NAK DAPAT MARKAH TINGGI (‘A’) ?
1. Baca semua soalan yang diberi - Fahami arahan kehendak soalan.
- Kenal pasti format yang perlu digunakan.
- Karangan yang tidak terlalu panjang atau pendek mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan.
- susun isi secara berturutan
- letak isi mengikut perenggan
- memberi huraian yang tepat kepada isi.
- sebaik-baiknya karangan mengandungi nilai-nilai murni.
- ada menggunakan perkataan yang terkini
- elak penggunaan perkataan sama yang berulang / kerap
- penggunaan perkataan teknikal dengan tepat
- elak perkataan dialek atau daerah yang tidak diterima.
- elak pengaruh struktur ayat percakapan daerah / dialek
- guna ayat yang pendek tetapi lengkap
- kebolehan menggunakan rangkai kata / ungkapan yang menarik
- gunakan tanda baca pada tempat yang diperlukan
- gunakan huruf kecil dan huruf besar pada tempatnya.
- dapat membezakan imbuhan an dan kan
- guna imbuhan yang pelbagai - awalan / akhiran / sisipan / apitan ( sekurang-kurangnya 5 imbuhan yang berbagai jenis )
- elak mengikut sebutan dialek / daerah
- elak menulis huruf yang mengelirukan / cermat dalam bentuk tulisan
Hanya terdapat 29 perkataan sahaja menggunakan ejaan yang disatukan.( contoh keretapi, jawatankuasa, dan lain-lain )
& KELEMAHAN KARANGAN
A] Kesalahan memilih tajuk- Kesalahan memilih tajuk biasanya berlaku kerana calon tidak memahami apa yang dikehendaki oleh soalan. Keadaan ini terjadi mungkin calon terburu-buru menyiapkan karangan. Mereka menulis karangan asalkan siap sahaja.
- Oleh sebab kekurangan isi, sesetengah calon menghuraikan isi secara mendatar atau meleret-leret. Ini juga boleh menyebabkan terjadinya pengulangan isi yang sama. Hal ini berlaku kerana calon kurang membaca dan terhadnya pengetahuan.
- Ada calon meletakkan beberapa isi dalam satu perenggan. Ini menyebabkan sesuatu isi tidak dapat dihurai secara mendalam. Malah ada calon menulis hanya satu perenggan untuk satu karangan !
- Ada calon yang terus menulis tanpa mencari isi terlebih dahulu. Calon yang tidak merangka bererti calon tersebut tidak menyusun isi. Ini menyebabkan karangan tidak kemas dan bercelaru. Ia juga menyebabkan susunan isi tidak berturutan.
Terdapat juga isi yang sama diulang. Malah ada calon yang menulis sambil mengharapkan isi datang kemudian ( terlintas di fikiran ).
- Calon perlu tahu , penguasaan bahasa terkini amat penting bagi memastikan karangan mendapat ‘A’.
Pada tahap Tahun 6 , sepatutnya masalah kesalahan ejaan tidak lagi timbul. Masih ada calon yang tidak dapat membezakan antara "pada" dengan "di", "dari" dengan "daripada", "bila" dengan "apabila" dan pelbagai lagi. Ramai yang tidak menggunakan imbuhan dengan betul. Lebih malang lagi calon tidak menggunakan imbuhan langsung untuk karangannya.
- Masa membina karangan sangat terhad. Pengurusan masa memainkan peranan penting. Calon yang tidak peka akan terburu-buru menyiapkan karangan. Ini menyebabkan tiada masa untuk menyemak kesalahan tatabahasa. Malah nombor soalan pun tidak sempat ditulis.
- Tidak mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan.
- Tidak dapat mengenal pasti format yang diperlukan.
- Masih ada yang menggunakan bahasa dialek daerah ( bahasa kampung / bahasa Kelantan )
Ayat di dalam kurungan adalah pembetulannya.
A. Penggunaan Perkataan Yang Berulang Dalam Suatu Ayat.
ÖSelepas mandi Yusri bersarapan , selepas itu dia memakai baju , selepas itu dia pergi ke sekolah pula dengan menaiki basikal.
R( Selepas mandi , Yusri bersarapan dan memakai baju. Kemudian Yusri pergi ke sekolah dengan menaiki basikal. )
B. Salah Menggunakan Perkataan
dari dan daripada
ÖKain batik itu datang daripada Terengganu.
R( Kain batik itu datang dari Terengganu.)
ÖSaya baru terima surat itu dari kakak.
R( Saya baru terima surat itu daripada kakak.)
untuk , supaya dan selama
ÖCikgu Zaidi pergi ke pasar untuk membeli sayur.
R( Cikgu Zaidi pergi ke pasar membeli sayur.)
ÖAhmad menjerit untuk meminta tolong.
R( Ahmad menjerit meminta tolong.)
ÖSaya bercita-cita untuk menjadi doktor.
R( Saya bercita-cita hendak menjadi doktor.)
ÖAminah belajar bersungguh-sungguh untuk lulus dalam ujian.
R( Aminah belajar bersungguh-sungguh supaya lulus dalam ujian.)
ÖKami akan tinggal untuk dua minggu.
R( Kami akan tinggal selama dua minggu.)
ÖUjian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung untuk satu jam.
R( Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung selama satu jam.)
adalah dan ialah
ÖAdalah dengan hormatnya dimaklumkan …………
R( Dengan hormatnya dimaklumkan ………………. )
ÖTuduhan itu adalah fitnah belaka.
