Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010

Wajah-wajah kesayangan hamba...Anak-anak Didikku 6M / 2010
Wajah-wajah kesayangan hamba 6M / 2010.....Walaupun di kelas kedua namun kejayaan mereka dalam B.M UPSR (Penulisan) mampu membuatkan hamba tersenyum...Gred A(33) manakala B(4)..Tahniah!

Friday, April 8, 2011

Mari Belajar Bercerita 3

IBU AYAM MENGAKU KALAH

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Cerita saya pada hari ini ialah “Ibu Ayam Mengaku Kalah”

Hadirin yang dihormati,

Ibu ayam mempunyai sifat yang kurang baik. Setiap kali, ia mahu menunjuk-nunjuk telurnya kepada sahabat-sahabatnya.
            Pada suatu hari, ibu ayam bertelur sebutir lagi. Ibu ayam tidak sabar lagi hendak menunjuk-nunjuk telurnya kepada sahabat-sahabatnya.
            Ibu ayam melompat keluar dari dalam sangkar lalu menjerit, “Kok! Kok! Besarnya . Kok! Kok! Besarnya!”
            Ibu arnab datang apabila mendengar jeritan ibu ayam. Arnabpun berkata,” Telur kamu tidaklah besar sangat. Telur itik itu lebih besar.”
            Ibu ayam tidak percaya kepada kata-kata ibu arnab. Ibu ayam hendak bandingkan telurnya dengan telur itik.
            Ibu ayam berlari pergi ke rumah itik. Ibu ayam berkata, “Hai, aku denganr telur kamu lebih besar daripada telur aku.”
            Itik menunjukan telurnya sambil berkata, “Telur aku tidaklah besar. Telur angsa lebih besar.”
            Ibu ayam tidak percaya kepada kata-kata itik. Ibu ayam berlari ke rumah angsa.
Ibu ayam berkata kepada angsa, “Itik kata telur kamu lebih besar daripada telur aku, dan lebih besar daripada telurnya.
            Angsa mengeluarkan telurnya lalu berkata, “Telur aku tidak besar. Telur burung unta jauh lebih besar daripada telurku.”
            Ibu ayam tidak percaya kepada angsa lalu pergi pula ke rumah burung unta.
            Ibu ayam berkata kepada burung unta, “ Hai, aku dengar kau mempunyai telur yang sangat besar. Tolong tunjukkan aku telur kamu!”
            Burung unta pun menunjuk kea rah telurnya di dalam sarang. “Telurku ada di sini, lihatlah.”
            Ibu ayam melihat telur itu. Telur itu sangat besar, jauh lebih besar daripada telurnya. Ibu ayam berasa malu.
            Sejak hari itu, ibu ayam tidak mahu menunjuk-nunjuk lagi. Setiap kali ibu ayam bertelur, ia akan berkata, “Kok! Kok! Cuba lagi. Kok! Kok! Cuba lagi.”
            Kawan-kawan, cerita ini mengajar kita agar tidak menunjuk-nunjuk apa yang ada pada diri kita.
            Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment