Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010

Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010
Wajah-wajah kesayangan hamba 6M / 2010.....Walaupun di kelas kedua namun kejayaan mereka dalam B.M UPSR (Penulisan) mampu membuatkan hamba tersenyum...Gred A(33) manakala B(4)..Tahniah!

Friday, April 8, 2011

Mari Belajar Bercerita 4

BURUNG TIUNG YANG BECOK

Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan hadirin sekalian. Selamat pagi saya ucapkan. Pada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita bertajuk “ Burung Tiung Yang Becok”

Hadirin sekalian,

            Pada suatu masa dahulu, ada seekor burung tiung. Burung tiung ini sangat becok. Apabila melihat sesuatu , Si Tiung akan berkata-kata.
            Pada suatu hari, burung oriol menyanyi sebuah lagu. Semua binatang memuji-muji suaranya yang merdu. Burung tiung tidak suka kepada pujian itu. Si Tiung pun berkata, “Apa yang hendak dibanggakan? Aku boleh menyanyi dengan lebih baik lagi.”
            Seketika kemudian, burung tiung pun menyanyi. Suara burung tiung sangat garau. Nyanyiannya sumbang. Setiap binatang berkata, “Suara kamu tidak merdu. Kami tidak mahu dengar nyanyian kamu.” Burung tiung pun terbang dari situ.
            Beberapa hari kemudian, seekor serigala datang ke situ. Apabila ternampak binatang kecil, serigala akan mengejar binatang itu. Semua binatang benci kepadanya.
            Oleh itu, pada suatu hari, binatang-binatang kecil membuat perangkap di tepi jalan. Di atas perangkap itu ditutup dengan ranting-ranting kayu dan rumput-rumput.
            Monyet, berung, dan rusa bersembunyi di dalam semak. Burung tiung dan oriol bersembunyi di atas dahan.
            Arnab dan tupai bermain-main di padang untuk menarik perhatian serigala supaya pergi ke tempat perangkap.
            Apabila serigala itu melihat arnab dan tupai, serigala pun berlari cepat kea rah mereka. Serigala mahu menangkap mereka untuk makan malam.
            Tiba-tiba, burung tiung yang mulut becok itu berkata, “Serigala sudah datang, semua bersedia untuk baling batu.” Monyet memberi isyarat kepada burung tiung dengan tangan supaya jangan berkata-kata. Burung tiung tidak faham maksud monyet.
            Burung tiung terus berkata, “ Apabila serigala jatuh ke dalam perangkap, kita semua baling batu kepadanya.” Serigala mendengar kata-kata burung tiung. Serigala mendengar kata-kata burung tiung. Serigala pun melarikan diri.
            Semua binatang sangat marah kepada burung tiung. Mereka berkata,” Kamu mulut becok. Dari sekarang, kami tidak mahu bermain-main dengan kamu lagi.”
            Ya, kawan-kawan. Cerita ini mengajar kita supaya sentiasa menjaga tutur kata kita. Pepatah ada mengatakan sebab mulut badan binasa.
            Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment