
· Midah termenung bila menerima berita itu. ( salah )
· Din terkejut bila Seha menjerit. ( salah )
· Pandai-pandailah menjaga diri bila berada di negeri orang. ( salah )
· Minumlah ubat ini bila terasa sakit. ( salah )
· Bila mendengar berita itu, Ayu terus pengsan. ( salah )
Penggunaan Kata Yang Tidak Tepat
1. adakah dan apakah: Adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak.Apakah digunakan untuk mendapat jawapan tentang nama binatang, benda
dan perbuatan.
SALAH | BETUL |
Apakah benar kata-katamu itu? Apakah dia menangis? Apakah aku bersalah? | Adakah benar kata-katamu itu? Adakah dia menangis? Adakah aku bersalah? |
2. boleh dan dapat : Boleh lebih tepat digunakan dalam hubungan dengan keizinan.
Dapat lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan.
SALAH | BETUL |
Syimir sudah boleh menunggang kuda. Mazni tidak boleh pergi kerana demam. Kami tidak boleh datang kerana hujan. | Syimir sudah dapat menunggang kuda. Mazni tidak dapat pergi kerana demam. Kami tidak dapat datang kerana hujan. |
- Frasa kerja intransitif mesti diikuti frasa sendi apabila frasa kerja intransitif itu diperluas.
Contoh:
Kakak tidak mahu tidur sini. Beliau akan datang kampung ini. Nani ingin berjumpa cikgu. Saya ingin bertemu gadis itu. Kami ternampak Cikgu Nora di perhentian bas Pudu Raya. | Kamu mesti ingat akan janji-janjimu. Kakak tidak mahu tidur di sini. Beliau akan datang ke kampung ini. Nani ingin berjumpa dengan cikgu. Saya ingin bertemu dengan gadis itu. Kami ternampak akan Cikgu Nora di perhentian bas Pudu Raya. |
Frasa Kerja Transitif
- Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta frasa nama sebagai objek kepada kata kerja transitif itu.
- Di antara kata kerja transitif dengan frasa nama sebagai objek itu, kata-kata lain tidak boleh disisipkan.
SALAH | BETUL |
Beliau turut menyentuh tentang perkata itu. Rehanis tidak mengetahui akan hal itu. Kami membincangkan tentang masalah itu. Mereka melebarkan lagi jalan itu. Nani menceritakan tentang pengalamannya semasa menuntut di luar negara. Cerpen ini mengisahkan tentang perjuangan menentang penjajah. | Beliau turut menyentuh perkara itu. Rehanis tidak mengetahui hal itu. Kami membincangkan masalah itu. Mereka melebarkan jalan itu lagi. Nani menceritakan pengalamannya semasa menuntut di luar negara. Cerpen ini mengisahkan perjuangan menentang penjajah. |
"Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga;
Yang molek itu budi,
Yang indah itu bahasa".........
Selamat Belajar : Pn.Hanizam Haji Abdul Mutolif
SJKC Mentakab 1
No comments:
Post a Comment