Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010

Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010
Wajah-wajah kesayangan hamba 6M / 2010.....Walaupun di kelas kedua namun kejayaan mereka dalam B.M UPSR (Penulisan) mampu membuatkan hamba tersenyum...Gred A(33) manakala B(4)..Tahniah!

Friday, April 8, 2011

Teknik Menulis Karangan

CARA-CARA MENGARANG / STRATEGI MENULIS

1. Sebelum menulis... perkara yang perlu dilakukan adalah seperti :

a. Memilih tajuk atau soalan 1 , soalan 2 atau  soalan 3
 - Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi.
 - Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat.
 - Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai
 - Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan
 ( Kehendak soalan biasanya berada di akhir arahan seperti : ………………
              Tuliskan laporan mengenai lawatan tersebut. )
 Contoh :
 Perhatikan soalan di bawah ini.
 

Soalan 1
Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan sebuah karangan  mengenainya.
 
Soalan 2
Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan laporan mengenainya  untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.

Komen : Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi formatnya berbeza.
Soalan satu merupakan karangan biasa , manakala soalan 2 berformat.


Tip
Adalah lebih baik jika adik semua menggariskan perkataan-perkataan yang menjadi kata kunci dalam soalan itu. Ini mengelakkan karangan daripada terpesong atau terkeluar daripada tajuk sebenar.
 

b. Menyusun rangka karangan
 - Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi
 - Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin.
 - susun isi mengikut urutan kepentingannya.
 - Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai.
 - Isi penting jangan diulang-ulang


c. Menulis karangan
- Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dalu satu

   perenggan.
- Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya.

   ( Bahagian-bahagian karangan yang ideal )

Perenggan Pendahuluan
Perenggan isi pertama
Perenggan isi kedua
Perenggan isi ketiga
Perenggan isi keempat
Perenggan Penutup

- Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan tulisan.Pastikan karangan ada 6 perenggan.

d. Menyemak karangan
- Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika ada tulisan anda yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain.
- baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.

Kamu mesti menepati masa yang ditetapkan.
Adalah diingatkan jangan terlalu leka menjawab satu soalan. ng baik.


Tip
Kamu digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan padat berbanding yang panjang. Ini kerana ayat yang panjang biasanya terdedah kepada kesalahan tatabahasa.
Biasakan diri kamu mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan.
Satu perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi huraian satu isi.

Tahukah kamu ?
Bagaimana hendak menulis dialog dengan baik ?
Di bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog dalam karangan anda.
Mulakan setiap dialog di baris baru. Ini mengelakkan kekeliruan pemeriksa. Lihat contoh :


Contoh A ( dicadangkan )
"Kamu baru pulang ?"
"Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya."
"Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal , lembut.


Contoh B ( mengelirukan )
"Kamu baru pulang ?"  "Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya." "Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal , lembut.
 

& PETUA APABILA MENULIS KARANGAN
~Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.
~Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas di fikiran, kemudian susun mengikut mana yang lebih 

  penting.
~ Tuliskan karangan berdasarkan rangka yang kamu sediakan.
~Karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup.
~Bagi karangan meminta fakta , sekurang-kurangnya mempunyai empat isi ( seelok-eloknya cari

  lima isi ) dan setiap perenggan mengandungi satu isi.
~Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah.

No comments:

Post a Comment