R( Tuduhan itu fitnah belaka.)
ÖKeperluan asas manusia adalah makanan, perlindungan dan pakaian.
R( Keperluan asas manusia ialah makanan, perlindungan dan pakaian.)
bila dan apabila
ÖZainal pun bangun bila namanya dipanggil.
R( Zainal pun bangun apabila namanya dipanggil.)
ÖBila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu.
R( Apabila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu.)
ramai, banyak, semua dan para
ÖRamai murid-murid menonton pertandingan bola sepak itu.
R( Ramai murid menonton pertandingan bola sepak itu.)
ÖBanyak pakaian-pakaian terpakai dijual oleh Ali.
R( Banyak pakaian terpakai dijual oleh Ali.)
ÖSemua guru-guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi penghargaan.
R( Semua guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi penghargaan.)
ÖPara-para jemputan dipersilakan masuk ke dewan.
R( Para jemputan dipersilakan masuk ke dewan.)
ÖGuru Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang.
R( Guru Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.)
yang dan bahawa
ÖHasri memberitahu yang dia tidak dapat hadir ke sekolah.
R( Hasri memberitahu bahawa dia tidak dapat hadir ke sekolah.
ÖMereka memberitahu yang tindakan itu tidak adil.
R( Mereka memberitahu bahawa tindakan itu tidak adil.)
kata ganti nama
ÖAmbil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja sini.
R( Ambil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja ini. )
ÖEntah siapa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung.
R( Entah apa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung.)
kata ganti "dia" dan "ia"
nota : kata ganti "dia" dan "ia" ialah kata ganti nama untuk manusia sahaja.
apa, mana dan bagaimana
ÖBaju apa yang kamu pakai ?
R( Baju mana yang kamu pakai ? )
ÖMana katanya betul belaka.
R( Apa katanya betul belaka.)
ÖApa pendapat tuan mengenai soal itu ?
R( Bagaimana pendapat tuan mengenai soal itu ? )
penjodoh bilangan
ÖIbunya seorang yang baik hati.
R( Ibunya baik hati.)
ÖAmran pulang ke rumah dengan sebuah bas sekolah.
R( Amran pulang ke rumah dengan bas sekolah.)
Di dan pada
ÖBeri surat ini pada Hasrul.
R( Beri surat ini kepada Hasrul.)
ÖDi masa rehat saya ke kantin.
R( Pada masa rehat saya ke kantin.)
C. Kesalahan Struktur Ayat (ayat bercelaru dan berbelit-belit)
ÖDengan cepat berjalan adik kerana mengikut emak hendak ke pasar.
R( Adik berjalan dengan cepat kerana hendak mengikut emak ke pasar.)
ÖSemua kuih di atas meja itu telah dimakan oleh saya.
R( Semua kuih di atas meja itu telah saya makan.)
ÖBila bangun tidur saya mandi dan makan pagi lepas itu pergi ke sekolah
R( Apabila bangun tidur saya mandi dan bersarapan. Kemudian, saya pergi ke sekolah.)
ÖMamat kelihatan muram ibunya meninggal dunia
R( Mamat kelihatan muram semenjak ibunya meninggal dunia.)
ÖSaya tidak akan melupai peristiwa itu sampai selama-lamanya.
R( Saya tidak akan melupai peristiwa itu sampai bila-bila.)
ÖApakah nama kamu ?
R( Siapakah nama kamu ? )
D. Tanda baca
menggunakan tanda baca pada tempat yang salah
ÖRahman pandai bermain pelbagai alat muzik , gitar , piano dan , dram.
R( Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik ; gitar , piano , dan dram.)
Tidak menggunakan tanda baca pada tempat yang betul
ÖJangan bergerak Kalau bergerak kamu akan ditembak ,jerit polis kepada perompak itu.
R( "Jangan bergerak ! Kalau bergerak kamu akan ditembak," ,jerit polis kepada perompak itu.)
Penggunaan huruf kecil / besar tidak pada tempat
Ö Siapakah pemenang dalam Pertandingan Syarahan anjuran berita harian itu ?
R ( Siapakah pemenang dalam pertandingan syarahan anjuran Berita Harian itu ? )
ÖJarak rumah saya dari Bandar Jerteh ialah 2.5 Kilometer.
R( Jarak rumah saya dari bandar Jerteh ialah 2.5 kilometer.)
E. Imbuhan
Tidak dapat membezakan antara kata depan dengan imbuhan "di" dan "ke"
ÖMasukkan buku ini di dalam beg.
R( Masukkan buku ini ke dalam beg.)
ÖSemua murid di kehendaki beratur dipadang sebelum masuk ke dewan.
R( Semua murid dikehendaki beratur di padang sebelum masuk ke dewan.)
Tidak dapat membezakan imbuhan "an dan "kan"
ÖMasakkan ibu sungguh lazat.
R( Masakan ibu sungguh lazat.)
ÖMasukan buku ini ke dalam almari.
R( Masukkan buku ini ke dalam almari.)
Lain-lain kesalahan
ÖKejayaan Najib membanggakan dan mengembirakan ibu bapanya.
R( Kejayaan Najib membangga dan menggembirakan ibu bapanya.)
Ö Pasar Besar Jertih mempunyai tempat meletak kereta yang menyelesa.
R ( Pasar Besar Jertih mempunyai tempat letak kereta yang selesa.)
bagus untuk peperiksaan akhir tahun
ReplyDeletebagus untuk murid murid yang salah ejaan
ReplyDelete