Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010

Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010
Wajah-wajah kesayangan hamba 6M / 2010.....Walaupun di kelas kedua namun kejayaan mereka dalam B.M UPSR (Penulisan) mampu membuatkan hamba tersenyum...Gred A(33) manakala B(4)..Tahniah!

Friday, April 8, 2011

Mari Belajar Bercerita 1

BURUNG MERAK BELAJAR TERBANG


Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijakasana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pada hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Burung Helang Belajar Terbang”.
Hadirin yang dihormati,
            Pada suatu hari, seekor burung helang terbang ke sana dank e mari di udara.
Burung merak melihat helang terbang. Burung merak gembira melihat helang terbang tinggi di udara. Merak berasa ingin terbang tinggi juga.
            Pada suatu hari, burung merak meminta helang mengajarnya terbang tinggi.
Helang bersetuju. Pada mulanya, helang menunjukkan cara-cara terbang. Helang membuka kepaknya lalu “swap” terbang ke udara.
            Burung merak membuka kepaknya dan cuba terbang untuk beberapa kali. Setiap kali mencuba, merak tidak boleh terbang tinggi.
            Burung merak berehat di atas dahan sebentar. Selepas itu, merak cuba terbang lagi.
            Kali ini helang melihat cara-cara burung merak terbang. Akhirnya, helang tahu sebab-sebab burung merak tidak boleh terbang tinggi.
            Helang berkata, “Apabila kamu terbang tinggi di udara, setiap bahagian badan mesti ditutup rapat-rapat kecuali kepak..”
            Burung merak berkata pula,”Saya sudah bika kepak saya.”
            Helang Berkata lagi, “tetapi sebelum terbang tinggi, cepat-cepat kamu buka ekor kamu. Bagaimana kamu nak terbang tinggi?”
            Burung merak terus berkata, “Saya mahu menunjuk-nunjuk bulu ekor saya yang cantik di udara.”
            Burung merak berkata lagi, “Jika saya terpaksa tutup bulu ekor saya kerana mahu terbang tinggi, apa gunanya saya belajar terbang?”
            Helang tidak dapat menjawab kata-kata itu lalu menggeleng-geleng. Helang tidak suka kepada sikap burung merak.
            Akhirnya, burung merak mengucapkan selamat tinggal lalu pergi meninggalkan helang. Oleh sebab mahu menunjuk-nunjuk bulu ekornya yang cantik, burung merak tidak berjaya terbang tinggi di udara.
            Kawan-kawan yang dihormati, cerita ini mengajar kita agar tidak bersikap sombong dan menunjuk-nunjuk akan kelebihan yang ada pada diri kita. Walaupun kita ada kelebihan, kita juga pasti ada kelemahan.
            Burung helang , si burung merak,
            Mahu terbang tinggi-tinggi;
            Jangan kita suka berlagak,
            Kelak rugi diri sendiri.

Sekian, terima kasih.



















No comments:

Post a Comment