Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010

Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010
Wajah-wajah kesayangan hamba 6M / 2010.....Walaupun di kelas kedua namun kejayaan mereka dalam B.M UPSR (Penulisan) mampu membuatkan hamba tersenyum...Gred A(33) manakala B(4)..Tahniah!

Friday, April 8, 2011

Mari Belajar Bercerita 2

KELDAI YANG MEMIKIRKAN DIRINYA CERDIK


Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan hadiri sekalian. Selamat pagi saya ucapkan. Hari ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita bertajuk “Keldai Yang Memikirkan Dirinya Cerdik”

Hadirin yang dihormati,
            Pada suatu masa dahulu, ada seekor keldai. Keldai fakir dirinya sangat cerdik. Pada suatu hari, keldai berjalan-jalan dan sampai ke sebuah kebun. Di kebun terdapat pelbagai jenis buah dan sayur-sayuran.
            Keldai memandang kepada buah-buah epal di atas pokok. Kemudian, keldai melihat kepada buah-buah lanu yang tumbuh pada pokok yang menjalar.
            Keldai menggeleng-geleng dambil berkata, “Dalamalam semula jadi, banyak benda yang tidak betul.”
            Seekor burung yang duduk di atas dahan mendengar kata-kata keldai lalu berkata,” Beritahu saya apa benda yang tidak betul itu?.
            Keldai menunjuk kepada buah epal dan labu lalu berkata, “Dua benda ini.”
            Keldai terus berkata, “Pokok epal yang besar mengeluarkan buah-buahan ayang kecil. Pokok labu yang kecil pula mengeluarkan buah-buah yang besar.”
            Burung itu berkata pula, “ Inilah kejadian istimewa alam semula jadi.”
            Keldai berasa marah lalu berkata,” Apakah istimewanya kejadian ini!” Keldai berkata lagi, “Buah epal sepatutnya jadi besar sebesar buah labu dan buah labu jadi sekecil buah epal.”
            Keldai berasa bangga dengan kata-katanya. Keldai berjalan pergi ke pokok epal lalu menggaru-garu badannya yang gatal.
            Apabila pokok epal itu bergoyang, sebiji epal gugur dan tepat mengenai kepala keldai.
            Keldai berasa sakit lalu menjerit, “Aduh, buah ini hampir memecahkan kepala aku!”
            Burung itu ketawa berdekah-dekah sambil berkata, “ Kamu bernasib baik kerana buah epal tidak sebesar buah lanu. Jika tidak kamu tidak ada lagi memberitahu yang kamu sakit.”
            Keldai mendengar kata-kata burung itu. Keldai berasa malu lalu pergi dari situ.
Kawan-kawan , melalui cerita ini, kita boleh belajar bahawa ilmu pengetahuan sangat penting. Kita perlu belajar dan membaca buku untuk menambahkan ilmu pengetahuan kita.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment