Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010

Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010
Wajah-wajah kesayangan hamba 6M / 2010.....Walaupun di kelas kedua namun kejayaan mereka dalam B.M UPSR (Penulisan) mampu membuatkan hamba tersenyum...Gred A(33) manakala B(4)..Tahniah!

Sunday, April 10, 2011

Bahagian C-Membina Ulasan SK

BAHAGIAN C

Tuliskan beberapa nilai/pengajaran yang  boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Ketika berjalan menuju ke sekolah, aku terjumpa sebuah dompet. Aku mengambil dompet itu lalu membukanya untuk mengetahui pemiliknya . Aku dapati di dalam dompet tersebut terdapat beberapa keping wang kertas RM50 dan dokumen-dokumen penting. Tiba-tiba, datang seorang kawanku iaitu Kamal menyuruh supaya aku mengambil wang tersebut.Namun begitu ,aku tidak berani berbuat demikian kerana ibuku pernah berpesan jangan mengambil kepunyaan orang lain. Akhirnya,aku mengambil keputusan menyerahkan dompet tersebut kepada guru bertugas pada hari itu iaitu Cikgu Karim. Beliau telah membawa aku berjumpa dengan Guru Besar.Guru Besar memuji-muji tindakan yang telah aku lakukan.


Nilai-nilai Murni

1. Kejujuran
2. Bertanggungjawab
3. Mendengar nasihat ibu bapa
4. Tetap pendirian
5. Berhemah tinggi
________________________________________________________________
Contoh jawapan

            Terdapat beberapa nilai murni yang boleh dicontohi. Antaranya ialah kejujuran, bertanggungjawab, mendengar nasihat ibu bapa, tetap pendirian dan berhemah tinggi. Aku di dalam petikan di atas menunjukkan seorang yang sangat jujur misalnya aku tidak mengambil apa-apa yang terdapat di dalam dompet yang dijumpainya. Aku juga seorang yang bertanggungjawab terhadap dirinya dan keluarga. Selain itu,, ,aku mendengar segala nasihat ibu bapanya supaya tidak mengambil barang kepunyaan orang lain. Oleh itu, aku memberi dompet yang dijumpainya kepada gurunya. Aku seorang pelajar yang berhemah tinggi kerana mematuhi segala arahan sama ada daripada guru atau keluarganya. Aku juga merupakan seorang anak yang berdisiplin. Demikianlah nilai murni yang terdapat dalam petikan tersebut.

Penggunaan penanda wacana amat digalakkan iaitu Selain itu, Oleh itu, Walaubagaimanapun, Tambahan pula, Justeru, Oleh demikian, Nilai terakhir



BAHAGIAN C

Tuliskan beberapa nilai/pengajaran yang  boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Encik Azman seorang yang rajin. Dia bekerja sebagai pengawal keselamatan. Dia bertugas di sebuah bank. Dia sentiasa membantu pelanggan bank tersebut. Dia juga menolong orang-orang tua mengisi borang atau berurusan dengan pihak bank. Ada ketikanya, dia tidak berkesempatan untuk berehat kerana ramai pelanggan yang berurusan dengan pihak bank. Pada hujung minggu En.Azman  akan ke kebun miliknya  yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Di kebunnya terdapat pelbagai jenis pokok buah-buahan yang ditanamnya. Pada musim buah-buahan dia akan menjual buah-buahan di pasar malam. Hasil jualan ini sebagai sumber pendapatan sampingan keluarganya. Di samping itu En.Azman juga mengusahakan ternakan ayam.Dengan ini, dapat menambahkan lagi pendapatan keluarganya.



Nilai-nilai murni

Kerajinan
Baik hati
Bersimpati
Suka menolong
Pandai menggunakan masa lapang
Prihatin



Contoh jawapan

Azman dalam petikan di atas merupakan seorang yang rajin dan mempunyai sikap suka menolong orang yang berada dalam kesusahan.Dia juga seorang yang baik hati kerana sanggup membantu orang tua ketika hendak mengisi borang atau berurusan dengan pihak bank. Selain itu, dia juga tidak pernah berkesempatan untuk berehat sebaliknya dia akan menolong orang lain membuat kerja. Pada masa lapang pula, dia juga menghargai masa kerana akan pergi ke kebunnya untuk menanam sayur-sayuran dan buah-buahan . Di samping itu, dia juga seorang yang prihatin kerana sanggup menolong ahli keluarganya untuk menambahkan pendapatan.



Latihan 1

BAHAGIAN C

Tuliskan beberapa nilai/pengajaran yang  boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pada hari Sabtu yang lalu, Siti dan Amira pergi ke  bandar.  Mereka pergi menaiki bas. Ketika di dalam bas, mereka melihat seorang tua sedang berdiri. Siti memberikan tempat duduknya kepada orang tua itu. Orang tua itu mengucapkan terima kasih kepada Siti. Ketika turun dari bas, mereka memberi laluan kepada orang tua itu dahulu. Selepas itu, mereka melintas jalan dan pergi ke kedai buku. Mereka ke kedai itu untuk membeli buku ulangkaji UPSR. Mereka bercita-cita menjadi seorang pelajar yang cemerlang,gemilang dan terbilang.  Di samping itu,  setelah tamat persekolahan di sekolah rendah mereka ingin meneruskan pelajarannya ke sekolah berasrama penuh Kementerian Pelajaran Malaysia.


Nilai-nilai murni

Baik hati
Berterima kasih/ menghargai pertolongan
Hormat menghormati
Bersimpati
Rajin/ bercita-cita tinggi


Contoh jawapan

Siti dalam petikan di atas ialah seorang yang baik hati kerana ketika dia di dalam bas dia sanggup memberikan tempat duduknya kepada orang tua yang berdiri.Selain itu,orang tua itu pula menghargai pertolongan kerana mengucapkan terima kasih kepada Siti. Seterusnya, Siti juga mempunyai sikap bersimpati terhadap orang yang lebih tua.Di samping itu, dia juga mempunyai sikap hormat kepada orang tua contohnya memberi laluan dahulu kepada orang tua ketika turun dari bas. Akhir sekali,dia juga seorang pelajar yang rajin dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh Kementerian Pelajaran Malaysia.


Latihan 2

BAHAGIAN C

Tuliskan beberapa nilai/pengajaran yang  boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni telah dilancarkan oleh Perdana Menteri. Kempen ini bertujuan untuk memupuk sifat-sifat hormat-menghormati,sayang- menyayangi, bantu-membantu di kalangan masyarakat Malaysia .Itu amat dialu-alukan oleh banyak pihak kerana amalan nilai-nilai murni yang semakin kurang diamalkan terutamanya di kalangan muda mudi.Perkara sebegini sememangnya penting bagi kita kerana tanpa budi bahasa yang baik tidak ada gunanya sesebuah negara itu maju tinggi melangit tanpa rakyat yang berdisiplin.
Rakyat berdisiplin akan melahirkan sebuah negara maju yang disegani contohnya negara Jepun.Kemajuan negara Jepun dalam pelbagai bidang amat dikagumi oleh negara-negara barat .


Nyatakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan...

1.________________________
2.________________________
3.________________________
4.________________________
5.________________________


Cuba jawab ye....Ingat! untuk murid2 SK 50 patah perkataan ye...berbeza dengan murid-murid di SJKC/T

Kalau nak hidup senang,
Diri kenalah seimbang.......................ham/2011/MM


















No comments:

Post a Comment