Tulis beberapa nilai murni yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Jamhari merupakan Pengawas Pusat Sumber di sekolahnya. Dia dilantik oleh guru pusat sumber kerana sikapnya yang rajin dan bertanggungjawab. Sudah tiga tahun Jamhari menyandang jawatan tersebut. Ada ketikanya, dia melaksanakan tugas di pusat sumber secara sambil lewa sahaja terutamanya semasa kerja sekolahnya banyak.
Pada setiap hari Rabu, Jamhari bersama-sama enam orang lagi pengawas pusat sumber dikehendaki bertugas. Sebaik sahaja tiba di sekolah, Jamhari terus ke pusat sumber untuk membuka pintu dan mengemas buku. Dia mendapati banyak buku berselerak di atas meja. Dia meminta rakan-rakannya yang lain menyusun semula buku tersebut supaya kelihatan kemas. Jamhari membuka tingkap agar udara di pusat sumber segar dan bersih. Dia terdengar salah seorang daripada pengawas pusat sumber itu merungut. Jamhari menasihatinya agar melakukan tugas yang diberikan dengan ikhlas. Pengawas pusat sumber itu akur dengan nasihat Jamhari.
No comments:
Post a Comment